don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...
Sunday, November 29, 2009
meh masak....
Wednesday, November 25, 2009
Monday, November 23, 2009
makan lagi
perihal epal dan arak
Food at Temple Restaurant...
Heman...for you!
Wednesday, November 18, 2009
bibimbab..??
Haa..apa agaknyaa yang dibelek minah comel tu...dia nak ambik pic makanan kat depan dia tu...ada 9 mangkuk yang kesemuanya diisi makanan yang sangat unik...kimchi and kimchi...sayur jeruk...orang Korea memang suka makan sayur jeruk..kalau boleh semua benda dia orang nak jeruk... Right one tu Julie, our tourist guide yang bawa kita orang makan angin di Seoul..huhu..sejuk sangat, cuaca 14 darjah celcius tapi tak cukup nak bekukan hati saya yang sudah sentiasa sejuk ini..bila time makan jer mesti nak order teh panas....meh makan..lepas ni ada cerita pasal nasi..kui! Saya teruja sebab makanan semua diisi dalam mangkuk kecil..so kalau makan banyak pun tak nampak sebab ia akan ditukar setiap masa oleh pelayan restoran...makan and makan..nasib baik saya tak terminum soju...light alcohol in Seoul style..dia orang letak soju tu dalam epal yang ditebuk...cantik sangat..saya nyaris terminum..ughh...
Inilah dianya nasi campur yang saya makan ketika berada di Seoul...terpinga-pinga saya tengok nasi ini. Namanya bibimbab..saya ingat kuih belabab jer..sejenis kuih campuran santan dan keledek yang wujud di kampung saya..ala kuih lepat tu..
Hmm...bibimbab ni kira macam nasi campur la...selalunya kita letak lauk dalam nasi tapi nasi Korean ni kita kena letak nasi dalam lauk...
Saya diberi mangkuk tembaga besi yang penuh dengan vege and seafood..sebab no meet at all for me during work day in Seoul kan..mana leh makan daging...so atas lauk pauk yang bercampur tu ada sebiji telur separa masak...nampak tak...ada mushroom, ada tauge..ada avokado and sea weed tu memang tak leh tinggal lah bagi dia orang...termasuklah kimci..
Saya mula-mula tu rasa weird gak nak menelan tapi after 2 days...tekak saya dah synchronise and perut pun dah bleh absorb mak nenek makanan pelik tu...the most important is ianya HALAL!. Makanya saya pun Bismillah....
Hmm...bibimbab ni kira macam nasi campur la...selalunya kita letak lauk dalam nasi tapi nasi Korean ni kita kena letak nasi dalam lauk...
Saya diberi mangkuk tembaga besi yang penuh dengan vege and seafood..sebab no meet at all for me during work day in Seoul kan..mana leh makan daging...so atas lauk pauk yang bercampur tu ada sebiji telur separa masak...nampak tak...ada mushroom, ada tauge..ada avokado and sea weed tu memang tak leh tinggal lah bagi dia orang...termasuklah kimci..
Saya mula-mula tu rasa weird gak nak menelan tapi after 2 days...tekak saya dah synchronise and perut pun dah bleh absorb mak nenek makanan pelik tu...the most important is ianya HALAL!. Makanya saya pun Bismillah....
join me at China Treasurer, Sime Darby Conventio Center
Halal food in China Museum Restaurant, Legend Hotel..
like a garnishing on top of these...cantik nampak. Walaupun berserabai tapi enak sebab rasa macam kerabu...
Later...more menu to review...hihi!
Thursday, November 12, 2009
Pavlova...
SAYA dah lama tak masak. Bergaduh dengan dapur. Dapur marah saya, saya marah dengan dapur...yang menang dan suka hati ialah tikus tunggal...saya kata tunggal sebab rasanya ia seekor saja yang ada lalu lalang di dapur. Justeru, sebab ia sekor saja yang ada, ia mengada-ngada dengan menggigit bekas plastik jenama Tupperware saya...cehhh..kalau dapay saya buang ia kasi sama itu kucing jantan depan rumah..padan muka kau tikus!!
Bukan cerita tikus sebenarnya..semalam saya pi rumah kawan, paksa dia masak untuk saya. Saya tahu dia sibuk bangat...nak hantar anak ke sekolah, nak pergi mengajar dan itu dan ini tapi saya paksa juga dia masak untuk saya. Kalau tidak, teruk saya kena...
whatever...i know she’s not a really pandai masak (sorry Dr Rose) but then her passion towards memasak, maybe coz she has 5 kids make her really gud in cooking. Buat cookies, kek, nasi etc...yang saya tahu juga, her kids also suka makan apa yang dia masak and really appreciate coz sometimes anak-anak dia bawa bekal ke sekolah...
Ok, dia masak Pavlova...kira macam desert la gitu.,.sedap! SEDAP! SeDaP! sEdAp! Toing! sedap lagi..selera dan menggoda dan menggiurkan.
Friday, October 30, 2009
Sengketa: Awan kumulusnimbus bertukar wana perak...
Yaya pejam celik. Cahaya putih memanah anak mata. Sejurus mengangkat tangan untuk menggosok mata...ouchhh..makkk sakitnya..Rupa-rupanya ada drip di bahagian atas tangan kiri. Apa dah jadi? Dia di mana sebenarnya?
"Ya.Yaya, kamu dah sedar..Mak sini," perlahan saja bunyi suara emak.
"Yaya kat mana ni mak? Kenapa ada jarum kat tangan Yaya ni?"
"Yaya kat hospital. Tengah hari tadi Yaya pengsan dalam kelas. Nasib baik pengsan kat kelas, kalau Yaya pengsan di stesen bas, ntah mak tak tahu apa akan jadi dengan Yaya."
"Kenapa Yaya pengsan?"
"Manalah mak tahu, Yaya yang pengsan. Kata Faris, Yaya tiba-tiba jatuh. Kebetulan masa tu kelas Encik Zain. Dia yang bergegas angkat Yaya bawa ke hospital."
"Ya Allah, kenapa dia pula yang bawa Yaya mak???"
"Habis tu Yaya pengsan masa dia mengajar, takkan orang lain pula yang nak usung Yaya..."
"Ya Rabbi...habis tu apa jadi?"
"Mak belum tahu. Faris yang hubungi Mak. Malam nanti mungkin Doktor datang buat cek. Rasanya Zain pun kata dia nak datang juga, nak tengok keadaan Yaya. Faris dan Amin baru balik tadi."
"Amin? Amin abang si Faris tu eh? Laaa...kenapa mak tak kejut Yaya?"
"Eh kan ke Yaya pengsan dan baru keluar bilik bedah..."
"Ya ke mak? Apa yang kena bedah?"
"Jangan bangun kuat-kuat Ya. Perlahan-lahan saja, nanti sakit...Yaya period kan sekarang? Dah berapa lama? Kenapa tak beritahu mak?"
"Kenapa mak? Apa kaitannya period Yaya dengan Mak?"
"Yaya pengsan sebab period tu lah.."
"Biar betul mak..."
"Yaya ni, sakit pun masih tak percayakan Mak."
"Memang Yaya dah period lebih 25 hari, tapi selepas hari ke 15, Yaya solatlah Mak..."
"Ya..sebab tu Yaya pengsan. Yang keluar tu bukan darah haid Yaya, tapi darah bersih akibat saluran darah Yaya bocor. Mak tak tahu apa istilah tapi nanti doktor datang Yaya boleh tanya.
"Err..mak.., Encik Zain tahu ke?"
"Mak tak pasti, tapi kata Faris, dia lama cakap dengan doktor..."
"Makkk....kenapa dia perlu tahu...Yaya tak suka.."
"Bersyukur sajalah Yaya tak mati tahu...."
Arghhh..siling bilik wad itu terasa bagai hendak runtuh menimpa kepala. Yaya buntu, kosong dan bengang. Makin dia ingin menjauhkan diri, makin dekat pula mamat tocang tu. Tak boleh jadi...tapi apa kan daya, jauh di sudut hati dia mesti mengucapkan terima kasih kerana Zain yang dibencinya selama ini sudah membuat kebajikan yang sangat mulia terhadap dirinya. Entah-entah darah Zain ada mengalir dalam dirinya kini...ahhh tak mungkin. Yaya! Jangan nak menerawang jauh...cukup setakat ucap terima kasih, not more than that...
Kenapa saat dia bersemangat hendak meneruskan perjuangan, bencana datang menimpa. Kenapa ketika dia ingin membuka langkah seribu, ada kerikil tajam yang mencucuk kaki...mak, abang Fawaz, tolong Yaya...tolong Yaya, Faris.
Eh ke mana pula kekuatan Yaya selama ini? Kan ke kalau Faris gelabah dalam kelas, Yaya yang coolkan si manja tu. Ingat tak masa Faris luka jari terhiris sedikit ketika kelas masakan di sekolah, Yaya yang tolong balutkan.
"Ok mak, Yaya tak apa-apa. Yaya akan sihat nanti."
"Mak tahu, mak tahu Yaya kuat. Mak tak boleh tunggu Yaya malam ni. Lagipun nurse kata Yaya boleh minta bantuan nurse. Mak kena balik dulu. Kalau tinggal kedai lama pada Fawaz, mak takut dia kalut..."
"Makkk...cuba percaya sikit pada abang. Yaya tau abang boleh buat kalau mak tak ada."
"Apa-apa pun, Yaya jangan nak pandai-pandai bangun sendiri. Panggil nurse. Kalau boleh keluar hospital besok, telefon Mak."
"Ok Mak. Mak jangan risau. Yaya ok jer...Salam Yaya untuk abang Fawaz sama."
"Mak balik Ya.."
Selepas Mak balik, Yaya terkulat-kulat memandang siling. Hari sudah gelap. Jarum jam menunjukkan angka tujuh. Rasa berdenyut pada bahagian ari-ari makin kuat. Yaya meraba-raba bahagian bawah perut. Ada dua plaster kecik terlekat di bahagian bawah kiri dan kanan perut. MasyaAllah...apa sudah berlaku sebenarnya. Memang dua tiga hari ini, dia terasa penat dan letih. Rupanya dia banyak kehilangan darah bersih. Apa masalah dirinya, semuanya membanjiri minda. Jangan pula doktor memberitahu dia ada barah atau penyakit lain, minta dijauhkan.
Di bahagian hujung katil, hidangan nasi putih dan sup sayur sudah sejuk. Selera makan Yaya hilang. Dua keping tembikai susu juga tidak disentuh. Semuanya bagai plastik di mata Yaya. Langsung tidak menarik perhatian. Bagaimana mahu makan kalau hati gundah, bagaimana mahu menelan kalau tekak sempit. Dan bagaimana pula hendak menghadapi hari mendatang tanpa berselisih dengan insan yang sudah menyelamatkan nyawanya. Dia perlu melaluinya selama tiga tahun kerana pelajaran yang diikutinya baru saja bermula. Dia baru di tahun 1, masih ada dua tahun lagi untuk tamat.
Matanya makin berat dan berat. Kepala pusing. Ngilu pun terasa menyucuk pada bahagian perut. Dan akhirnya dia 'pengsan' lagi.
Ada suara manusia bercakap-cakap. Perlahan dan seakan berbisik. Lembut saja suara berkenaan. Di mana ya pernah Yaya dengar. Tak ingat pula..ahh biarlah. Perutnya terasa lapar, berkeriut dan tekak juga terasa dahaga. Mana nak cari makanan...lapar! Lapar! Mak, Yaya lapar! Arghh...siksanya sakit begini. Hendak bergerak bebas pun tak boleh, tangan membengkak akibat drip yang mencengkam. Air perlahan saja menitik. Bila boleh bebas dari semua ini...Yaya nak kembali pegang pen.
Eh...suara tadi sudah hilang. Ya sudah hilang..beratnya nak buka mata. Yaya lapar! Cepat buka mata....bukalah mata..
"Assalamualaikum..."
"Waalaikum...salam...laa..."
"Lama Feryal tidur..."
"Yaya...Yaya..."
"Oh ok. Yaya..Lama awak tidur. Mak tak datang?"
"Tadi petang ada. Dia dah balik..."
"Awak dah makan?"
"Belum.." cehh...aku lapar, boleh tanya soalan macam tu.
"Saya tengok nasi tak bersentuh, dah sejuk pun."
"Saya tidur..penatlah.."
"Nak makan sekarang? Saya bantu?"
"Eh tak apa. Saya tak ada selera..."
"Nak makan apa?"
"Tak apa..tak ada nak makan apa pun.."
"Kena makan. Awak dah sehari suntuk tak makan. Nanti tambah sakit.."
"Encik...tak payah susah-susah...saya boleh minta pada nurse."
"Nurse? Oh ok...penat saya bawa makanan. Tak sudi..?"
"Err..Encik.."
"Zain cukup, tak payah nak encik-encik. Tapi kalau dalam kelas, memang boleh letak encik di depan nama saya..."
"Encik...Zain..Zain..bukan tak sudi.."
"Habis tu...?"
"Zain..Zain dah banyak bantu saya..."
"Alah..itu perkara biasa..kalau orang lain yang jatuh depan saya pun saya akan bantu. Inikan pula awak, student saya..nah makan..saya buat khas untuk awak Yaya."
Yaya nampak mamat tocang itu mengeluarkan satu bekas kedap udara dari dalam beg sandang berwarna hitam. Thermos besi turut dikeluarkan. Wah...manjanya rasa bila ada orang bawakan makanan..Hati berbunga tapi...
"Nah, Faris kata awak suka roti sapu planta. Ni saya buatkan. Tapi tak fresh sebab dah tiga jam saya buat. Tadi saya tiba awak tidur. Doktor datang dan saya sembang sekejap dengan doktor. Tanya keadaan awak..."
"Hmm...terima kasih Zain. Saya berhutang nyawa dengan Encik Zain.."
"Zain cukup, ingat!"
"Ok.ingat! Ingat!"
"Nah, makan. Saya bantu, mesti susah nak angkat tu..buka mulut.."
Roti serat bersapu planta betul-betul ada di hadapan mukanya kini. Mahu atau tidak, Yaya tiada kuasa menolak. Kalau Faris yang memaksa dia buat begitu, mau saja diacu penumbuk pada si muka bulat tu.
"Nak lagi? Nah...saya tahu Yaya suka milo kan? Minum sikit, nanti kalau tersedak susah saya nak jawab dengan Mak yaya..."
"Tak pa, saya boleh pegang cawan sendiri."
"Jangan segan, saya tolong. Straw ada, sedut saja..."
"..aaa Zain, tak perlu buat begini pada saya..."
"..cuba terima pertolongan saya dengan ikhlas Yaya. Saya tak akan bantu awak kalau hati saya tidak ikhlas...please..."
"Kalau begitu, bantu saya bangun. Saya perlu ke bilik air...susahnya begini."
"Tak baik mengeluh pada keadaan Yaya. Mari saya tolong Yaya bangun. Pegang tepi katil, lembutkan badan. Jatuhkan kaki dulu. Jangan laju-laju, nanti sakit.."
"Ok..ok.."
"Baik-baik Yaya, tersadung wayar kat tangan, sakit tau..."
"Terima kasih Zain.."
"Enough Yaya, dah banyak kali Yaya ucap terima kasih. Sekali dah cukup. Saya dan terima pun terima kasih Yaya..."ada senyum selepas kata-kata itu diucapkan.
Yaya menghilang ke dalam bilik air. Keadaan menjadi sulit kerana tangannya bengkak dan kepala pusing. Muka dibasuh perlahan. Sejurus membuka pintu bilik air, Zain menunggu untuk memimpinnya ke katil.
"Habiskan roti ni, sikit lagi. Yaya kena makan, kalau tidak tak ada tenaga. O ya, saya ada buatkan tuna sandwich juga. Nanti Yaya makanlah bila rasa nak."
"Maaflah, saya betul-betul tak ada selera."
"Tak apa, saya tinggalkan termos dan bekas roti ni kat sini. Yaya makan bila nak. Hari dah jauh malam, nanti saya kena halau dengan nurse."
"Saya menyusahkan Zain saja.."
"Tidaklah..."
"..tadi saya dengar Zain bercakap dengan doktor..apa masalah sebenarnya?"
"Beginilah, Yaya perlu rehat. Kita cerita lain kali, lepas Yaya betul-betul sihat."
"Please Zain...saya perlu tahu..."
"Yup, saya akan beritahu Yaya kemudian. Kalau betul nak balas budi saya..promise to me..?
"Promise what?"
"Take care of your self. I mean it. Jaga diri, jangan sampai jadi macam ni. Belajar belajar juga, tapi Yaya kena ambil berat pasal kesihatan diri..."
"Ok..promise..."
"Good..please ya. Lagi seminggu kita jumpa. Saya tak ada di kelas seminggu ni. Ada kerja luar..."
"Encik Zain ke mana?"
"No encik, ingat ya...!"
"Oppss..Zain ke mana"
"Saya terbang ke Korea, ada kursus seminggu di sana."
"Jauhnya..."
"Nak kirm apa-apa ke?"
"Err tak ada, jaga diri juga ya. Saya tunggu Zain balik dengan selamat..."
"Ok..InsyaAllah..Oh ya, Yaya, saya minta maaf..masa Yaya pengsan tengah hari tadi, saya pangku Yaya, so that saya terpaksa pegang Yaya...maaf ya, tak minta izin.."
Ngee...baiknya hati...sepatutnya aku yang minta maaf kerana menyusahkan engkau Zain, tapi keadaan jadi terbalik.
"Ok, saya maafkan."
"Tq so much Yaya..take care.Ok then.."
Zain hilang disebalik daun pintu. Jam sudah diangka 11 malam. Tiba-tiba Yaya terasa sayang untuk menghabiskan roti planta dan sandwich tuna di dalam bekas berwarna kelabu itu. Straw berwarna putih ditenung lama. Hati berbalam antara roti dan milo, adakah kedua-duanya sudah dijampi sihir kesumat berbaur dendam tak sudah yang akan terus memanah dalam ke lubuk sanubari...tajam dan berbisa, menyala dan membara...dan kadangkala hangat menyelinap di kala sunyi mendatang..oh hati...
Wednesday, October 28, 2009
Sengketa: ...Langit biru lazuardi

Pagi yang nyaman. Ada burung serindit berwarna hijau kelabu riuh berkicau di hujung dahan. Aahh..ada berita jauh yang dibawa tu...dia tercangak di bangku kayu menunggu Faris. Angin menebak-nebak pipinya sambil juntaian rambut menepis di dahi.
Kelas sudah dimasuki semalam. Ada sembilan mata pelajaran akan diikuti, tapi kata Faris, untuk pelajar Kursus 1, tak ada masuk kitchen lagi. Masuk tak masuk, Yaya tak kisah. Yang penting, dia belajar masak. Dia akan jadi tukang masak. Dia akan ganti emak bila habis kelak.
"Ya! Yaya...oitt! Ko mimpi ke?"
Ceh...suara Faris dekat saja dengan telinga. Amat mengejutkan, rasa macam semua semangat keperempuanan Yaya terbang, ikut burung serindit tadi. Angin pun lari dan tekak terasa kering.
"Kau ni, tak reti nak bagi salam? Kalau aku pengsan, nak ke kau tanggung?"
"Alah Yaya, ko pengsan aku tunggu sampai ko sedar...haha"
Ceittt..Faris ketawa memanjang. Wajah bulatnya makin lebar, tapi Faris nampak manis dengan tahi lalat di tepi bibir. Jarang lelaki manis begitu.
"Eh kita kena buat pemilihan kelas lagi ke?"
"Tak payah, kan ke kita dah confirm ambil 9 subjek."
"Ya ke, ko ni kenapa nampak macam lemau je?"
"Tak ada apa...baik kita cepat masuk kelas...kita belum tahu macam mana pengajar di sini. Aku takut kalau ada yang jenis harimau bunting..maut kita."
"Alah ko tu perempuan, aku dengar 80 peratus pengajar di sini lelaki. Ko kenyit mata saja lah..Yaya. Cair la dia orang."
"Okie donkie! Eh aku kenyit mata pada kau sajalah Faris, boleh? Haha...gilosss."
Hahahaha...ketawa berderai-derai. Dua sahabat yang tulus...
Kelas pertama dilalui amat membosankan. Mata kuyu, fikiran menerawang. Pengajar terlalu lembut walaupun lelaki, baik nau. Huh..
Yaya tidak sabar menunggu pembelajaran tamat. Tekaknya terasa haus, kalau di kedai emak, dia laju saja buka peti ais teguk sirap yang mak sudah sediakan tapi di sini, dia terpaksa menapak ke kedai hanya untuk membeli segelas sirap limau...
Dan ketika memusingkan leher ke kiri dan ke kanan untuk menghilangkan kantuk. dia ternampak kelibat seseorang dan dia amat pasti. Zain....
Tadi masa minum di kafe, jantungnya tidak perlahan berdegup. Rasa setiap detik darah memenuhi setiap ruang jantung dan pembuluh darah yang lain. Sungguh, Yaya tidak mampu mengalami situasi demikian setiap hari. Pastinya dia akan kejang kalau setiap hari mengalami keadaan itu.
Wajah itu ada di hadapannya. Muka tenang dan misai nipis berbaur warna putih...matanya redup saja dan tidak secerlang ketika dia meminta dan memesan kopi di kedai emak. Habislah Yaya...
"Ok, saya tiada apa yang hendak diperkatakan untuk kelas pertama kita. Cuma saya hendak tahu kenapa anda memilih jurusan ini. Saya bagi masa 45 minit ini untuk anda siapkan satu pengakuan jujur kenapa memilih kursus ini. Boleh tulis apa saja yang terlintas di fikiran anda. O ya, saya Zain Ubaidillah Abidin. Lepas ni saya nak kenal nama anda semua, kita exchange," katanya.
"Encik, sure ya saya boleh tulis apa saja?" Seorang pelajar lelaki bertanyakan soalan kepada lelaki di hadapan kelas itu. Yaya terasa dia makin semput.
"Yup, boleh. Kalau tidak mahu jujur dengan saya pun, jujurlah dengan diri sendiri. Dengan diri anda. Ok, anda boleh mula sekarang. Sila bertanya kalau anda rasa nak bertanya..."
Arghhh..hancus! Hancus!
"Encik, errr Encik Zain, ini dikira masuk dalam silibus ke?"
"Tidak, tapi saya sangat ingin tahun kenapa anda gemar bidang ini. Lagipun, ini kelas pertama kita. Kira macam pertemuan pertama kita. Minggu depan saya tiada, kita akan adakan kelas ganti. Mungkin kita boleh bincang kemudian."
"Encik Zain ke mana?"
"Saya out station. Seminggu saja."
"Siapa ganti Encik Zain masa Encik tiada?"
"Encik Mustakim ganti, tapi dia mungkin memberi bahan untuk anda teliti."
Pelbagai soalan lagi berkumandang di kelas yang dirasakan semakin berbahang oleh Yaya. Makin panas dan panas, nafas semakin sesak. Yaya rasa pandangannya makin berpinar dan dia tidak pasti apa yang ditulis di kertas di atas meja di hadapannya itu. Apa yang dia nampak ialah Zain menghampiri mejanya.
"Ya, ada apa-apa masalah? Kenapa saya nampak muka awak pucat?"
"Tak ada apa-apa. Excuse me, saya nak pergi rest room..."
"Ok...ehh....."
Yaya terasa tubuhnya ringan dan melayang bagai kapas di sapa bayu petang...ringan dan ringan...sejuk dan nyaman. Langit biru lazuardi dan awan putih tompok menompok memenuhi langt biru.
"Yaya...Ya!! Feryal...kenapa...!!!"
Yaya dengar sayup saja suara di kejauhan....
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)