don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Thursday, February 24, 2011

sushi oishiii!

SUSHI...ya saya menyediakannya untuk adinda saya yang berkunjung ke rumah. Nak bagi makan muffin karang manis pulak, jadi saya teringat akan resepi diperkenalkan Pn Rohani Jelani ketika saya masuk sesi memasak beliau dan Naturel beberapa hari lalu. O ya sushi ini dihasilkan daripada bahan yang dimasak sepenuhnya ya. Jadi kepada bukan penggemar sushi yang sering memberi alasan tidak makan bahan mentah, sushi ini boleh anda cuba kerana saya masak dengan api biru dan cukup masak sebenarnya.
Beberapa hari lalu Izzah Nazura ada bertanya bagaimana nak buat sushi dan saya teringat-ingat pertanyaannya itu yang dicadangkan oleh sahabat supaya google saja. Manakala saya pula mencadangkan beliau beli saja beras untuk sushi di kedai grocery yang ada jual produk Jepun. Kalau di KL saya tahulah di mana untuk mencarinya, tetapi Izzah di Ireland dan saya tak pasti adakah beliau berjaya menyediakan sushinya.
Lauknya adalah salmon segar yang digoreng dengan satu sudu makan minyak zaitun Naturel. Haha..saya masih lagi dalam fasa promosi Naturel. Then letakkan sedikit garam dan gula. Saya tak suka letak msg malah di rumah saya x ada msg pun kecuali kalau ada orang bagi, saya terima, untuk beli...NO!
Yang ini saya juga lauknya serunding daging...
Bila adinda saya tengok, beliau pun sibuk merekacipta nama untuk resepi ini..rainbow ler, itu le..macam-macam dan saya kata tak payah sibuk2 nak bubuh nama, kejap lagi ghaib le dalam perut..cakap je lah nama resepi ini adalah sushi kenyang! Ya, dua keping salmon. Kalau tak mahu bau ikannya terlalu kuat, basuh jer dengan air asam jawa tapi bagi saya kalau dah namanya ikan, pasti bau ikanlah kan. I choose salmon because a smelly is less..tak hanyir macam ikan lain, maksud saya ikan Asean..Maklumlah salmon ni ikan Barat..ikan pun berbangsa-bangsa..Saya suggest anda menggorengnya di dalam non stick frying pan supaya isinya okey dan tidak hancur sebelum waktu....bukan deep fry..manja-manja jer letak olive oil sket..sket saja taww...Okeh dah masak dan saya dah hancurkannya..ouchhh sudu IKEA juga yang ada. Itu nephew saya punya kerja..sudu dia, bukan sudu saya!Serunding daging, kalau x mo ikan, x mo serunding, anda mungkin boleh letak tuna cili atau telur dadar yang dibuat sendiri. Pokok pangkalnya, selera anda..ikut saja.Nasi beras sushi...jangan risau kerana cara memasaknya ada disertakan di packaging luar.Japanese cucumber...RM1 sebatang..mahal gilos, timunnya cekeding jer..sebab berangan punya pasal nak buat sushi, saya buat2 tutup mata jer pasal harga...tapi puas hati.Isikan nasi ke dalam acuan untuk sushi..ada jual kat kedai bakery..eh bukan kedai yang ada jual bahan masakan Jepun...bagaimanapun saya x beli, ada orang bagi...ngee...jangan jeles, dosa tau!Haa...salmon and timun mahal..boleh isi berapa banyak anda suka, tapi jangan penuh sangat sebab nanti kena isi nasi lagi bertujuan tutup lauk ni.
Dah, saya dah kemekkan dengan penutup dan inilah hasilnya....Kalau kanak-kanak cukup jer makan satu..kalau dewasa mungkin dua...kalau saya...suka hati saya lah nak makan berapa...hahahah!

10 comments:

Emila Yusof said...

Ya Allah, nampak sedapnya, Shasha!

ShaSha said...

Owh thanks Emila..memang pun, i mean bukan masakan saya yang sedap tapi the recipe itself..simple and nice...

zarin said...

shaha
u ni kan macam tau tau je i suka sushi n i heart salmon very much
nk jugak buat ni sbb senang yg amat..tapikan kat ner beli beras sushi tu? kedai jual barang jepun pun tatau kat ner? i tau daiso je..agaknya daiso ada kan bekas sushi tu?
issshhhh jeles tul lah ni

ShaSha said...

Zarin.. ok one day nanti kita potluck sushi nak..ekeke..i beli beras sushi kat JJ Balakong...even sushi punya cuppy pun ada jual kat kedai produk Jepun..okeh kita nak masak kek lapis resepi yg awak bagi tu..

Eti said...

kelaz babe, dah practice sume okay, jelez!!!

zarin said...

shasha
my house kan cuma 2 minit je dari jj balakong tuh...hadooii dekatnya kita ye! calling calling tau bila dtg jj tu ye! nanti i terbang jumpa u hahaha tapi u kena bawak bekal sushi lah for me :D

ShaSha said...

eti..tu le dianya..i ni suka berangan...bila buat sushi konon dok kat jepun...hahaha..hidup ni kan penuh angan-angan, boleh?! o ya i tak pas lagi buat omelet gulung u hari tu..nak praktis lagi..

ShaSha said...

zarin..ok kita roger2 ya..jangan lupa bawa kek lapis mangga power tu..exchange giteww!

3E said...

eeei....bestnyer sushi...nak cuba buat jugak lah..tapi tak retilah nak buat Shasha:-((

ShaSha said...

3E, as easy as 1, 2, 3..Asilah mesti boleh! Kalau nak kira, buat brownie tu lagi susah...hihi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...