don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Monday, October 19, 2009

Sengketa: Jauh..dan jauh


Hmm..tak suka begini...dia cukup tak suka. Biar berpeluh berpenat di dapur hotel, tak balik rumah pun tidak mengapa asalkan dia tidak dihantar ke luar daerah. Kalau ke luar daerah pun dia masih boleh bertahan kerana rasanya deria hidunya masih mampu menghirup angin nyaman pekan Kuah..ini kalau sudah diarahkan menghadiri persidangan kulinari di tempat yang jauh..apa dah jadi??

Dia akan teringat banyak benda...banyak sangat. Pertamanya orkid yang baru hendak mula mengembang di tepi beranda rumahnya. Keduanya bouganvilla perlbagai warna yang sangat menceriakan hidup. Ketiganya ialah bunga kesidang yang sentiasa kembang serta semerbak harum baunya dan paling dia akan teringat ialah tuan punya pokok bunga kesidang yang sering memandang kepadanya dengan wajah mencuka muncung bersaiz 14 dan mungkin boleh disangkut cawan Noritake di hujung muncung itu.

Biarpun mencuka, dia tetap suka melihat wajah itu. Wajah bujur sirih putih bersih dengan satu tahi lalat tergantung di hujung hidung mancung seolah-olah sebutir bintang yang bergayutan di langit biru.

Hmm...bagaimana mahu dipujuk hati ini. Hendak disapa orangnya mudah melenting. Lagipun jika diikut perkiraan usia, dia agak jauh bezanya dengan tuan punya badan. Meskipun tiada perjanjian akrab, dia tahu tuan punya badan juga ada berkata-kata di dalam hati.

"..customer is always right. Nanti saya beritahu mak.."

Kata-kata itu bersipongan dalam minda, mengganggu tidur dan kadang kala mengganggu urusan harian. Bersalahkan dia menegur gulai masin tempohari. Kalau tidak ditegur, pun rasa bersalah juga.

Ahhh...ditegur salah kalau tidak diberitahu lagi dia rasa berdosa..

"Makcik, saya suka gulai ikan tongkol yang ada timun tu. Kena betul dengan selera saya..makcik ni memang macam ibu saya saja, kalau memasak mesti saya tabik."

"Orang tua Zain, lagipun memasak sajalah yang makcik tahu. Dulu masa pakcik ada kami sama naik belajar memasak. La ni dia dah tak ada, segala ilmunya dah diturunkan pada makcik. Anak-anak semua tak mahu ikut..." ada bunyi sendu di hujung suara wanita yang sebaya dengan emaknya itu.

"Tu...anak perempuan makcik yang selalu ada tu..ke pekerja?"

"Huh...si Yaya tu, bukan tau masak. Dia tahu makan saja. Abangnya lagi makcik tak tahu nak cakap apa..."

"Anak ke?"

"A ah..Yaya dan Fawaz.."

"O Yaya...takkan dia tak boleh masak langsung?"

"Boleh, cuma dia suka main-main. Lain makcik kata, lain pula jawabnya.."

"Budak-budak memang gitu kot makcik.."

"Apa ke nama budaknya, dah besar panjang. Tapi makcik tahu dia ada minat nak memasak. Katanya nak pergi belajar memasak supaya orang tak boleh komplen dia masak.."

Aduss...bagai halilintar memanah bunyi rasanya bila makcik Maisarah berkata begitu.

Diakah yang mengata gulai tempoh hari? Harapnya tidak. Lagipun setiap hari ada ramai yang datang bertamu di situ untuk menjamu selera.

"Saya nak belajar masak dengan makcik boleh?"

"Eh boleh saja. Datanglah bila lapang. Makcik tak ada halangan..."

"Eh biar betul makcik...?"

"Betullah..tak ada petua langsung yang nak disembunyikan.. air tangan lain-lain Zain kalau makcik berikan adunannya.."

"Wah ini sudah bagus...berapa saya kena bayar makcik?"

"Tak ada bayaran, tolong basuh pinggan? Boleh?"
"Boleh! Saya nak..insyaAllah ya.."

Hwaaa..hati lapangnya tapi bila mengingatkan esok dia akan terbang ke Seoul, sebal menjengah tiba-tiba. Hati si emak sudah berjaya dicungkil cuma hati si anak saja yang begitu liat untuk diterokai...

Sabar Zain..tidak mudah memetik bintang di langit zaman. Tambahan pula bintang yang kau mahu petik itu bukan sebarang bintang. Dia bintang kartika emaknya, dia bintang hati abangnya dan dia juga menjadi bintang yang sentiasa menyala kepada dua lagi hati lain...

Phew....rindulah aku nanti! Bagaimana nak menghadapinya..seminggu di Seoul..lama tu...argghh...

3 comments:

anil lutaze said...

amboi nk gi belajaq masak gulai pulak...gatai...ada udang di sebalik mee...kalau yaya tahu...mampuihh

hafizahiszahanid said...

Kak, emmm... bagaimana ya? emmm.. begini ... seminggu di Seoul, jangan mematahkan rasa membara dalam jiwa, jangan melenyap rindu bertahun yang dihimpun, jangan menghilang kasih yang perlahan-lahan sudah berkurang.

Kak, cerkat ini kalau disambung-sambung boleh saja jadi novel. Emmm.. saya menunggu.

Belakang pisau kalau diasah pun jadi tajam, ini kan pulak bakat yang sengaja direndam!

Shasha said...

Anil..
rasanya Yaya akan tahu melalui mak dia..lagi hasad dengki rasanya tu..kita tunggu lepas ni apa jadi bila Zain lama tak muncul di kedai tu..haha

Fiza..
..yup..ada rasa halus yang mula menebal dalam diri, antara sejuk Seoul dan hangat di dasar kalbu, aku tahu siapa yang muncul berkaca di mata bertunas di hati, antara celah matahari musim sejuk di sana, aku tahu ada hati yang sudah dicuri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...