don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Wednesday, January 30, 2008

Santau...

Santau...
Saya tidak begitu berpengalaman dengan penyakit jenis ini, setakat mendengar cerita daripada orang yang terkena santau ini adalah. Pada 1993 dulu, ketika saya di IPTA, ada seorang senior yang terkena santau. Pada mulanya dia kerap mengalami demam dan batuk tetapi apabila ke klinik, Dr mengatakan itu adalah simpton biasa. Apabila keadaan itu berterusan dan dia mula notice dengan perubahan yang berlaku pada badannya, dia mengesyaki terkena penyakit yang tidak boleh diubati oleh doktor tetapi mesti bertemu orang yang tahu mengendalikannya.
Setiap kali bulan mengambang penuh (15 hb mengikut kalendar Islam), badannya akan berasa seram sejuk dan tulang selangkanya akan membengkak sehingga nampak nyata. Yang peliknya, tulang selangka itu tidak akan membengkak serentak tetapi bergilir-gilir kiri dan kanan. Keliling matanya juga akan lebam selain bahagian sendi dan pelipatan akan bertukar warna kebiru-biruan.
Pada waktu senja pula dalam dua kali sebulan, dia merasakan pintu biliknya bergegar dan nampak makhluk seakan pocong mundar mandir di dalam bilik tetapi sebab dia dah mengetahui situasi sebenarnya, keadaan itu tidak menakutkannya tetapi saya pula yang gerun apabila berkunjung ke rumahnya.
Lebih kurang dua kali juga saya menemankan dia mendapatkan rawatan di Darusshifa dengan anak buah Ustaz Harun Din. Memang saya melihat sendiri serbuk kaca yang keluar dari badannya dan bahagian dadanya akan kelihatan bintik-bintik merah (darah) yang keluar akibat kaedah rawatan membuang kaca itu.
Saya kehilangan perkataan untuk menggambarkan sengsara yang dia alami. Badan kurus dan muka cengkung tetapi dia kuat semangat untuk berubat dan yakin akan sembuh. Alhamdulillah kini dia bebas sepenuhnya dan sudah berkahwin tetapi anak sulungnya hanya sempat melihat dunia sekejap sahaja kerana dikatakan terkena saki-baki racun santau yang masih ada dalam badannya ketika dia mengandungkan anak itu.
Dan kini sekali lagi saya berhadapan spesies sakit yang sama. Brother in Law (BIL) saya terlantar di rumah saya because of the same simpton and yesterday it was confirm by ustaz from Beranang (which i heard that ustaz tu power dalam bab santau ni). He said, my BIL supposed to saw him lama dulu coz the poison of santau started to spread to all area in his body, cuma belum masuk ke main organ saja. I'm so shock because this coming March ni dia nak engage and we all pun kelam kabut buat preparation for his event and at the same time kena rush juga untuk pulihkan dia.
In this situation, I let his family handle him regarding of medication term while I'll manage to settle his hantaran ...
Terkini, my KA bitau saya petang semalam ada banyak darah keluar dari hidung adik dia...Nauzubillah...

Sunday, January 27, 2008

syukur Alhamdulillah...

Hmm...saya berasa seronok hari ini. Sebabnya ialah...semalam ketika saya sibuk menyepahkan ruang bilik stor di dapur rumah saya, saya terjumpa dengan barang kesayangan iaitu kamera digital yang saya sudah isytiharkan hilang dan bukan rezeki saya sejak sebulan lalu. Ia hilang dari pandangan mata saya dan saya menganggap ia tidak mahu lagi bertuankan saya. Rupa-rupanya tangan saya sendiri yang menyimpannya di dalam almari pakaian (dalam bilik stor) dan saya agak jarang membuka laci itu, jadi saya langsung lupa mengenai barang yang disimpan di situ. Ketika melihat kamera itu, saya berasa melayang-layang kerana terlalu gembira. Bukannya gembira apa, seronok sangat kerana segala foto family saya ketika Aidilfitri yang lalu masih ada di dalam memory card dan belum di download. Jadi nostalgia itu masih ada bersama saya...memang nostalgia.
Kameran digital ini saya beli dengan harga RM1,400 pada 2005, sehari sebelum KA saya menerima ijazah sarjana muda ekonomi di UM. Saya beli dengan tujuan utama mengabadikan hari bersejarah KA dan hanya saya yang ada di situ untuk merakam foto beliau. Selepas itu banyak lagi jasa kamera digital itu kepada kami.
Sebelum ini saya sudah memiliki dua kamera berkuasa tinggi. Model pertama ialah Canon EOS 500 rasanya. Saya sudah lupa kerana kamera ini sudah menjadi 'arwah'...hehe. Ia terjatuh secara tidak sengaja di atas jalan utama dan dilanggar kereta menyebabkan berlaku letupan kecil. Saya kuburkan ia dengan menyimpan di dalam kotak ajaib sebelum dibuang ke dalam tong sampah dan model kedua juga Canon tetapi saya memberinya kepada adik yang sangat berminat dengan kamera itu.
Dan saya kini membawa digital cam sebab ia lebih senang dibawa ke sana ke mari...boleh menyimpan banyak foto di dalamnya dan memang senang! Rasanya saya boleh kembali aktif berblog sebab ada banyak gambar yang saya ingin kongsi dengan anda...nantikan...

Thursday, January 17, 2008

cerita luka...

Antara lidah, pena dan pedang, mata lebih tajam? Ada pepatah mengatakan pena itu lebih tajam daripada mata pedang dan pernah juga saya dengar, lidah tak bertulang, tiada mata tetapi selalu juga ada hati yang terluka mendengar ungkapan lidah. Pedang? Pastinya ia mampu mencarikkan apa saja yang bersua dengan mata nipisnya yang tajam berkilat apatah lagi sutera lembut mahu pun kulit manusia yang berlapis-lapis sifatnya.
Pokok pangkalnya, luka oleh pedang nampak parut dan lama kelamaan akan hilang kesannya, luka oleh tulisan mata pena pula bagai buih di lautan dan awan di langit, hilang sekejap timbul sekejap tetapi tiada kesan pun manakala luka oleh kata-kata daripada lidah, sampai bila-bila pun akan diingati. Saya tidak pasti anda pernah dilukai oleh objek mana tetapi saya sudah merasai luka oleh lidah tidak bertulang.
Sakitnya seperti luka dicurahkan cuka tetapi tidak nyata pada mata. Kesannya berbekas sangat dalam seperti belati menusuk ulu hati dan apa yang saya boleh buat... saya tahu saya tidak akan menemui ubat luka itu tetapi Allah Maha Kaya dan DIA ada ubatnya...
Hmmm...dua tiga hari ini saya banyak mengalami luka-luka...saya yakin luka itu akan sembuh juga tidak lama lagi...antaranya luka tertusuk sembilu daripada kayu almari di rumah saya ketika berkemas...haha...jadi, anda perlu berhati-hati supaya tidak mengalami luka seperti saya, nanti berbekas parut yang tidak nampak..

Anekdot ringkas...

* Apa khabar agaknya mak bonda saya yang semakin uzur di kampung...
* Seronok rasanya bila kekanda saya dapat bertukar ke jabatan yang terletak lebih dekat dengan rumah kami...tahniah KJAZZ!
* Bahagia rasanya bila dapat memegang anak buah saya (Ee) yang datang menjenguk kala tengahari ini, walaupun sekejap saja saya mendukungnya, dia senyum tanpa henti menampakkan empat batang gigi hadapannya yang mula menunjukkan kuasa...hehe...kerjanya menggigit saja.
* Terima kasih kepada penukang blog lama saya (Mandur Balai Bomba...kwang!), sahabat yang sentiasa dalam doa saya supaya beroleh kesejahteraan di samping keluarganya.
* Selamat berangkat kepada sahabat (Cik Leha) merangkap adik kepada saya yang akan menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci Makkah pada 21 Jan ini. Saya doakan dia dan kedua ayahnda dan bondanya selamat pergi dan selamat kembali. InsyaAllah.
* Saya masih lagi menunggu sementara kesabaran saya masih bersisa...

Monday, January 7, 2008

I'll do that....!

Hari ini, saya diserang mengantuk lagi. Seperti semalam, mengantuk saya luar biasa. Sampai terhangguk-hangguk kepala di hadapan komputer, mengantuk tahap kronik dan saya rasa seperti ingin baring saja di bawah meja yang beralas karpet cokelat itu.
-Sesuatu yang saya lakukan hari ini:
- Sampai ke opis, saya breakfast + lunch= alone!
-Sekejap lagi pun saya akan ke surau untuk solat Zuhur= alone!
Alone= Tiba-tiba saya berasa free!

Ntah, saya berasa ingin melakukan perkara yang saya jarang lakukan sebelum ini. Saya pun tidak tahu kenapa. Kali ini saya ingin sekali mengikut kata hati...

Sunday, January 6, 2008

...tiada tajuk khusus...

Tidak tahu kenapa, pagi ini saya berasa nenong-nenong. Kepala pening dan mata rasa mahu pejam saja untuk elak pening. Mungkin BP saya naik sebab dua hari sebelum ini saya tidur sekitar empat jam saja kerana menonton tv dan membakar biskut. Memang itu adalah pilihan saya sendiri tapi tidak sangka pula I'll get a very bad effect like today. Before this it never happen to me, ini yang buat saya terfikir something wrong with my health index...must see a doctor.
Semalam kebetulan ada assignment di Seremban. Firstly I planned to take a comuter to Seremban but then my KA was decided to drive us there. Seronok juga walaupun we are like rusa masuk kampung...yeay...finally jumpa juga Kolej Mara Seremban which their location is facing Allson Klana Resort yang cantik kalau tengok dari luar.
Gedebuk gedebak sampai rumah jam 2 petang dan petangnya saya masak sup cendawan dimakan dengan roti bakar bersalut garlic spread. Bolehlah, rasa macam roti yang dimakan kat Pizza Hut pun ada...at least we don't have to spent a lot of money there sebab masak sendiri dah tentu boleh makan dua atau tiga kali...burp!

...huh kenapa mata saya tidak boleh melihat sesuatu objek dengan tepat ya? Kalau tengok lama-lama rasa macam objek itu bergerak-gerak. Any solution?

Wednesday, January 2, 2008

Catatan pagi Khamis

Hari ini Khamis dan esok Jumaat. Hmm...rasa sedikit selesa hari ini walaupun sejak dua tiga hari kebelakangan saya sedikit walang dan susah hati. Pagi-pagi jejak kaki ke lantai pejabat saya cuba tanam dalam diri bahawa hidup mesti ada cabaran dan saya mesti melaluinya kerana sebagai manusia, saya wajar maju ke hadapan bukannya menoleh ke belakang dan mengambil kira semua cakap-cakap orang yang mungkin betul dan mungkin tidak.
Keduanya saya wajar menanam dalam diri bahawa manusia itu sifatnya rambut sama hitam tetapi hati di dalam tidak sama dengan hati saya.
Ketiganya hari ini saya menerima santapan rohani yang sangat menyenangkan. Ada kenalan yang sentiasa dekat di hati saya bertanya khabar dan menurunkan beberapa ayat yang sangat bermanfaat untuk saya renungi lewat sms pendeknya di skrin hp saya. TQ Dr Kay.
Hari ini juga saya menunggu kedatangan Dr Rose yang akan singgah bertemu saya untuk merasa kek butter dan cookies yang saya buat dua hari lepas. Sesuatu yang menyeronokkan apabila cookies yang saya buat itu (asalnya daripada resipi Dr Rose), diterima baik dan sudah ada empat orang yang memesannya untuk minggu hadapan. Alhamdulillah...
Saya berasa di tepi jalan kehidupan saya sudah ada lantera yang mula menyala dan sebelum ini lantera itu malap sahaja tapi berkat kesabaran dan angin hijrah yang mula berhembus, saya yakin lantera itu akan terus bersinar dan bersinar selagi saya rajin berusaha mendapatkan 'tenaga' untuk menyambung sinar itu...
O ya, semalam, petang Rabu, saya berpapasan dengan satu kemalangan jalan raya. Ngeri melihatnya kerana mangsa, seorang lelaki pertengahan usia terbaring kaku dengan darah mengalir dari kepala dan hidung. Darjah nafasnya adalah nyawa-nyawa ikan dan KA saya yang bergegas mendekati tempat kejadian memberitahu ada seorang pakcik berusaha mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah. Saya tidak pasti apa kesudahannya kerana tidak sanggup melihat kejadian berkenaan, amat ngeri. Nauzubillah...memang kita akan mati tapi saya tidak mahu nafas saya menjauh dengan cara begitu...Wallahhua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...