don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Tuesday, March 8, 2011

Biskut merry...humble & simple

SIAPA kata biskut merry dah ketinggalam zaman? Anda silap..saya mula mengenali biskut merry ketika berusia lima tahun..penuh nostalgia kerana biskut ini adalah biskut paling 'humble' yang pernah saya kenali kerana ia sentiasa ada setiap kali kenduri kematian...sungguh sedih kerana biskut ini mengingatkan saya kepada kematian..tapi tidak mengapalah...kita semua akan mengalaminya..yang penting perbanyakkan ibadat sebagai bekalan dan biskut merry tetap wujud hingga kini.
Apabila saya bertambah usia..biskut merry mula meningkat maruahnya apabila ia diadun menjadi kek yang sangat cantik..kek lapis batik, kek biskut merry dan pelbagai lagi. Saya difahamkan bonda saya, kita akan buat biskut merry setiap kali hari raya tiba kerana kek biskut merry adalah paling simple dan murah...hmm namun sedap dan ada nilai sentimental..
Sehingga kini, saya sudah melalui hidup melepasi 'zuhur' pada perkiraan saya dan bonda saya sudah bersara daripada membuat kek biskut merry. Saya tidak pernah mengetahui sukatan yang betul mengenai bahan-bahannya kerana bonda saya tidak pernah memberitahu saya, kecuali menyuruh saya dan kakak melihat saja apabila beliau menyediakan kek murah ini.
Dah siap, saya hanya mendidihkan sebuku butter, lima sudu susu pekat dan lapan sudu besar serbuk koko van houten serta satu paket biskut MERRY..tawakal sajalah sama ada menjadi atau tidak dan saya seronok menyediakannya apabila mengingatkan wajah 'suka' nini, faezah dan rosmaliana yang membuat pesanan untuk menikmati kek biskut merry ini. Ok you all...order dah siap!!!
Untuk 1 adunan tanpa sukatan yang proper, cukup2 untuk tiga orang dan kandungannya adalah 350 gram..sama rata...so you all jangan nak dengki ek..hihi!

7 comments:

FAizAH 'KiMi' MOhaMeD said...

wahhh....kak.... i like... =)

FAizAH 'KiMi' MOhaMeD said...

terima kasih kak...memang kitorang tak sabar ni....hehe

ShaSha said...

haha..nini sejak semalam x bley tidur..nanti mai ambik ya..

Diyanazman said...

haishhh bestnye la coklat biskut merry ni....
dah lamanya la tak makan...
nyampahla blog ko ni shasha... buat orang lapar jer...
hehehehehee

ShaSha said...

hahaha diyana...habes tu ingat i tak geram dgn budak miki cute tu..nak cubit2 kalau jumpa dia, siap la..

zarin said...

i tk suka biskut marie sbb agaknya masa kecik slalu sgt mkn biskut marie :D
tapi hasya n my hb suka sgt biskut marie, kat rumah memang ada stock biskut marie ni :D

ShaSha said...

zarin..kita pun x gemar sangat biskut merry..rasa sedih kalau ingat beskut ni..tapi suka tengok kalau buat kek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...