don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Thursday, March 31, 2011

Tazkirah diri..

Hari Jumaat...sering mengingatkan saya kepada kematian...rasanya semua yang beragama islam menyedari keadaan ini kerana hari kiamat kita dikatakan jatuh pada Jumaat, penghulu segala hari, tapi kita tidak tahu bila...mudah-mudahan kita sentiasa dalam peliharaan Allah walau di mana saja berada...
Hari ini saya terpaksa meninggalkan teratak saya selama satu malam kerana memenuhi tuntutan kerja..terpaksa! Kalau tidak kerana terpaksa, ada offer ratus-ratus pun saya tidak akan meninggalkan kediaman saya yang sunyi itu...kerana saya sayang dan sayang kepada rumah itu..kediaman yang mendamaikan bagi saya walaupun ia mungkin menakutkan bagi orang lain kerana suasana perumahan di situ sangat sunyi..sunyi yang kelinglongan...
Ok, saya sentiasa teringat kepada quotation ini, yang pernah saya baca di FB Ustaz Khusyri Amiza tidak berapa lama dulu..(kalau saya tersilap, mohon maaf)..
Begini antara yang saya masih ingat:
"...sesuatu yang diminta atau didoakan itu berlaku bukan sebab doa kita dimakbulkan, tetapi ia berlaku sebab Allah mahu ia berlaku dalam kehidupan kita..."

Makanya apabila sesuatu yang tidak elok itu berlaku kepada seseorang yang tidak sehaluan dengan kita atau apa saja yang bertentangan dengan kita, janganlah menganggap itu adalah balasan daripada perbuatan tidak baik mereka sebaliknya ia berlaku dengan kehendak Allah...
Begitu juga kalau berlaku sesuatu pada saya..saya yakin ia adalah jalanan hidup yang sudah ditulis oleh Allah di loh mahfuz dalam kehidupan saya...
Justeru, sewajarnya kita berprasangka baik sesama insan. Jika ada secebis rasa dengki atau iri di dalam hati mereka, itu adalah urusan mereka dan Pencipta..

Off to PD.

Monday, March 28, 2011


Saya terlupa ada baguette di dalam peti ais...dulu masa saya outstation ke netherlands, selama empat hari dok bantai roti seakan baguette tetapi dalam bentuk bulat...rasa macam muka pun dah seakan baguette..anyway it is a simple menu but nice..burp!

Saturday, March 26, 2011

art expression..

This is my artwork...setelah menyertai sesi kedua, inilah hasilnya...sangatlah tidak menjadi. Bagaimanapun, saya membayar harga yang sangat 'mahal' untuk mendapatkan pengalaman ini...dulu2 orang kata dengan imu kita boleh dapat wang tetapi kini saya dapati dengan wang kita boleh dapat ilmu, zaman sudah terbalik..i have to accept that no matter sweet or bitter...
Haha..belum apa-apa saya dah berangan beginilah signature yang akan saya turunkan pada semua artwork saya. Jadi atau tak jadi, ia tetap menjadi di mata saya. Faizal kata hargai artwork walaupun ia mungkin tidak menjadi, tetapi itu adalah legasi diri kita..mana tahu esok kertas contengan itu menjadi berharga...we never know...
Artwork ini disudahkan oleh Faizal menggunakan rubber band.
Dan yang ini dihasilkan Uda dalam beberapa minit je..Bilakah saya nak ada tangan macam dia..lihat perbezaan daripada 3 artworks...
(L-R)Hussin, Faizal, Nur Azlina, Marisa and Imelda...my classmate @ hands figure drawing class in Aswara, KL. Today im a bit late to attend the class...but lucky coz Encik Suzlee belum tiba, so tak adalah rasa ralat sangat. But then, the one who replace him is Faizal...lemah lembut orangnya and he's so gud in his job, ajar kita orang dengan ilmu melukis..i guess im the one yang paling 'keras tangan,' tak jadi langsung walaupun dan berpuluh helai kertas diconteng..but then when he told me i need to be patient and focus in a way to treat my hands to be fluence dengan lenggok figure, i feel comfort...(haha nak sedapkan hati sendirilah konon).
Katanya jangan jemu dengan apa yang dilukis. Kalau bijak bermain dengan berus, boleh dapat stroke yang bagus dan kalau rajin juga akan membolehkan saya mendapatkan hasil yang baik.
Hussin juga memperlihatkan bakat yang dimiliki...kagum saya apabila mengetahui dia daripada bidang farmasi di USM dan baru saja menyelesaikan disertasi PhD dan kini sudah bekerja. Minat punya pasal, dia sanggup habiskan Sabtu dengan datang ke kelas seperti saya dan yang lain.

Imelda, apabila melihat dia, saya teringat kepada artwork Bayu Utomo...mengenai wanita India yang menggayakan tarian penuh gemalai. Imelda memang beul mengingatkan saya kepada figura January Low yang begitu lincah menggayakan tarian klasik India...saya paling suka melihat mata dia. Imelda gemar menghasilkan potret dan dia memang ada bakat.

Nur Azlina, she's an artist..already had her solo exhibition @ NST Gallery beberapa tahun lalu tapi masa tu saya x sempat nak buat write up pasal exhibition dia ketika itu. Saya tengok dia cenderung menghasilkan gadis balerina...walaupun hanya menggunakan sebatang charcoal, dia memberikan sentuhan hebat. I envy! Saya sendiri masih lagi dengan 'keras tangan'..huhu

Marisa, saya tidak boleh nafikan dia begitu bersemangat menghasilkan berdasarkan model hidup di hadapan kami. Dia tekun dan rajin. Saya sendiri tidak mempunyai kesabaran seperti Marisa. Setiap Sabtu, dia mengambil dua kelas, selepas habis kelas dengan En Suzlee, dia menyertai kelas di bawah bimbingan Raja Azhar pula...dia bercita-cita ingin membuka sekolah seni di Terengganu. Kenapa Terengganu? Kerana dia menyukai negeri cantik dengan pantai itu...wish her luck!

Thursday, March 24, 2011

Pavlova...

PAVLOVA!!! Yay...1st time saya buatnya dan saya kira jadi walaupun tidak 100%. Ini kerana bukan senang nak buat makanan ini yang sangat mengada-ngada...saya menggodek telur putih jam 10 malam, pukul sampai pekat dan tak jatuh apabila dikaup balik...resipinya saya ambil dari Dr Rosfatihah, pakar geologi yang suka memasak dan satu lagi daripada blog Azli Razali, yang kemudian ada yang saya drop bahan2nya. Azli masukkan cuka, manakala saya masukkan cream of tartar. Azli masukkan tepung jagun dalam krimnya, tapi saya bantai whipping cream saja kerana Dr Ros kata dia buat cream saja dan tak masukkan apa-apa pun...
Lepas bakar selama 1 jam setengah pad suhu 120 C, dan dibiarkan sejuk selepas enam jam, saya bangun jam 5 pagi untuk menyediakan cream dan menabur buah...hmmm..perut tetiba berbunyi walaupun jam 5 pagi..cehhh...cacing..tahu jer saya nak makan benda sedap sekejap lagi..

Kalau makan sorang pun saya boleh tapi melampau le kan..baru semalan dietician saya warning, eat vege and no sweet things at all...ngee!
Oklah, saya akan buat lagi weekend ini, stok telur putih masih ada..dan saya akan buat sampai saya puas hati...bak kata Kak Jun apabila kita suka, kita akan ralit membuatnya dan mencuba sehingga berjaya...lain kalilah saya buat macaroon, saya nak test skil dengan pavlova dulu...sorry ya kak jun...hihi..

Sunday, March 20, 2011

strawberry layer cake

Saya nak buat red velvet cake yang saya ambil resipinya dari blog kzai rasanya...tapi banyak bahan habis, buttermilk x ada dan butter pun lupa nak beli..nak juga buat kek yang ada warna merah..inilah jadinya...yang layer merah tu perisa strawberry..jadilah!
Nanti saya nak buat layer biru and kuning atau kuning / hitam..macam bendera Perak punya kaler...

Layernya tebal sebab saya dah sleepy..nak cepat siap.....

olio oglio

Saya masak, saya makan. Sedap atau tidak, lain cerita..but the fact is saya akan cuba apa saja resipi yang terlintas dalam fikiran. Ok dulu saya suka pasta fettucine, setiap minggu saya akan makan pasta jenis yang creamy ini...bila dah puas makan pasta kaya keju ini, saya beralih kepada yang miskin keju..boleh tahan jugalah. Walaupun miskin keju (olio ini, pada tanggapan saya sangat basic saja cara menyediakannya...)saya meletakkan seafood supaya nampak berselera...

Order untuk officemate...saya memang x pandai masak makanan jenis begini dan memang x sedap tapi dia kata dia nak juga...then saya pun masak ikut taste saya (tasteless) sebab saya memang avoid garam and gula...even kalau masak gulai, gulai saya cuma diberi secubit saja garam...kalau anda jenis pemasin, nasibla makan gulai saya yg tawar...

Huhu..saya bangun masak jam 5 pagi dan bila tiba di office, masih ada wapnya...apa-apa pun, saya makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan...:-)

haw far flake yg hangit!

DI DAPUR saya ada 2 dozen telur ayam...dah dua minggu tak berusik...saya agak kalau simpan lagi seminggu (sebab saya akan berkampung di dapur pada weekend saja) mesti telur tu rosak. Saya puas fikir nak buat apa dengan telur tu...inilah jadinya..saya bakar tiga kek dalam sehari dan yang ini adalah kek yang last...sampai terhangit plak haw far flakes tu..
Akan tetapinya walaupun hangit...rasanya tak lari..masih rasa kek lapis asam manis ya!
Tengok layernya saya berasa puas tapi kalau suruh makan, tidak...sebab saya dah tak tahu nak beza rasanya dengan dua lagi kek...hmm..baking is a simple theraphy...lets do it when u want to release..kek yang sama...suka tengok belang-belang tu..

Petangnya Hajjah Moon dan Tn Hj Daud datang ke rumah saya...dan kek ini menjadi rezeki mereka...

warna-warni lah sangat!

ATT: Kek ini disediakan menggunakan resipi yang diberi oleh Guru Besar saya di Sekolah Menengah Perempuan, kira-kira 20 tahun lalu tetapi corak kek ini saya pelajari dari blog masak-masak yang saya dah lupa namanya, mungkin blog mamasya, kak zai atau kak ida punya blog, so kalau tuan punya blog termasuk dan terbaca ini, let me know ya and thanks a lot! So kek cantik ini bukan idea sayalah, saya kutip dari blog lain cuma resipinya adalah milik asal Pn Azidah Harun. Terima kasih cikgu...
Suka saya meneliti kek ini sebab corak abstraknya yang unik...sebelum ini kalau buat kek pound biasa, tiadalah saya terfikir nak selang selikan dengan taburan serbuk koko, tapi bila bila terbaca teknik menyediakan corak begini di blog mereka yg pakar masak...arghh tak sabar2 saya nak cuba...

Hijau, merah dan kuning lembut...dan ada garis hitam sebagai pemisah setiap layer...rasa macam pahit2 sikit tapi sedap...bukan saya nak puji tapi resipi kek ini memang sedap...
Saja ja saya letak pic kek ini banyak2, saya tahu sapa yang tengok ni mesti telan ayo lior..hik!

Figure Drawing 1

BETTER late than never! Yup..maybe this is the right words to say about the things that im doing now. Saya dah lama nak belajar fine art, tetapi kebanyakan yang ada di ajar tidak menerima part time student manakala saya pula tidak boleh menjadi full time student...clash! Bagaimanapun, Chekem bitau saya Aswara ada buat kelas hujung minggu untuk mereka2 yang zero mengenai fine art tapi sangat suka nak belajar perkara berkenaan. Saya tidak bertangguh dan Sabtu lepas adalah sesi yang sangat mengujakan.
Baru saya tahu daripada sebatang berus itu ada pelbagai ekspresi dan boleh membentuk satu kedudukan imej yang sangat bagus kalau pandai memanipulasi berus yang sebatang itu! Wow...Kelihatan Suzlee Ibrahim memberi tunjuk ajar kepada student yang dah pro, Nur Azlina Zulkafli, yang pernah membuat solo exhibition di galeri NSTP, beberapa tahun lalu.
Yang baju hitam (kiri) Hussin, student PhD dari USM, menggunakan cuti hujung minggu untuk belajar melukis. Imelda Shalin, Marisa Ng, Aizat, Faizal, Uda, Anis Hasmiera, Shu Ruei, Siew Yieen dan Anith, mereka ini sudah menyertai dua kelas. Saya tertinggal dua kelas terdahulu, tetapi ok jer lah...so setiap Sabtu saya tutup dapur, tak ada masak-masak anymore!

Thursday, March 17, 2011

Tazkirah 13 Rabiul'akhir 1432 H

Saya kutip daripada kata-kata seorang rakan di FB, Ustaz Khusyri Amyza:

Apabila berukhuwwah, kita khilaf dalam berkata-kata, perli memerli menjadi rutin. Ketahuilah bahawa hati-hati kita diciptakan berbeza. Ada yang teguh dan ada yang rapuh. Usah ditanya apa yang dia lakukan kepada kita, tapi tanyalah apa yang kita lakukan kepadanya. Kejayaan kita dalam memaknakan "tafahum" adalah bergantung kepada keupayaan kita menjaga "lidah".

Apabila direnung-renung..sememangnya kata-kata ini mengusik minda dan hati saya...tidaklah saya mengamalkan sikap perli memerli, tapi andai kata saya ada bercakap atau berkata-kata dan didengari oleh anda yang berasakan saya memerli anda, pohon maaflah kerana ia diluar kesengajaan saya. Saya tidak gemar jika orang bercakap dalam nada sinis dan memerli terhadap saya justeru saya tidak akan melakukannya kepada orang lain.

Bukan saya ini bagus, dan bukan juga jahat, tetapi sebagai manusia kadang kala khilaf sentiasa berlaku dalam percaturan harian. Ampunlah saya pinta kepada manusia yang ada tersentap hatinya kala saya berbicara dengan anda...

Dan dulu saya sentiasa bertanya apa yang akan saya perolehi jika saya mengenali anda, sehinggalah saya berada dalam satu situasi yang cukup selesa di suatu hari yang sangat diberkati, saya mula terfikir dan sudah pun saya lakukan, apa yang saya boleh beri untuk orang lain. Adalah lebih baik jika saya boleh memberi banyak manfaat untuk orang lain berbanding saya bertanya akan manfaat yang akan saya dapat daripada orang lain...

Ada banyak jalan untuk kita mendapat keredhaan Ilahi dalam kehidupan..saya percaya anda mempunyai jalan tersendiri...dan hari Jumaat ini, syukur sangat sebab saya masih berpeluang memandu ke pejabat jam 6 pagi dan menikmati suasana pagi yang sangat aman dan menenangkan..betullah juga kata-kata arwah nenek saya, bangun pagi, rezeki murah dan hati tenang...segala kebaikan datang kepada kita..ok saya nak menghantar hadiah jap kepada arwah nenek saya, Hjh Halimah Awg Seman dan arwah bapa saya, Shafie Mohd Noor...off now! (7.38am 13 Rabiul'akhir 1432 H @ 18 Mac 2011)

Sunday, March 13, 2011

Kek lobak merah

CUBA teka apakah bendanya ini??? Hmm saya dalam percubaan membuat kek lobak merah...jap ya..magic berlaku...:-)


YAYY!!!! Kek lobak merah saya yang pertama....kalau Maher Zain kata 'for the rest of my life,' saya pula kata for the 1st of my life..hihi...memang ini kek lobak merah pertama yang saya buat sejak hidup selama 40 tahun...dan ia menjadi! MasyaAllah dan marvelous. Saya tak peduli anda nak kata apa, yang penting saya buat, jadi dan selamat dijadikan kek harijadi Abang Ee yang masuk usia 4 tahun pada 13 Mac lalu. Happy Birthday Azzfar Isyraff! Mummy love you! Kalau kakak ida, kakak intan, kakak aisyah, kakak lala, syaker dan abang ashraf ada mesti seronok kan..anyway tak pe Nini ada...Ok, saya belum mahir membuat aising...nampak serabai tapi kira ok lah...

Decoration pun poyo jer...korang ada??? Haha...
Ini part paling saya suka. Apabila warna bertukar keemasan dan baunya naik memenuhi dapur saya...yesss saya tahu kek itu menjadi dan bakal dikorbankan sekelip mata.


Sebelum masuk oven, saya tawakal saja masa lihat adunan ini.
Dah masuk oven, bakar selama 1 jam ++...

Recycle bread...

KENAPA saya beri tajuknya recycle bread? Sebab the 1st thing came accross in my mind is what can i do with the bread reminant selepas saya kumpulnya selama dua minggu. Ia jadi banyak sebab sepanjang dua minggu ini, saya banyak menggunakan roti kerana membuat tart tuna.
Selepas dua minggu simpan perca roti, saya dapat sebekas puding roti. Nampak macam hangit sebab saya dah bakar dalam oven sebelum, konon nak buat bread crumb..hmm bread crumb lah sangat...!

Ini bendanya selepas dibancuh dengan telur, butter dan susu. Nak kata saya suka buat puding roti, tak juga sebab saya terpaksa cut banyak food yg berasa manis2 ini. Jadinya, semalam adalah hari saya test skil, masak itu dan ini, tetapi saya tidak makan pun kerana sudah 'menikmatinya' ketika menyediakan sebelum ia masak lagi. Baunya sudah cukup mengenyangkan saya, terima kasih kepada Zarin kerana sanggup meng'sms' saya panjang berjela mengajar saya membuat puding roti ini. Thanks to Hasya too because gave A* to my pudding..hihi!
Yay!! Dah masak, dah tinggal separuh pun..saya dah pack dan dah ada orang datang ambil pun..nak?

Wednesday, March 9, 2011

Happy Birthday Aqeem..

FIRST of all, happy birthday to Aqeem..dia dah lima tahun..semalam daddynya datang ambil cupcake di rumah saya jam 12 malam selepas balik kerja. Katanya nak hantar ke kindergarten Aqeem seawal pagi bersama hadiah lain...
Selepas masak, kena tunggu sejuk. Kebetulan saya terpaksa berkejaran dengan masa kerana menyediakan lapan container kek biskut merry yang saya buat entrynya sebelum ini. Jadi dengan tempoh waktu balik kerja dan tiba di rumah jam 6 pm, saya menyediakan 40 cup cake dan 3 adunan kek biskut merry dan saya kena off to bed @12 midnite or else im gonna be sleepy for the whole day esoknya. Memang saya kena tidur before 12, kalau tak bp turn hight!
Icing untuk disapu pada cupcake..thot wanna put pink colours, tapi baru teringat yg nak sambut birthdaynya adalah birthday boy..bukan birthday girl...hihi
Saya tak prepare pun nak buat canggih2 punya motif atas cupcake sebab daddy Aqeem pun cakap last minute...dan saya ini pelupa amat kerana tak tahu di mana saya simpan acuan untuk buat hiasan di atas cupcake..ended up with the simple motif..yang stripe tu adalah layer cake...saja kreatifkan tangan sebab saya dah buntu nak buat motif apa..lupa lah pulak nak beli otromen atau ben10 nak letak atas cupcake. Lagipun saya tak tahu Aqeem minat karakter apa...

Ok..off to bed..yawnnn......

Tuesday, March 8, 2011

donut lemonade...

I still remember a doughnut recipes from Pn Rohani Jelani @ Bayan Indah Culinary Retreat Resort..donutnya gebu dan enak, mudah disediakan dan kebetulan saya berpeluang menyediakannya..tat day i did choco d'nut but now is lemonade d'nut..rasa oren...
Selepas keluar dari Fagor. Donut kontemporary..no need to fry..just bake within 25 minutes and its ready to serve..
Sepatutnya bancuh cara manual..tapi saya nak cepat...
Saya masukkan dua-dua sekali ke dalam oven, nak jimat masa..
Yang gelap sengaja dihangitkan dan bau oren semerbak kerana garing..hmm...nyaman dan mengingatkan saya zaman sekolah rendah..donut adalah bekal setia saya ke sekolah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...