don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Saturday, October 10, 2009

Sengketa 3..bunga pun berputik...

Mak ni kan..lagi-lagi nak suruh Yaya kerja kat kedai mak. Bukan Yaya tak mahu, tapi Yaya nak kutip ilmu dulu. Yaya nak belajar tinggi-tinggi sampai tak ada orang boleh komplen masakan Yaya.
"Ya, belajar masak dengan Mak sajalah..." suara Emak syahdu saja di hening malam sunyi. Angin sepoi-sepoi bahasa dari pekan Kuah bertiup lembut. Kegelapan malam mula bermaharajalela. Tiada pelanggan lagi yang singgah minum di kedai emak. Mungkin kerana
mereka fikir emak sudah hampir tutup kedai.
“Bukan Yaya tak mahu Mak, Yaya memang suka buat apa yang mak buat sekarang. Yaya nak jadi macam mak. Perniagan makan minum ni memang dah jadi darah daging kita, dah jadi kerja keturunan kita, warisan keluarga kita. Pakcik Tajudin pun suka kalau Yaya kata Yaya nak jadi macam mak, Yaya nak ada kedai macam mak..tapi konsepnya lain sikit..” balasnya pada emak sambil mengelap meja.
"Habis tu Yaya nak tinggal mak jaga kedai ni sorang-sorang? Mana nak masak? Mana nak selia kedai?"
"Abang kan ada. Alah abang tu mengada-ngada saja nak kerja kat galeri di Kuah tu. Bukan banyak pun dia dapat, kecuali dia jadi pelukis macam Pakcik Usop. Yaya tau Pakcik Usop tu dah taraf dunia tau mak. Kalau mak tanya Usop Gajah, semua orang kenal," dia masih tidak menemui jalan penyudah untuk menyedapkan hati mak.
"Usop Gajah tak gajah, mak tak akan paksa abang kau jaga kedai. Kecuali kalau Yaya yang duduk di kaunter duit, mak percaya."
"Sama je mak, abang Fawaz tu pun anak mak juga kan. Yaya pun anak mak juga.. nanti Yaya bitau abang. Yaya slow talk sama abang, mak setuju ek..serah pada Yaya..mesti abang setuju."
Ketika dia hampir siap mengelap meja terakhir, sebuah kenderaan pacuan empat roda mencicit kuat di hadapan kedai. Dia dan emak tergamam melihat siapakah empunya diri yang berhenti mengejut di hadapan kedai sehingga hampir-hampir melanggar pasu bunga mawar kesayangan emak dan pangkal poko bunga kesidang kesayangannya sendiri.
"Huh..sapa tu mak. Orang dah nak tutup kedai baru terhegeh-hegeh nak datang..buang karan jer..malas Yaya nak layan."
Dia cepat-cepat masuk ke dalam untuk menyelesaikan basuhan pinggan yang masih bertimbun di dalam singki dan bekas memasak lain yang perlu dibersihkan. Pelanggan terakhir itu (kalau boleh dianggap terakhir) biar mak saja yang urus. Bosan dia nak menghadap pelanggan malam-malam, nak-nak lagi fikirannya mula berserabut mengingatkan Fawaz yang suka nak jadi pelukis.
Tiba-tiba emak masuk dan mula membuat secawan kopi. Nampak macam beria-ia mak mengacau kopi.
"Yaya, bawa kopi ni keluar. Hantar kat meja depan tu. Mak nak tengok nasi dah masak ke tak..."
"Mak, Yaya basuh pinggan ni. Sekejap ya.."tak sampai hati pula dia nak berkata tidak kepada emak yang nyataa keletihan.
Siap membersihkan tangan, dia mencapai piring untuk dilapik kopi gelas besar. Bau harum kopi semerbak meresap ke hidung, memang segar. Isyarat bau kopi serta merta membuatkan mata Yaya kembali tidak mengantuk. Cehh cepatnya kopi ni buat aku segar..heh sapalah nak minum kopi kaw malam-malam buta.
Arghhh...ampun sungguh...si mamat tocang tu lagi, tersandar lesu di kerusi kayu. Bosan dia melihat muka seposen itu, muka berlagak. Hatinya masih mendidih apabila mengingatkan teguran gulai masin tempohari. Celupar sungguh mulut manusia itu. Namun peristiwa kipi manis sedikit sebanyak membuatkan Yaya kembali normal. Dendam berbalas sudah tapi bagaimana pula dengan hatinya yang pernah menjadi mangsa kopi panis???
"..ni kopi ya.."
"Owh ok..terima kasih. Siapa yang buat kopi ni?"
"Mak yang buat.."
"Ok, kalau emak Yaya yang buat, saya minum."
"Kenapa lak cenggitu? Ingat kalau saya buat tu saya letak racun eh?"
"Eh bukan, kalau Yaya yang buat, saya nak minta Yaya minum dulu..supaya kita dapat kongsi kemanisannnya..."
Bluekkkk...benci! Rupa-rupanya dia masih ingat aku tumpahkan gula lima sudu besar dalam segelas kecil kopi dulu..memang aku salah tapi kalau kau tu, mulut tak ada insuran..siapa nak jawab.
"Hmm...saya tak buat, mak yang buat kopi ni. Kalau tak percaya, saya boleh minum..."
"Ehh tak pe, tak pe...saya percaya. Tapi kalau nak teman saya minum, my pleasure...!"
"No thanks...banyak kerja kat belakang..."
"Ok dear..."
Ampun kalau dapat pelanggan macam ni. Yaya menapak ke dapur dan berselisih dengan emak di ruang pintu. Grr.....
Makkkkkkkkkk!!!!!Kenapa suruh Yaya hantar kopi tu, Yaya tak suka tengok dia, dia dah jatuhkan maruah Yaya depan orang ramai pasal gulai tu..mak tak faham ke. Zain!! Aku tak akan lepaskan engkau begitu saja...tunggu, hari pembalasan akan tiba...lambat atau cepat saja.
Ketawa emak dan Zain menyusup halus ke pendengaran dan hatinya tambah sakit dan semakin kritikal pula kemarahannya itu...

2 comments:

anil lutaze said...

alaa...yaya tu mrh2 manja je tu..ngada2..padahal suka...hahahahaha...

kak...bila chapter strusnya??

kt lokasi lain plak ke?

ewaah aku ni

I am... said...

haha...memang budak yaya tu samseng gila...tunggu apa kedajalan yang dia buat pada mamat tu lepas ni...

lokasi sama, di langkawi...pekan Kuah...jeng!jeng! jeng!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...