don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Thursday, May 28, 2009

Manggis...

Manggis...sehitam-hitam manggis...kulitnya berkarat, masih ada nilai murni di dalamnya...
Putih melepak, enak dan menyelerakan...jangan anggap kulit yang hitam itu, isinya akan hitam juga...warna merah kulit manggis itu dijadikan pewarna asli oleh pembuat fabrik zaman dulu...percaya? Cuba kenakan sedikit kulit yang melekit pada kain, tentunya ia kekal di situ..Mak aihh..blur plak pic manggis ni...
Manggis...sudah lama saya tidak menikmati buah manggis ini..kalau di kampung saya menyebutnya 'buah sette.' Kebetulan ada rakan membawa manggis ke ruang kerja, saya tidak menolak rezeki. Nostalgia manggis mengingatkan saya kepada jem manggis yang dimasak bonda saya dengan resipi lama beliau...nostalgia manggis juga mengingatkan saya kepada kerenah saya sewaktu pulang dari sekolah, singgah di tanah kebun nenek saudara saya yang dipenuhi berpuluh pokok manggis...jolok dan mengopek manggis...habis tapak tangan 'berdarah' dengan warna merak kelat kulit manggis. Dan saya selalu gagal menjaga seragam sekolah yang putih seperti isi manggis itu daripada terkena warna asli kulit manggis..merah yang cantik..
Bagi saya, manggis adalah sebenar-benar raja buah kerana ada falsafah dan maksud tertentu pada sebiji manggis...manggis juga hadir dalam perekaan corak pada songket, tikar dan anyaman. Corak tampuk manggis...pecahan lapan atau enam juga kalau tidak silap saya merujuk kepada ulas manggis...bagaimanapun susah untuk bertemu ulas manggis yang bilangannya lapan kerana jika anda bertemu ulas manggis berjumlah lapan dalam sebiji buah...pastinya buah itu luar biasa dan istimewa...
Ahhh biarlah manggis berulas lapan atau enam, saya nak menikmatinya sekejap..kemanisan dan kesucian manggis itu menggoda benak saya kini....hmmm...

3 comments:

hafizahiszahanid said...

Iya kak chik, sungguh pun hitam dipandang manis! I terasa lah! hahahahahah

Shasha said...

errr akak ambil manggis haspaizi, dia yang bawak...apa-apa pun, kalau letak durin setimbun, rambutan sekilo atau dokong seplastik, akak tetap pilih manggis nan satu...piece!

Kamariah Kamarudin said...

Kami pun baharu menikmati manggis kala membelinya di pasar malam yang lalu. Memang enak. Masam-masam manis menjamu tekak seisi keluarga!
p/s: turut mengenang zaman kanak-kanak yang menolong wan di Rasah, Seremban menjual manggis di birai jalan rumahnya kala musim cuti sekolah lantaran buahnya yang ranum, hehehe, indah sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...