don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Friday, October 30, 2009

Sengketa: Awan kumulusnimbus bertukar wana perak...

Kipas berputar ligat. Televisyen menayangkan cerita kartun donald duck. Riuh saja bunyi itik nakal, tetapi dia di mana ya.
Yaya pejam celik. Cahaya putih memanah anak mata. Sejurus mengangkat tangan untuk menggosok mata...ouchhh..makkk sakitnya..Rupa-rupanya ada drip di bahagian atas tangan kiri. Apa dah jadi? Dia di mana sebenarnya?
"Ya.Yaya, kamu dah sedar..Mak sini," perlahan saja bunyi suara emak.
"Yaya kat mana ni mak? Kenapa ada jarum kat tangan Yaya ni?"
"Yaya kat hospital. Tengah hari tadi Yaya pengsan dalam kelas. Nasib baik pengsan kat kelas, kalau Yaya pengsan di stesen bas, ntah mak tak tahu apa akan jadi dengan Yaya."
"Kenapa Yaya pengsan?"
"Manalah mak tahu, Yaya yang pengsan. Kata Faris, Yaya tiba-tiba jatuh. Kebetulan masa tu kelas Encik Zain. Dia yang bergegas angkat Yaya bawa ke hospital."
"Ya Allah, kenapa dia pula yang bawa Yaya mak???"
"Habis tu Yaya pengsan masa dia mengajar, takkan orang lain pula yang nak usung Yaya..."
"Ya Rabbi...habis tu apa jadi?"
"Mak belum tahu. Faris yang hubungi Mak. Malam nanti mungkin Doktor datang buat cek. Rasanya Zain pun kata dia nak datang juga, nak tengok keadaan Yaya. Faris dan Amin baru balik tadi."
"Amin? Amin abang si Faris tu eh? Laaa...kenapa mak tak kejut Yaya?"
"Eh kan ke Yaya pengsan dan baru keluar bilik bedah..."
"Ya ke mak? Apa yang kena bedah?"
"Jangan bangun kuat-kuat Ya. Perlahan-lahan saja, nanti sakit...Yaya period kan sekarang? Dah berapa lama? Kenapa tak beritahu mak?"
"Kenapa mak? Apa kaitannya period Yaya dengan Mak?"
"Yaya pengsan sebab period tu lah.."
"Biar betul mak..."
"Yaya ni, sakit pun masih tak percayakan Mak."
"Memang Yaya dah period lebih 25 hari, tapi selepas hari ke 15, Yaya solatlah Mak..."
"Ya..sebab tu Yaya pengsan. Yang keluar tu bukan darah haid Yaya, tapi darah bersih akibat saluran darah Yaya bocor. Mak tak tahu apa istilah tapi nanti doktor datang Yaya boleh tanya.
"Err..mak.., Encik Zain tahu ke?"
"Mak tak pasti, tapi kata Faris, dia lama cakap dengan doktor..."
"Makkk....kenapa dia perlu tahu...Yaya tak suka.."
"Bersyukur sajalah Yaya tak mati tahu...."

Arghhh..siling bilik wad itu terasa bagai hendak runtuh menimpa kepala. Yaya buntu, kosong dan bengang. Makin dia ingin menjauhkan diri, makin dekat pula mamat tocang tu. Tak boleh jadi...tapi apa kan daya, jauh di sudut hati dia mesti mengucapkan terima kasih kerana Zain yang dibencinya selama ini sudah membuat kebajikan yang sangat mulia terhadap dirinya. Entah-entah darah Zain ada mengalir dalam dirinya kini...ahhh tak mungkin. Yaya! Jangan nak menerawang jauh...cukup setakat ucap terima kasih, not more than that...

Kenapa saat dia bersemangat hendak meneruskan perjuangan, bencana datang menimpa. Kenapa ketika dia ingin membuka langkah seribu, ada kerikil tajam yang mencucuk kaki...mak, abang Fawaz, tolong Yaya...tolong Yaya, Faris.
Eh ke mana pula kekuatan Yaya selama ini? Kan ke kalau Faris gelabah dalam kelas, Yaya yang coolkan si manja tu. Ingat tak masa Faris luka jari terhiris sedikit ketika kelas masakan di sekolah, Yaya yang tolong balutkan.
"Ok mak, Yaya tak apa-apa. Yaya akan sihat nanti."
"Mak tahu, mak tahu Yaya kuat. Mak tak boleh tunggu Yaya malam ni. Lagipun nurse kata Yaya boleh minta bantuan nurse. Mak kena balik dulu. Kalau tinggal kedai lama pada Fawaz, mak takut dia kalut..."
"Makkk...cuba percaya sikit pada abang. Yaya tau abang boleh buat kalau mak tak ada."
"Apa-apa pun, Yaya jangan nak pandai-pandai bangun sendiri. Panggil nurse. Kalau boleh keluar hospital besok, telefon Mak."
"Ok Mak. Mak jangan risau. Yaya ok jer...Salam Yaya untuk abang Fawaz sama."
"Mak balik Ya.."

Selepas Mak balik, Yaya terkulat-kulat memandang siling. Hari sudah gelap. Jarum jam menunjukkan angka tujuh. Rasa berdenyut pada bahagian ari-ari makin kuat. Yaya meraba-raba bahagian bawah perut. Ada dua plaster kecik terlekat di bahagian bawah kiri dan kanan perut. MasyaAllah...apa sudah berlaku sebenarnya. Memang dua tiga hari ini, dia terasa penat dan letih. Rupanya dia banyak kehilangan darah bersih. Apa masalah dirinya, semuanya membanjiri minda. Jangan pula doktor memberitahu dia ada barah atau penyakit lain, minta dijauhkan.

Di bahagian hujung katil, hidangan nasi putih dan sup sayur sudah sejuk. Selera makan Yaya hilang. Dua keping tembikai susu juga tidak disentuh. Semuanya bagai plastik di mata Yaya. Langsung tidak menarik perhatian. Bagaimana mahu makan kalau hati gundah, bagaimana mahu menelan kalau tekak sempit. Dan bagaimana pula hendak menghadapi hari mendatang tanpa berselisih dengan insan yang sudah menyelamatkan nyawanya. Dia perlu melaluinya selama tiga tahun kerana pelajaran yang diikutinya baru saja bermula. Dia baru di tahun 1, masih ada dua tahun lagi untuk tamat.
Matanya makin berat dan berat. Kepala pusing. Ngilu pun terasa menyucuk pada bahagian perut. Dan akhirnya dia 'pengsan' lagi.

Ada suara manusia bercakap-cakap. Perlahan dan seakan berbisik. Lembut saja suara berkenaan. Di mana ya pernah Yaya dengar. Tak ingat pula..ahh biarlah. Perutnya terasa lapar, berkeriut dan tekak juga terasa dahaga. Mana nak cari makanan...lapar! Lapar! Mak, Yaya lapar! Arghh...siksanya sakit begini. Hendak bergerak bebas pun tak boleh, tangan membengkak akibat drip yang mencengkam. Air perlahan saja menitik. Bila boleh bebas dari semua ini...Yaya nak kembali pegang pen.
Eh...suara tadi sudah hilang. Ya sudah hilang..beratnya nak buka mata. Yaya lapar! Cepat buka mata....bukalah mata..
"Assalamualaikum..."
"Waalaikum...salam...laa..."
"Lama Feryal tidur..."
"Yaya...Yaya..."
"Oh ok. Yaya..Lama awak tidur. Mak tak datang?"
"Tadi petang ada. Dia dah balik..."
"Awak dah makan?"
"Belum.." cehh...aku lapar, boleh tanya soalan macam tu.
"Saya tengok nasi tak bersentuh, dah sejuk pun."
"Saya tidur..penatlah.."
"Nak makan sekarang? Saya bantu?"
"Eh tak apa. Saya tak ada selera..."
"Nak makan apa?"
"Tak apa..tak ada nak makan apa pun.."
"Kena makan. Awak dah sehari suntuk tak makan. Nanti tambah sakit.."
"Encik...tak payah susah-susah...saya boleh minta pada nurse."
"Nurse? Oh ok...penat saya bawa makanan. Tak sudi..?"
"Err..Encik.."
"Zain cukup, tak payah nak encik-encik. Tapi kalau dalam kelas, memang boleh letak encik di depan nama saya..."
"Encik...Zain..Zain..bukan tak sudi.."
"Habis tu...?"
"Zain..Zain dah banyak bantu saya..."
"Alah..itu perkara biasa..kalau orang lain yang jatuh depan saya pun saya akan bantu. Inikan pula awak, student saya..nah makan..saya buat khas untuk awak Yaya."

Yaya nampak mamat tocang itu mengeluarkan satu bekas kedap udara dari dalam beg sandang berwarna hitam. Thermos besi turut dikeluarkan. Wah...manjanya rasa bila ada orang bawakan makanan..Hati berbunga tapi...
"Nah, Faris kata awak suka roti sapu planta. Ni saya buatkan. Tapi tak fresh sebab dah tiga jam saya buat. Tadi saya tiba awak tidur. Doktor datang dan saya sembang sekejap dengan doktor. Tanya keadaan awak..."
"Hmm...terima kasih Zain. Saya berhutang nyawa dengan Encik Zain.."
"Zain cukup, ingat!"
"Ok.ingat! Ingat!"
"Nah, makan. Saya bantu, mesti susah nak angkat tu..buka mulut.."

Roti serat bersapu planta betul-betul ada di hadapan mukanya kini. Mahu atau tidak, Yaya tiada kuasa menolak. Kalau Faris yang memaksa dia buat begitu, mau saja diacu penumbuk pada si muka bulat tu.
"Nak lagi? Nah...saya tahu Yaya suka milo kan? Minum sikit, nanti kalau tersedak susah saya nak jawab dengan Mak yaya..."
"Tak pa, saya boleh pegang cawan sendiri."
"Jangan segan, saya tolong. Straw ada, sedut saja..."
"..aaa Zain, tak perlu buat begini pada saya..."
"..cuba terima pertolongan saya dengan ikhlas Yaya. Saya tak akan bantu awak kalau hati saya tidak ikhlas...please..."
"Kalau begitu, bantu saya bangun. Saya perlu ke bilik air...susahnya begini."
"Tak baik mengeluh pada keadaan Yaya. Mari saya tolong Yaya bangun. Pegang tepi katil, lembutkan badan. Jatuhkan kaki dulu. Jangan laju-laju, nanti sakit.."
"Ok..ok.."
"Baik-baik Yaya, tersadung wayar kat tangan, sakit tau..."
"Terima kasih Zain.."
"Enough Yaya, dah banyak kali Yaya ucap terima kasih. Sekali dah cukup. Saya dan terima pun terima kasih Yaya..."ada senyum selepas kata-kata itu diucapkan.

Yaya menghilang ke dalam bilik air. Keadaan menjadi sulit kerana tangannya bengkak dan kepala pusing. Muka dibasuh perlahan. Sejurus membuka pintu bilik air, Zain menunggu untuk memimpinnya ke katil.
"Habiskan roti ni, sikit lagi. Yaya kena makan, kalau tidak tak ada tenaga. O ya, saya ada buatkan tuna sandwich juga. Nanti Yaya makanlah bila rasa nak."
"Maaflah, saya betul-betul tak ada selera."
"Tak apa, saya tinggalkan termos dan bekas roti ni kat sini. Yaya makan bila nak. Hari dah jauh malam, nanti saya kena halau dengan nurse."
"Saya menyusahkan Zain saja.."
"Tidaklah..."
"..tadi saya dengar Zain bercakap dengan doktor..apa masalah sebenarnya?"
"Beginilah, Yaya perlu rehat. Kita cerita lain kali, lepas Yaya betul-betul sihat."
"Please Zain...saya perlu tahu..."
"Yup, saya akan beritahu Yaya kemudian. Kalau betul nak balas budi saya..promise to me..?
"Promise what?"
"Take care of your self. I mean it. Jaga diri, jangan sampai jadi macam ni. Belajar belajar juga, tapi Yaya kena ambil berat pasal kesihatan diri..."
"Ok..promise..."
"Good..please ya. Lagi seminggu kita jumpa. Saya tak ada di kelas seminggu ni. Ada kerja luar..."
"Encik Zain ke mana?"
"No encik, ingat ya...!"
"Oppss..Zain ke mana"
"Saya terbang ke Korea, ada kursus seminggu di sana."
"Jauhnya..."
"Nak kirm apa-apa ke?"
"Err tak ada, jaga diri juga ya. Saya tunggu Zain balik dengan selamat..."
"Ok..InsyaAllah..Oh ya, Yaya, saya minta maaf..masa Yaya pengsan tengah hari tadi, saya pangku Yaya, so that saya terpaksa pegang Yaya...maaf ya, tak minta izin.."
Ngee...baiknya hati...sepatutnya aku yang minta maaf kerana menyusahkan engkau Zain, tapi keadaan jadi terbalik.
"Ok, saya maafkan."
"Tq so much Yaya..take care.Ok then.."
Zain hilang disebalik daun pintu. Jam sudah diangka 11 malam. Tiba-tiba Yaya terasa sayang untuk menghabiskan roti planta dan sandwich tuna di dalam bekas berwarna kelabu itu. Straw berwarna putih ditenung lama. Hati berbalam antara roti dan milo, adakah kedua-duanya sudah dijampi sihir kesumat berbaur dendam tak sudah yang akan terus memanah dalam ke lubuk sanubari...tajam dan berbisa, menyala dan membara...dan kadangkala hangat menyelinap di kala sunyi mendatang..oh hati...

2 comments:

Zia Ul Haq said...

Hope you are getting better. =)

I've been reading your blogs since the first one.

impressed. your sincerity mengetuk jendela hati untuk follow tulisan2 ceritera. Beri inspirasi dan motivasi.

May Allah bless you.

Fizahanid said...

Oh hati.. berdetik2 pula melihat Zain.. hahahahha..
jangan main api! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...