don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...
Showing posts with label nature. Show all posts
Showing posts with label nature. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

A rhetoric of nature @ Bayan Indah

NATURE! And of course i like it much..surounded by nature make me feel good and yesterday was a lovely day because i was invited to attend a cooking class by Naturel. Guess what? The class handle by our food consultant, Rohani Jelani's at her residence, Bayan Indah in Sg Penchala. MasyaAllah tempatnya sangat cantik dan begitu bersatu dengan alam. Hmm sorry allow me to hv a day dreaming kejap ya...kalau saya ada banyak duit, saya pun nak buat macam dia juga...but the fact is saya x ada banyak duit, so cukuplah saya berangan dengan rumah saya saja...hehe..thanks!

Epal hijau ni pun nampak cantik bila digandingkan bersama sehelai daun dalam pinggan putih. Rohani memang pakar memanfaatkan warna alam..luv ya..!
Dining hall yang menunggu untuk diduduki...huhu...menunya amat menyelerakan dan sihat. Saya akan buat entry mengenai resipi yang kami masak di Bayan Indah ini. Tunggu saja, pasti anda juga teruja...if you are in my shoes..im sure your adrenalin's burst!
This is Bayan Indah..memang indah pun. Nampak biasa saja dari sisi pandang hadapan, tetapi apabila anda memijak setapak ke dalam..terasa nyaman dan selesa dan saya pasti anda juga akan berasa begitu!
Halia bara...eh sorry, ke halia batu..saya tak pasti..sorry for that. Hv to check dgn sapa-sapa yang tahu...
Yang ini saya namakan pokok bunga jenjarum. Dulu masa kecil dan bersekolah rendah, setiap hari saya melewati kawasan padang tepi jalan yang dipenuhi dengan pokok jenjarum dan nostalgia itu kekal dalam ingatan sampai kini kerana pokoknya sangat cantik pada pengamatan saya..juga penuh kenangan...
Dan roselle yang pernah memenuhi halaman rumah pusaka bonda saya suatu ketika dulu..pendek kata setiap hari minum jus roselle, makan halwa roselle, jam roselle serta kek roselle yang direka oleh bonda saya juga..
Tiga spesies berkenaan adalah antara pokok yang ada di sekitar Bayan Indah. Ibarat sebuah taman yang menyediakan ketenangan kepada sesiapa yang menggemari alam...Bayan Indah, a rhetoric of nature!

Saturday, May 2, 2009

Nature...

Perkara utama yang saya gerun kalau nak masuk hutan ialah pacat...ntah kenapa saya cukup alah dengan haiwan kecil dan lembik ini. Saya tahu ia tidak boleh mencederakan saya dengan sadis. Kalau ia berjaya menakluki saya sekalipun, mungkin hanya beberapa titik saja darah saya yang boleh disedutnya..saya kadang kala terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk mengelakkan ia mendekati saya. Antara yang pernah saya buat ialah menyelitkan cebisan tembakau di dalam stokin, menyembur kasut dan bahagian betis saya dengan sheltox dan mengenakan stoking hingga paras lutut dengan cara masukkan seluar ke dalam stokin, tentu anehnya tetapi kelakar pandangan itu. Tak kisahlah, janji ia tidak dipanjat pacat...apa-apa pun, saya memang tidak serik masuk ke hutan kerana hutan menyediakan bau, warna dan suasana berbeza dengan bandar. Masuk hutan saja saya berasa seperti bersatu dengan alam, saya tidak kisah dengan becak, slut, lumpur dan air tapi satu saja yang saya takut, pacat...
Langit mendung nak hujan tapi tak hujan pun. Saya snap pic ini selepas kami keluar dari hutan sekitar jam 4pm...tapi kalau berada dalam hutan pada jam 4, suasananya seperti 6 pm dah...jangan main-main, pemandangannya pun sama saja walau anda pusing sepuluh kali..kecuali anda dah tanda sesuatu pada pokok yang dikenalpasti...

Salah satu teknik mengambil gambar yang saya suka...dongakkan kamera anda ke atas..nampak perabung pokok berlatar langit...matahari petang pun cuba mencelah di antara daun..

Walaupun penat, saya masih sempat mencuri pandang kepada seekor tupai yang cuba untuk mendekati kumpulan kami. Mungkin ia mengagak kami ada makanan untuknya...kiranya ok juga digi cam compact saya yang sudah beberapa tahun berkhidmata ini...nampak comel jer tupai tu...
Tupai yang sama, dalam dua aksi berbeza..yang ini ia bagi saya sudut pandang belakang yang cantik...mungkin nak menunjuk ekornya yang lebat dan kembang tu...
Sorry, saya tak tahu apa nama spesies mushroom ni. The size ia very small, sama besar dengan syiling lima sen...tumbuh di atas kayu buruk di celah daun...sepanjang setengah hari masuk dalam hutan, saya cuma terjumpa selonggok ini saja..maybe rare species atau kulat sisir...saya tak kenal...
Satu lagi spesies serangga yang saya tidak dapat kenal pasti...
Cuba tengok betul-betul...sepasang gonggok sedang berdating sebenarnya...ada dua gonggok. Masa saya lalu nak masuk, ia dalam posisi ini. Masa nak balik, pun masih begitu juga. Asyik!
Bahagian perabung gua..ada enapan berlaku...kalau masuk ke dalam, lagi banyak enapan dan lagi cantik.

Antara laluan yang kami lalui, ikut celah batu..turun dan naik bukit..phew...letihnya tak terkata tapi bila dah keluar hutan, duduk and cool, saya nak masuk hutan lagi!!!
Bahagian dinding gua...berbatu batan...berlumut hijau...siang hari nampak cantik tapi kalau malam saya pun takut nak imagine...hehe
Sillhoute..matahari petang...
Masa nak balik, hujan boleh tahan..banyak dahan pokok sekah dan menghalang jalan. Itu pun kami beberapa kali sesat..bandar Temerloh taklah besar mana tapi kami sesat barat. Orang Temerloh kena letak signboard banyak-banyak supaya kes sesat tidak berlaku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...