don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Sunday, February 27, 2011

mango/prune layer cake.

THIS is my 1st layer cake for 2010/11...memang dah lama saya retire from baking a cake...last time was 2009 dan masa tu hampir setiap minggu saya buat kek lapis sebab addict. Walaupun tak makan, saya tetap bakar dan bagi hadiah pada jiran yang kebetulan ada tujuh anak yang kecik and comel2 semuanya. Bila saya balik kerja jer, mereka mesti tanya makcik (alahai..makcik dah) pergi mana, pakcik mana...haha walaupun both of us (masa tu ler..) belum ada white hair and now KA dah ada banyak white hair..saya tetap akan bagi jawapan standard..makcik balik kerjalah..hari ni makan apa, mak mana, adik baby mana, kakak mana? Yang best tu hanya sorang jer tukang tanya, and she is Wafa...petahnya mulur dia, memang rajin bercakap manakala kakak dan abangnya hanya diam rapat di pagar pembahagi laman rumah kami.Mangga dan prune...sebetulnya saya dan buat entry ini agak panjang...silap punch...terus hilang...adoi! malas dah nak taip semula..
nampak cam besar, walhal kecil jer sizenya...jangan tertipu dengan ilusi optik anda...
Different angle...

dan lagi...

fondant...expired!

FONDANT! Oh fondant...saya dah lama teringin nak belajar buat fondant..felt heaven when i saw a fondant cake or something fondant! Don't know, adrenaline burst setiap kali nampak fondant..haish! I know that's expensive kalau nak masuk kelas fondant. One day tu, my old colleague @ buddy, Dr Rose brought me to the cake shop somewhere in PJ One...kedai ni is remote a bit..so saya pun apa lagi...tak ingat hari ler membeli bahan membuat fondant konon..tapi semua yg instant. Simpan punya simpan...ada la setahun baru jumpa bahan2nya and that's what i hv now..(err bunga fondant ni dah expired actually..so memang x leh makan dan saya akan recyclenya menjadi 'case' lain...wait and see yaaa)Pewarna untuk fondant and acuan...ada satu lagi mana ntah..mak ampun harganya nak dekat RM90 untuk 1 set acuan (4 sizes of flower).
Hahh...dah jadi pun tapi macam play doh pula rasa masa buat fondant ni..anyway thanks to kak jun and the geng di cupcakekasih...bila tengok mereka berfondant, saya jadi teruja nak buat walaupun dan expired punya bahan fondant..tak pe lah, boleh dimaafkan, daripada membazir baik saya recycle kan? kan? (Hmm my bad habit, kalau rasa nak buat tu..nak juga buat! kena buat! dah buat sekali, bubuy...ntah berapa tahun pulak ler saya akan buat fondant lagi...hihi)

Saturday, February 26, 2011

Tart tuna...

YUMMY..yummy and yummy..Izzat, this is for you...arghh..ok, the 2nd recipe yang saya ambil dari dapur Naturel and Rohani Jelani. Sebetulnya di program berkenaan, setiap individu dikehendaki menyediakan satu menu sihat dan saya pula dikehendaki membuat muffin. Done! Saya memasak muffin dengan jayanya. Ketika sesi pengenalan, @ breakfast, saya sudah terhidu satu menu yang sangat saya suka..itulah dianya..tart tuna. Sambil kunyah, puas saya fikir apa bahannya dan bagaimana Rohani memasaknya kerana tart berkenaan memang menyelerakan. Sambil makan saya cuba mengesan bahan2nya. Pertama sekali saya perasan pastri itu adalah roti wholemeal...
Sengaja dihangitkan...semakin naik bau.
Tiga biji tart ini sekejap saja licin...
Roti gardenia..kemek dan potong bulat kerana anda perlu pastikan ia muat dengan tin pembakar.
Sebelum dikemekkan...
clockwise: yellow capsicum, onion, white mushrom, ketumbar, fishball...semua chop! o ya the center is tomato cherry..
Sorry lupa nak masuk dalam list, tuna in mineral water..tumis macam biasa..jangan lupa masukkan spinach untuk zat besi..
Dah siap, inilah inti tart..
Saya shorcut ya..sleepy...(yawnnn..)pastrinya adalah roti yang dikemekkan dan intinya adalah tuna yang ditumis dengan segala bagai bahan..bakar dalam ketuhar. Lagi lupa nak bitau, sekeping chedar cheese tu, sila potong 4 dan tempek atas tomato. Bila masuk oven, panas dan melting, so jadi le cover tart tu.
BURP!...hehehe..mana Izzat ni..akak dah kenyang..

Thursday, February 24, 2011

sushi oishiii!

SUSHI...ya saya menyediakannya untuk adinda saya yang berkunjung ke rumah. Nak bagi makan muffin karang manis pulak, jadi saya teringat akan resepi diperkenalkan Pn Rohani Jelani ketika saya masuk sesi memasak beliau dan Naturel beberapa hari lalu. O ya sushi ini dihasilkan daripada bahan yang dimasak sepenuhnya ya. Jadi kepada bukan penggemar sushi yang sering memberi alasan tidak makan bahan mentah, sushi ini boleh anda cuba kerana saya masak dengan api biru dan cukup masak sebenarnya.
Beberapa hari lalu Izzah Nazura ada bertanya bagaimana nak buat sushi dan saya teringat-ingat pertanyaannya itu yang dicadangkan oleh sahabat supaya google saja. Manakala saya pula mencadangkan beliau beli saja beras untuk sushi di kedai grocery yang ada jual produk Jepun. Kalau di KL saya tahulah di mana untuk mencarinya, tetapi Izzah di Ireland dan saya tak pasti adakah beliau berjaya menyediakan sushinya.
Lauknya adalah salmon segar yang digoreng dengan satu sudu makan minyak zaitun Naturel. Haha..saya masih lagi dalam fasa promosi Naturel. Then letakkan sedikit garam dan gula. Saya tak suka letak msg malah di rumah saya x ada msg pun kecuali kalau ada orang bagi, saya terima, untuk beli...NO!
Yang ini saya juga lauknya serunding daging...
Bila adinda saya tengok, beliau pun sibuk merekacipta nama untuk resepi ini..rainbow ler, itu le..macam-macam dan saya kata tak payah sibuk2 nak bubuh nama, kejap lagi ghaib le dalam perut..cakap je lah nama resepi ini adalah sushi kenyang! Ya, dua keping salmon. Kalau tak mahu bau ikannya terlalu kuat, basuh jer dengan air asam jawa tapi bagi saya kalau dah namanya ikan, pasti bau ikanlah kan. I choose salmon because a smelly is less..tak hanyir macam ikan lain, maksud saya ikan Asean..Maklumlah salmon ni ikan Barat..ikan pun berbangsa-bangsa..Saya suggest anda menggorengnya di dalam non stick frying pan supaya isinya okey dan tidak hancur sebelum waktu....bukan deep fry..manja-manja jer letak olive oil sket..sket saja taww...Okeh dah masak dan saya dah hancurkannya..ouchhh sudu IKEA juga yang ada. Itu nephew saya punya kerja..sudu dia, bukan sudu saya!Serunding daging, kalau x mo ikan, x mo serunding, anda mungkin boleh letak tuna cili atau telur dadar yang dibuat sendiri. Pokok pangkalnya, selera anda..ikut saja.Nasi beras sushi...jangan risau kerana cara memasaknya ada disertakan di packaging luar.Japanese cucumber...RM1 sebatang..mahal gilos, timunnya cekeding jer..sebab berangan punya pasal nak buat sushi, saya buat2 tutup mata jer pasal harga...tapi puas hati.Isikan nasi ke dalam acuan untuk sushi..ada jual kat kedai bakery..eh bukan kedai yang ada jual bahan masakan Jepun...bagaimanapun saya x beli, ada orang bagi...ngee...jangan jeles, dosa tau!Haa...salmon and timun mahal..boleh isi berapa banyak anda suka, tapi jangan penuh sangat sebab nanti kena isi nasi lagi bertujuan tutup lauk ni.
Dah, saya dah kemekkan dengan penutup dan inilah hasilnya....Kalau kanak-kanak cukup jer makan satu..kalau dewasa mungkin dua...kalau saya...suka hati saya lah nak makan berapa...hahahah!

Tuesday, February 22, 2011

my bento box

Bento Box: perhatikan dua ketul sushi, omelet dan strawberry. (Ada carbo, protein and vitamin). Bento Box ini mempunyai penutup berwarna merah dan cantik. Bento box ini adalah tajaan Rubbermaid.
1st time i heard about bento box was 11 yrs back...masa tu my close friend, G, lives in Nagoya sebab accompany her husband further study di sana. Every time when she email me, she did tell about her kids bento box, food yang dia masak untuk anak2nya bawa bekal ke sekolah sebab di Nagoya tu banyak yang tak halal berbanding yang halal dan segala bagai makanan yang dia makan ketika di sana.
Begitupun, yang sentiasa menarik minat saya adalah bento boxlah sebab ketika dia pulang bercuti, dia menghadiahkan saya bento box yang sangat cantik dan pelbagai kegunaannya. Ada bento box untuk dangko (kuih daripada kacang merah), bento box untuk meal dan bento box untuk rokok juga ada disediakan di negara matahari terbit itu. Saya pun apa lagi terkagum-kagum sajalah sebab bento berkenaan sangat comel dan praktikal.
Saya kata praktikal kerana ada banyak ruang yang boleh diisi dengan pelbagai jenis makanan. Paling saya suka adalah bento untuk dangko kerana ia sangat cute. Cuba bayangkan sebuah kotak berukuram 6 x 6 dan ada 4 ruang yang diblok dengan cara yang sangat kemas. Yup..sebut saja perkataan kotak, pasti ia akan berjaya mencuri perhatian saya. Tapi itu adalah cerita bento di nagoya, cerita bento di sini pula, menyeronokkan juga kerana beberapa hari lalu saya berpeluang mengisi bento dengan resipi istimewa dan lebih mengujakan bento box itu adalah sumbangan Rubbermaid!
Dan ini adalah bento box saya yang saya bawa setiap hari ke office. O ya, strawberry adalah tajaan Fazlena Jafar, sunkist dan epal pula adalah tajaan sendiri.Sorry, lupa apa ke namanya resepi ini, ill check it out and saya akan letak resepi kemudian. Saya nikmatinya ketika menghadiri sesi Bento Box: Kids eat Right with Naturel anjuran Natuel dengan pengendalinya Rohani Jelani.
By the way, this is Indra Balaratnam (Penasihat Pemakanan) and she's so nice masa kelas berlangsung. Dia turut memberikan talk mengenai pengambilan makanan untuk kanak-kanak dan banyak perkara yang saya perolehi ketika menghadiri sesi Indra. Thanks Indra! Di sebelah kiri adalah Diyana, Miki's mummy...hehe.
Antara menu di Bayan Indah dan (thumbs up) semuanya enak serta sedap. Kalau sempat saya perincikan resepinya dalam entri akan datang.

chocho doughnut

THIS is cocoa donut ya, bukan Coco Chanel..yup saya buat sendiri..buat sendiri tau! Dan guru yang mengajar saya membuat donut enak dan menyihatkan ini tak lain dan tak bukan adalah Rohani Jelani, pemilik Bayan Indah yang sangat saya kagumi. As usual, elemen semula jadi kediaman ini begitu menebal dan saya dapat merasakan pemiliknya sangat menghargai alam!

Ini donut yang belum ditabur dengan icing sugar as decoration. Ok saya perturunkan resipi mudah donut coklat ini kepada anda yang berminat. Selalunya kalau nampak donut mesti anda fikir terpaksa menguli dan membuat secara manual bentuk donut dan mewujudkan lubang pada bahagian tengahnya. Tak perlu! Saya juga pada permulaannya ingat mesti penat saya nak menguli doh donut, tetapi cempedak menjadi nangka kerana prosesnya sharp and short. And easy!!

Bahan: (Eat Right Meals for Kids with Naturel)
50ml Naturel blend cooking oil
2 large eggs
80ml sour cream or plain yogurt
140 self raising flour
1/2 bicarbonate soda
80 gm caster sugar
pinch of salt
cocoa dust (secukupnya)

# Beat Naturel blend cooking oil, egss, yogurt and cocoa dust with a fork until well mixed.
# sift flour and bicarbonate of soda into a mixing bowl and stir in sugar and salt.
# Make a well in the center and pour in the liquid ingredients. Mix until well combined.
# Spoon mixture into greased tins and bake.

Dibakar kira-kira 10-12 minit. Jangan lama, nanti semakin gelap donut anda.

Geng blogger (L-R) Eti Karim, Diyanazman dan Puteri Nuur-Atterawis.

Haha..apa-apa sekalipun, posing tetap diutamakan. Bersama Rohani di tengah.
Bahan mentah yang digunakan untuk membuat donut.

Saya suka guna Naturel Olive Oil untuk memasak di dapur. Rupanya mungkin berbeza sedikit daripada minyak masak biasa , tetapi rasa tetap ada dan sihat.

Warna rasmi Naturel mendominasikan bengkel berkenaan.Thanks to Naturel kerana menjemput saya menyertai bengel sihat bento box for kids.
Saya memang tak sabar menunggu langkah seterusnya...

A rhetoric of nature @ Bayan Indah

NATURE! And of course i like it much..surounded by nature make me feel good and yesterday was a lovely day because i was invited to attend a cooking class by Naturel. Guess what? The class handle by our food consultant, Rohani Jelani's at her residence, Bayan Indah in Sg Penchala. MasyaAllah tempatnya sangat cantik dan begitu bersatu dengan alam. Hmm sorry allow me to hv a day dreaming kejap ya...kalau saya ada banyak duit, saya pun nak buat macam dia juga...but the fact is saya x ada banyak duit, so cukuplah saya berangan dengan rumah saya saja...hehe..thanks!

Epal hijau ni pun nampak cantik bila digandingkan bersama sehelai daun dalam pinggan putih. Rohani memang pakar memanfaatkan warna alam..luv ya..!
Dining hall yang menunggu untuk diduduki...huhu...menunya amat menyelerakan dan sihat. Saya akan buat entry mengenai resipi yang kami masak di Bayan Indah ini. Tunggu saja, pasti anda juga teruja...if you are in my shoes..im sure your adrenalin's burst!
This is Bayan Indah..memang indah pun. Nampak biasa saja dari sisi pandang hadapan, tetapi apabila anda memijak setapak ke dalam..terasa nyaman dan selesa dan saya pasti anda juga akan berasa begitu!
Halia bara...eh sorry, ke halia batu..saya tak pasti..sorry for that. Hv to check dgn sapa-sapa yang tahu...
Yang ini saya namakan pokok bunga jenjarum. Dulu masa kecil dan bersekolah rendah, setiap hari saya melewati kawasan padang tepi jalan yang dipenuhi dengan pokok jenjarum dan nostalgia itu kekal dalam ingatan sampai kini kerana pokoknya sangat cantik pada pengamatan saya..juga penuh kenangan...
Dan roselle yang pernah memenuhi halaman rumah pusaka bonda saya suatu ketika dulu..pendek kata setiap hari minum jus roselle, makan halwa roselle, jam roselle serta kek roselle yang direka oleh bonda saya juga..
Tiga spesies berkenaan adalah antara pokok yang ada di sekitar Bayan Indah. Ibarat sebuah taman yang menyediakan ketenangan kepada sesiapa yang menggemari alam...Bayan Indah, a rhetoric of nature!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...