
SIAPA kata biskut merry dah ketinggalam zaman? Anda silap..saya mula mengenali biskut merry ketika berusia lima tahun..penuh nostalgia kerana biskut ini adalah biskut paling 'humble' yang pernah saya kenali kerana ia sentiasa ada setiap kali kenduri kematian...sungguh sedih kerana biskut ini mengingatkan saya kepada kematian..tapi tidak mengapalah...kita semua akan mengalaminya..yang penting perbanyakkan ibadat sebagai bekalan dan biskut merry tetap wujud hingga kini.

Apabila saya bertambah usia..biskut merry mula meningkat maruahnya apabila ia diadun menjadi kek yang sangat cantik..kek lapis batik, kek biskut merry dan pelbagai lagi. Saya difahamkan bonda saya, kita akan buat biskut merry setiap kali hari raya tiba kerana kek biskut merry adalah paling simple dan murah...hmm namun sedap dan ada nilai sentimental..

Sehingga kini, saya sudah melalui hidup melepasi 'zuhur' pada perkiraan saya dan bonda saya sudah bersara daripada membuat kek biskut merry. Saya tidak pernah mengetahui sukatan yang betul mengenai bahan-bahannya kerana bonda saya tidak pernah memberitahu saya, kecuali menyuruh saya dan kakak melihat saja apabila beliau menyediakan kek murah ini.

Dah siap, saya hanya mendidihkan sebuku butter, lima sudu susu pekat dan lapan sudu besar serbuk koko van houten serta satu paket biskut MERRY..tawakal sajalah sama ada menjadi atau tidak dan saya seronok menyediakannya apabila mengingatkan wajah 'suka' nini, faezah dan rosmaliana yang membuat pesanan untuk menikmati kek biskut merry ini. Ok you all...order dah siap!!!

Untuk 1 adunan tanpa sukatan yang proper, cukup2 untuk tiga orang dan kandungannya adalah 350 gram..sama rata...so you all jangan nak dengki ek..hihi!