Rule: List 10 weird things/habits/little known facts about yourself.I was tagged by someone: FreDD from http://stringofmelody.via.my/2009/05/rule-list-10-weird-thingshabitslittle.html sebab kes lambat update dulu...ok FreDD, here I am...apa benda gua nak tulis ni...ok let me put here what u want to know yeaa...'
1. Saya boleh berenang tapi kejadian lemas kat pool di Kuantan buat gua jadi allergic nak mandi pantai, nak masuk swimming pool...tapi naik bot boleh ajer...
2. Bila dah ada banyak jenis cartoon, saya selalu berangan nak jadi powerpuff gal..saya rasa powerpuff hebat gila....
3. Ini pun gua suka...karipap..inti sardin...kalau inti lain...err gua ngap gak..
4. Saya alergic betul dengan horror story/movie tapi caya tak saya pernah tingga bersama hantu selama 2 1/2 tahun di lembah keramat..ceit lagi gua takut lagi gua terperangkap dalam rumah tu...
5. Kalau boleh lagi saya nak jadi inspector gadget juga..semua benda ada dalam kocek coat dia..cool...let say saya nak nak honda sebiji nak balik kg, ada dalam kocek juga...coolllzzz...hik!
6. Saya cukup benci kalau pergi hospital..mesti nak kena sedut darah...pengalaman pahit saya kena buat joke dengan dr.."Puan, kalau darah puan beku saya sedut lagi darah puan...jangan panik tau..." dan tanpa teragak-agak dr tu dah tikam lengan saya sambil bersiol nyaman dengan muka senyum dia tu...nasib baik la kau hensem dr...kalau tak aku terajang dah sebab sakit gila lengan saya masa dia sedut...on 2007 plak, lapan kali saya kenan cucuk dalam masa 30 minit sebab a group or 'dr' x jumpa cari saya punya vein...saya plak dah baring atas katil besi..sejuk gila..lagi la vein saya mengecut...memang susah nak jumpa vein...
7. During kiddies...i dream of cartoon...likes mickey mouse..garfield and when i growned...i start to collect anak patung..bukan barbie tau coz that time mana la ada barbie...yang ada cuma anak patung berisi kekabu yang my mother buat..so saya ada banyak ekor anak patung. Ada yang mata bulat, ada yang rambut kejur, ada yang tangan kontot etc..paling banyak ialah anak patung kertas...bila nak main, mesti pangkah kat bahagian leher supaya anak patung kertas tu akan hidup dan x akan minta nyawa..
8. Saya suka minum milo..10 x sehari pun boleh..x jumpa la pulak nak cari gambar milo..ngee:-)
9. Gua gila beli kasut, gua pakai saiz 7, 9...tengok pada jenis lah..sapa nak kasut call gua eh..10.....tunggu jap nak fikir dulu...


Mak aihh..blur plak pic manggis ni...





Mushroom yang ada banyak kat sekitar resort. Macam kulat sisir sebab ia banyak tumbuh di atas kayu buruk..apa-apa pun ia selamanya comel...



Ini bukan bot saya tau..bot yang saya naik tiada di dalam gambar...on the way nak gi picnic kat air terjun Kertei...Kertei Waterfall ni 'keras' tau...keras sangat sebab ia dikelilingi batu batan licin...:-)
Haa....cantiknya dengan air menghijau yang berkedalaman 600 kaki...I was inform by boatman dulunya kawasan ini adalah perkampungan orang asli...saya pun mulalah berangan membayangkan di bawah bot yang kami naiki, jauh di dasar tasik ada rumah and kampung...ada orang, ada itu and ada ini...hehe
Salt lick...Mr Gunter, head recreational Belum Rainforest yang bawa kami ke sini kata, kalau sesiapa nak rebus telur boleh letak dalam air panas tu...selepas sepuluh minit, jadi half cook egg...
Notice dak ada rainbow di bahagian kanan pic...
Benda yang bertempek-tempek coklat pada dinding karst tu adalah madu lebah...yang ni orang asli tak leh ambil sebab derang belum ada kemahiran macam mana nak panjat dinding gua...
Andrew told me that Belum Rainforest is a habitat for eagle and hornbills..ada sembilan spesies hornbills di situ dan eagle pun ada banyak jenis. Saya hanya sempat ambil separuh jer photo eagle tu sebab ia terbang bila bot kami mendekati tunggul kayu di tepi tasik..nampak tak bahagian ekor eagle?
Dan inilah yang saya tunggu sekian lama nak tengok dengan mata kepala sendiri...itupun rafflesia yang sudah hampir buruk akibat terkena hujan dan sentuhan tangan manusia. Saya tak pasti sama ada ia rafflesia azlanii atau rafflesia spesies lain...semuanya ada tiga spesies... 




Walaupun penat, saya masih sempat mencuri pandang kepada seekor tupai yang cuba untuk mendekati kumpulan kami. Mungkin ia mengagak kami ada makanan untuknya...kiranya ok juga digi cam compact saya yang sudah beberapa tahun berkhidmata ini...nampak comel jer tupai tu...
Tupai yang sama, dalam dua aksi berbeza..yang ini ia bagi saya sudut pandang belakang yang cantik...mungkin nak menunjuk ekornya yang lebat dan kembang tu...
Sorry, saya tak tahu apa nama spesies mushroom ni. The size ia very small, sama besar dengan syiling lima sen...tumbuh di atas kayu buruk di celah daun...sepanjang setengah hari masuk dalam hutan, saya cuma terjumpa selonggok ini saja..maybe rare species atau kulat sisir...saya tak kenal...
Satu lagi spesies serangga yang saya tidak dapat kenal pasti...
Cuba tengok betul-betul...sepasang gonggok sedang berdating sebenarnya...ada dua gonggok. Masa saya lalu nak masuk, ia dalam posisi ini. Masa nak balik, pun masih begitu juga. Asyik!
Bahagian perabung gua..ada enapan berlaku...kalau masuk ke dalam, lagi banyak enapan dan lagi cantik.
Antara laluan yang kami lalui, ikut celah batu..turun dan naik bukit..phew...letihnya tak terkata tapi bila dah keluar hutan, duduk and cool, saya nak masuk hutan lagi!!!
Bahagian dinding gua...berbatu batan...berlumut hijau...siang hari nampak cantik tapi kalau malam saya pun takut nak imagine...hehe
Sillhoute..matahari petang...