don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Wednesday, October 28, 2009

Sengketa: ...Langit biru lazuardi


Pagi yang nyaman. Ada burung serindit berwarna hijau kelabu riuh berkicau di hujung dahan. Aahh..ada berita jauh yang dibawa tu...dia tercangak di bangku kayu menunggu Faris. Angin menebak-nebak pipinya sambil juntaian rambut menepis di dahi.

Kelas sudah dimasuki semalam. Ada sembilan mata pelajaran akan diikuti, tapi kata Faris, untuk pelajar Kursus 1, tak ada masuk kitchen lagi. Masuk tak masuk, Yaya tak kisah. Yang penting, dia belajar masak. Dia akan jadi tukang masak. Dia akan ganti emak bila habis kelak.

"Ya! Yaya...oitt! Ko mimpi ke?"
Ceh...suara Faris dekat saja dengan telinga. Amat mengejutkan, rasa macam semua semangat keperempuanan Yaya terbang, ikut burung serindit tadi. Angin pun lari dan tekak terasa kering.
"Kau ni, tak reti nak bagi salam? Kalau aku pengsan, nak ke kau tanggung?"
"Alah Yaya, ko pengsan aku tunggu sampai ko sedar...haha"

Ceittt..Faris ketawa memanjang. Wajah bulatnya makin lebar, tapi Faris nampak manis dengan tahi lalat di tepi bibir. Jarang lelaki manis begitu.
"Eh kita kena buat pemilihan kelas lagi ke?"
"Tak payah, kan ke kita dah confirm ambil 9 subjek."
"Ya ke, ko ni kenapa nampak macam lemau je?"
"Tak ada apa...baik kita cepat masuk kelas...kita belum tahu macam mana pengajar di sini. Aku takut kalau ada yang jenis harimau bunting..maut kita."
"Alah ko tu perempuan, aku dengar 80 peratus pengajar di sini lelaki. Ko kenyit mata saja lah..Yaya. Cair la dia orang."
"Okie donkie! Eh aku kenyit mata pada kau sajalah Faris, boleh? Haha...gilosss."
Hahahaha...ketawa berderai-derai. Dua sahabat yang tulus...

Kelas pertama dilalui amat membosankan. Mata kuyu, fikiran menerawang. Pengajar terlalu lembut walaupun lelaki, baik nau. Huh..
Yaya tidak sabar menunggu pembelajaran tamat. Tekaknya terasa haus, kalau di kedai emak, dia laju saja buka peti ais teguk sirap yang mak sudah sediakan tapi di sini, dia terpaksa menapak ke kedai hanya untuk membeli segelas sirap limau...
Dan ketika memusingkan leher ke kiri dan ke kanan untuk menghilangkan kantuk. dia ternampak kelibat seseorang dan dia amat pasti. Zain....

Tadi masa minum di kafe, jantungnya tidak perlahan berdegup. Rasa setiap detik darah memenuhi setiap ruang jantung dan pembuluh darah yang lain. Sungguh, Yaya tidak mampu mengalami situasi demikian setiap hari. Pastinya dia akan kejang kalau setiap hari mengalami keadaan itu.

Wajah itu ada di hadapannya. Muka tenang dan misai nipis berbaur warna putih...matanya redup saja dan tidak secerlang ketika dia meminta dan memesan kopi di kedai emak. Habislah Yaya...

"Ok, saya tiada apa yang hendak diperkatakan untuk kelas pertama kita. Cuma saya hendak tahu kenapa anda memilih jurusan ini. Saya bagi masa 45 minit ini untuk anda siapkan satu pengakuan jujur kenapa memilih kursus ini. Boleh tulis apa saja yang terlintas di fikiran anda. O ya, saya Zain Ubaidillah Abidin. Lepas ni saya nak kenal nama anda semua, kita exchange," katanya.

"Encik, sure ya saya boleh tulis apa saja?" Seorang pelajar lelaki bertanyakan soalan kepada lelaki di hadapan kelas itu. Yaya terasa dia makin semput.
"Yup, boleh. Kalau tidak mahu jujur dengan saya pun, jujurlah dengan diri sendiri. Dengan diri anda. Ok, anda boleh mula sekarang. Sila bertanya kalau anda rasa nak bertanya..."

Arghhh..hancus! Hancus!

"Encik, errr Encik Zain, ini dikira masuk dalam silibus ke?"
"Tidak, tapi saya sangat ingin tahun kenapa anda gemar bidang ini. Lagipun, ini kelas pertama kita. Kira macam pertemuan pertama kita. Minggu depan saya tiada, kita akan adakan kelas ganti. Mungkin kita boleh bincang kemudian."
"Encik Zain ke mana?"
"Saya out station. Seminggu saja."
"Siapa ganti Encik Zain masa Encik tiada?"
"Encik Mustakim ganti, tapi dia mungkin memberi bahan untuk anda teliti."

Pelbagai soalan lagi berkumandang di kelas yang dirasakan semakin berbahang oleh Yaya. Makin panas dan panas, nafas semakin sesak. Yaya rasa pandangannya makin berpinar dan dia tidak pasti apa yang ditulis di kertas di atas meja di hadapannya itu. Apa yang dia nampak ialah Zain menghampiri mejanya.

"Ya, ada apa-apa masalah? Kenapa saya nampak muka awak pucat?"
"Tak ada apa-apa. Excuse me, saya nak pergi rest room..."
"Ok...ehh....."

Yaya terasa tubuhnya ringan dan melayang bagai kapas di sapa bayu petang...ringan dan ringan...sejuk dan nyaman. Langit biru lazuardi dan awan putih tompok menompok memenuhi langt biru.

"Yaya...Ya!! Feryal...kenapa...!!!"
Yaya dengar sayup saja suara di kejauhan....

2 comments:

FreDDy O7ermars™ said...

:)

nk senyum jer kat sini :)

err lusa i updet blog :)

I am... said...

senyumlah..lama pun tak pa...cepat updet taw...eh I baru balik Korea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...