don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Monday, December 3, 2007

Penangan sambal tempoyak...

"Hello, kat mana ni?"
"Kat opislah..."
"Nak jumpa boleh?"
"Boleh..."
"Saya tunggu kat depan lif tingkat 4."
"Sekarang ek...?"
"Yalah..."

Sungguh, saya berasa gembira! Sebabnya, dialog di atas membawa saya kepada penemuan makanan yang saya suka, masal lemak tempoyak petai dan udang yang dimasak oleh Pn Anne, orang rumah En Halym. Hahaha....rezeki sayalah kiranya...ada dua bekas sebenarnya. (Satu lagi untuk Power Puff yang selalu datang dengan jentera ajaibnya berwarna hitam dan akan landing betul-betul di hadapan pagar rumah saya).
Dengan bau yang semerbak, saya menahan perut supaya tidak terlalu tergoda dengan aroma tempoyak itu. Apa yang terbayang di depan mata saya ialah seplastik roti gardenia yang akan saya cecah dengan sambal itu. Gila ke ape? Makan dengan roti? Yupppp....yummy tau...
Dulu saya tak reti makan tempoyak, belacan pun. Lepas berkahwin dengan orang Perak, saya terpaksa membiasakan tekak dengan dua fenomena aneh itu. Dan kini saya menjadi agak gemar dengan tempoyak...
Cop! Bukanya saya mengada-ngada tak taw makan tempoyak tapi sebab tak biasa...cuba suruh saya makan sos kelantan (syyy....budu oitt!) dengan nasi, pasti laju saja saya menelannya...
Huh!...memang sedap sambal tempoyak neh. Semalam, selesai buat kerja di pc, jam 2 pagi, sebelum naik tdo, saya buat badak saja capai sekeping gardenia lalu dilandingkan ke dalam bekas tempo (nama glamour tempoyak) dan dengan kelajuan pada kadar maksimum, saya lancarkan sasaran ke dalam mulut langsung gulp melalui rongga tekak...
Nak terlajak kepada sekeping lagi tapi tak boleh sebab malam sudah larut...nak tahu apa jadi? Sebaik saya sendiri melandingkan badan ke atas katil, KA saya berkalih tidur dan papan katil tiba-tiba PRAKKKKKKK......teka apa cerita selanjutnya....?!


P/S: Terima kasih kepada Pn Anne dan En Halym yang menaja last supper saya semalam! :0)

5 comments:

kakchik said...
This comment has been removed by the author.
halym said...

wah..puas saya tunggu entry pasal tempoyak neh...rupanya kat sini dia nyorok..ok ler tuu..nak orennnnn

halym said...

perbualan talipon tu bukan dengan saya kan?

err..kak..tingkat 6 tu ada hantu lagi tak?

kakchik said...

tingkat enam ekkk? memang ada hantu, dah memang rumah dia...kan ke ada orang mati gantung diri kat situ...

kakchik said...

tapi sayanglah akak tak leh tepek gambo kat sini, kamera digital akak dah hilang kena sapu kutu poyo mana ntah...akak rasa hilang kat opis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...