don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Sunday, July 27, 2008

chocho and chocho...

Moist Choc Cake yang saya kukus selama 3 hrs bersedia untuk diagihkan kepada sesiapa yang bertuah..
Each choc is RM3.90...kecik jer...tak sampai 3 kali kunyah dah melt..huhu..

Perhatikan sifat menggoda yang ada pada choc ini. Saya blur sebab tatau nak makan yang mana satu so the effect was blur too...forgive me..

Dalam cute goodies ni ada choc chip cookies. Saya buat untuk Kak Su dan Kak Yah masa event Jemari Seni di A&W Taman Jaya...

Ok, Im most of the time chocholate lover...never go out without choc in my handbag...walau kecil, hanya sekeping cadburry purple, ia akan sentiasa bersama saya. I actually..don't have a specific reason why I really love chocholate.
Maybe because of their content which is make me happy and energetic after ate some choc. Maybe because of their myth that choc can make us more sensual or else, I don't care and I don't want to know.
All im concern is chocholate sangat sedap!! More bitter is more better...Last month, I talked to choc experties from Aussie and got a few tips from him...one of the tips is if u crack the choc and it's just only a bit cracker in your hand, that was a very good Q choc..well, he's right because once I have a Theobrama in my mouth, I may say bubuy to others...hehe..mana boleh beb! Semua coklat yang halal saya terima..lagi pun, have to think twice if I wanna buy Theobrama bcoz its so expensive compared to other brands...

Wednesday, July 2, 2008

Sweet....

I just wanna taste only a sweet things in my life...not a bitter neither a sour...can I?

Tuesday, July 1, 2008

Anekdot...

Hmm...freezer magnet yang di sebelah kanan itu dibuat dalam bentuk 3d, nampak seakan real...
Apa yang ada dalam minda saya mengenai bangunan di Deutch...
Saya mungkin bukan seorang pendokumentasi yang baik. Kalau melihat sesuatu, ia hanya akan bertahan beberapa minggu sahaja dalam ingatan dan kemudian akan hilang sedikit demi sedikit dari minda.
Seingat saya, Allahyarham A Halim Nasir adalah pendokumentasi, budayawan dan sejarahwan yang sangat cemerlang atas usahanya mengumpul dan menyelidik mengenai seni bina Melayu. Saya tidak berkesempatan membeli naskhah coffee table karya beliau mengenai rumah Melayu.
Dan Sdr Zamri Mohamad (maaf saya lupa binnya...harap Mohamad itu betul), juga adalah pendokumentasi yang patut diberi pujian kerana kesungguhan beliau membuat penyelidikan mengenai masjid Melayu dan Islam sehingga ke Pattani. Saya pernah berbual dengan beliau kira-kira tiga tahun lalu dan beliau sangat bersemangat menceritakan mengenai penemuannya dalam bidang berkenaan.
Ada seorang lagi pelukis tanah air yang cukup saya gemari karyanya kerana beliau mengabadikan elemen rumah/kediaman Melayu dalam kebanyakan karyanya. Pelukis yang dimaksudkan ialah Sdr Anwar Dan. Meskipun tidak mampu membeli karya Anwar Dan, saya ada menyimpan karyanya yang sudah siap diframekan atas ihsan beliau yang menghadiahkannya pada saya tidak lama dulu. Terima kasih Sdr Anwar.
Saya sebenarnya berasa teruja dengan seni bina Melayu. Setiap lengkok, lekuk dan bucu dalam seni bina Melayu ada maksud yang tersendiri. Arwah bapa saya walaupun bukan seorang tukang rumah, banyak mengetahui mengenai rahsia kediaman dan rumah Melayu tetapi beliau sedikit lokek menumpahkan ilmunya mengenai kediaman dan rumah kepada saya kerana mungkin memikirkan saya ini perempuan dan tidak akan ke mana ilmu itu.
Setiap kali berpergian, perkara utama yang ada dalam minda saya ialah seni bina. Walaupun saya bukan lulusan seni bina tetapi perkara itulah yang sentiasa melekat di minda saya. Bangunan Sultan Abdul Samad antara yang saya idamkan...haha. Dan kota usang dan historical di Luxemburg juga sangat ingin saya saksikan dari dekat.
Kesempatan melihat bangunan di negara Eropah adalah peluang yang saya nantikan. Kalau duit saya seperti daun yan gugur dari pokok, pasti setiap tahun saya akan mengunjungi kota usang untuk meninjau bangunan.
Dan sekali lagi, saya bukan pendokumentasi yang baik... tetapi sekurang-kurang saya ada cara mengekalkannya dalam peta kehidupan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...