don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Sunday, June 21, 2009

Right here..say cheers...

Ini adalah pic Bobot@Goku@EE atau nama betulnya Azzfar Ishraff Abd Aziz, 2 tahun ++ dan abang kepada Azzra Nurdinie yang baru berusia 8 hari...(saya kidnap pic ni dari blog Bobot yang dibuat oleh ibunya)

Kita pernah menjadi kanak-kanak dulu...seingat saya, pada usia enam tahun, saya seronok bermain guli dan getah..pada usia tujuh tahun pula, saya gila bermain anak patung kertas... selepas itu dan selepas itu ada banyak lagi permainan yang saya suka lakukan...

Nowadays...i think kids are very lucky bcoz they have many game to play, specially electronic gadgets. Game itu dan game ini, MP3, MP4, playstation etc...saya tak terkejar...ampun! Memang saya ketinggalah zaman jika nak banding dengan mereka ini dengan zaman saya...

Tapi apa yang saya nak citer hari ni pasal nephew saya yang berusia 2thn++. Dia baru dapat adik, baby girl..memanglah kanak-kanak tetap kanak-kanak tapi dia pun ada rasa jealous juga rasanya sebab from the first day ibu dia bawa balik adik ke rumah, dia buat tak tahu saja dan banyak main. Kalau nak aiskrim dia akan tunggu di depan pagar rumah sehinggalah cina jual aiskrim sampai. The rest tu dia akan tengok tv citer cartoon mickey, goofy, minie mouse and akan ulang citer tu berpuluh kali tanpa jemu...dan juga main segala gadget macam keta mini, lori mini and computer for kids yang boleh kuar bunyi itu dan ini...
Pagi tadi, saya sms ibunya dan tanya apa dia buat hari ni. Saya panggil dia Bobot @Goku sebab dia minat tengok cartoon Goku dulu...kata ibunya dia mengamuk tak tau pasal apa dan menjerit-jerit sambil menuju ke dapur...rupa-rupanya dia pi capai kuali and senduk, ketuk sekuat hati sambil sebut “..right here...say cheers..” Puas ibunya fikir apa yang dia kata sebab tak berapa faham, lagipun dia masih lagi pelat...bila si Bobot ni sebut banyak kali, barulah ibunya dapat tangkap dan Bobot ni belajar sebutan tu dari cartoon Goofy...

Hmm..alahai...saya terdiam bila baca sms ibunya...kesian plak...mungkin Bobot nak xpresskan rasa tak puas hati dia pada adik dia, dia alihkan perhatian pada Goofy and buat semua apa yg Goofy buat...

Mak aihh...zaman saya dulu, tak de Goofy tak de Mickey...untungnya Bobot! Atau sayakah yang tak tahu diuntung...!!!

3 comments:

Axl said...

pergghh pakai camera Olympus ke tuh leh snap dalam ayaq? ekeke

eless..say kecit kecit dulu masa umoq 5 tahun dah boleh buat blog sendiri dah..ekeke..wakakakak

Kamariah Kamarudin said...

ooh budak sekarang memang berbeza betul dengan kita; bijak dan bijak mereka...patah perkataan yang membuatkan saya tersentak dengan ragam anak saya kala kami mahu beradu setiap malam, "ibu,aircond!"
hohoho, saya dan suami ternganga!
p/s: bila kakcik nak datang serdang nih?

kakchik said...

Axl...ala kamera cikai jer tu...waaa hebat sehhh umoq lima tawun dah bley buat blog sendiri no....ekekeke...

Dr K,lahai memang bebudak la ni teramat bijak...err...sorry x reply sms sebab ingat nak call..ni berhempas pulas dok siapkan 'story'..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...