don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Friday, October 30, 2009

Sengketa: Awan kumulusnimbus bertukar wana perak...

Kipas berputar ligat. Televisyen menayangkan cerita kartun donald duck. Riuh saja bunyi itik nakal, tetapi dia di mana ya.
Yaya pejam celik. Cahaya putih memanah anak mata. Sejurus mengangkat tangan untuk menggosok mata...ouchhh..makkk sakitnya..Rupa-rupanya ada drip di bahagian atas tangan kiri. Apa dah jadi? Dia di mana sebenarnya?
"Ya.Yaya, kamu dah sedar..Mak sini," perlahan saja bunyi suara emak.
"Yaya kat mana ni mak? Kenapa ada jarum kat tangan Yaya ni?"
"Yaya kat hospital. Tengah hari tadi Yaya pengsan dalam kelas. Nasib baik pengsan kat kelas, kalau Yaya pengsan di stesen bas, ntah mak tak tahu apa akan jadi dengan Yaya."
"Kenapa Yaya pengsan?"
"Manalah mak tahu, Yaya yang pengsan. Kata Faris, Yaya tiba-tiba jatuh. Kebetulan masa tu kelas Encik Zain. Dia yang bergegas angkat Yaya bawa ke hospital."
"Ya Allah, kenapa dia pula yang bawa Yaya mak???"
"Habis tu Yaya pengsan masa dia mengajar, takkan orang lain pula yang nak usung Yaya..."
"Ya Rabbi...habis tu apa jadi?"
"Mak belum tahu. Faris yang hubungi Mak. Malam nanti mungkin Doktor datang buat cek. Rasanya Zain pun kata dia nak datang juga, nak tengok keadaan Yaya. Faris dan Amin baru balik tadi."
"Amin? Amin abang si Faris tu eh? Laaa...kenapa mak tak kejut Yaya?"
"Eh kan ke Yaya pengsan dan baru keluar bilik bedah..."
"Ya ke mak? Apa yang kena bedah?"
"Jangan bangun kuat-kuat Ya. Perlahan-lahan saja, nanti sakit...Yaya period kan sekarang? Dah berapa lama? Kenapa tak beritahu mak?"
"Kenapa mak? Apa kaitannya period Yaya dengan Mak?"
"Yaya pengsan sebab period tu lah.."
"Biar betul mak..."
"Yaya ni, sakit pun masih tak percayakan Mak."
"Memang Yaya dah period lebih 25 hari, tapi selepas hari ke 15, Yaya solatlah Mak..."
"Ya..sebab tu Yaya pengsan. Yang keluar tu bukan darah haid Yaya, tapi darah bersih akibat saluran darah Yaya bocor. Mak tak tahu apa istilah tapi nanti doktor datang Yaya boleh tanya.
"Err..mak.., Encik Zain tahu ke?"
"Mak tak pasti, tapi kata Faris, dia lama cakap dengan doktor..."
"Makkk....kenapa dia perlu tahu...Yaya tak suka.."
"Bersyukur sajalah Yaya tak mati tahu...."

Arghhh..siling bilik wad itu terasa bagai hendak runtuh menimpa kepala. Yaya buntu, kosong dan bengang. Makin dia ingin menjauhkan diri, makin dekat pula mamat tocang tu. Tak boleh jadi...tapi apa kan daya, jauh di sudut hati dia mesti mengucapkan terima kasih kerana Zain yang dibencinya selama ini sudah membuat kebajikan yang sangat mulia terhadap dirinya. Entah-entah darah Zain ada mengalir dalam dirinya kini...ahhh tak mungkin. Yaya! Jangan nak menerawang jauh...cukup setakat ucap terima kasih, not more than that...

Kenapa saat dia bersemangat hendak meneruskan perjuangan, bencana datang menimpa. Kenapa ketika dia ingin membuka langkah seribu, ada kerikil tajam yang mencucuk kaki...mak, abang Fawaz, tolong Yaya...tolong Yaya, Faris.
Eh ke mana pula kekuatan Yaya selama ini? Kan ke kalau Faris gelabah dalam kelas, Yaya yang coolkan si manja tu. Ingat tak masa Faris luka jari terhiris sedikit ketika kelas masakan di sekolah, Yaya yang tolong balutkan.
"Ok mak, Yaya tak apa-apa. Yaya akan sihat nanti."
"Mak tahu, mak tahu Yaya kuat. Mak tak boleh tunggu Yaya malam ni. Lagipun nurse kata Yaya boleh minta bantuan nurse. Mak kena balik dulu. Kalau tinggal kedai lama pada Fawaz, mak takut dia kalut..."
"Makkk...cuba percaya sikit pada abang. Yaya tau abang boleh buat kalau mak tak ada."
"Apa-apa pun, Yaya jangan nak pandai-pandai bangun sendiri. Panggil nurse. Kalau boleh keluar hospital besok, telefon Mak."
"Ok Mak. Mak jangan risau. Yaya ok jer...Salam Yaya untuk abang Fawaz sama."
"Mak balik Ya.."

Selepas Mak balik, Yaya terkulat-kulat memandang siling. Hari sudah gelap. Jarum jam menunjukkan angka tujuh. Rasa berdenyut pada bahagian ari-ari makin kuat. Yaya meraba-raba bahagian bawah perut. Ada dua plaster kecik terlekat di bahagian bawah kiri dan kanan perut. MasyaAllah...apa sudah berlaku sebenarnya. Memang dua tiga hari ini, dia terasa penat dan letih. Rupanya dia banyak kehilangan darah bersih. Apa masalah dirinya, semuanya membanjiri minda. Jangan pula doktor memberitahu dia ada barah atau penyakit lain, minta dijauhkan.

Di bahagian hujung katil, hidangan nasi putih dan sup sayur sudah sejuk. Selera makan Yaya hilang. Dua keping tembikai susu juga tidak disentuh. Semuanya bagai plastik di mata Yaya. Langsung tidak menarik perhatian. Bagaimana mahu makan kalau hati gundah, bagaimana mahu menelan kalau tekak sempit. Dan bagaimana pula hendak menghadapi hari mendatang tanpa berselisih dengan insan yang sudah menyelamatkan nyawanya. Dia perlu melaluinya selama tiga tahun kerana pelajaran yang diikutinya baru saja bermula. Dia baru di tahun 1, masih ada dua tahun lagi untuk tamat.
Matanya makin berat dan berat. Kepala pusing. Ngilu pun terasa menyucuk pada bahagian perut. Dan akhirnya dia 'pengsan' lagi.

Ada suara manusia bercakap-cakap. Perlahan dan seakan berbisik. Lembut saja suara berkenaan. Di mana ya pernah Yaya dengar. Tak ingat pula..ahh biarlah. Perutnya terasa lapar, berkeriut dan tekak juga terasa dahaga. Mana nak cari makanan...lapar! Lapar! Mak, Yaya lapar! Arghh...siksanya sakit begini. Hendak bergerak bebas pun tak boleh, tangan membengkak akibat drip yang mencengkam. Air perlahan saja menitik. Bila boleh bebas dari semua ini...Yaya nak kembali pegang pen.
Eh...suara tadi sudah hilang. Ya sudah hilang..beratnya nak buka mata. Yaya lapar! Cepat buka mata....bukalah mata..
"Assalamualaikum..."
"Waalaikum...salam...laa..."
"Lama Feryal tidur..."
"Yaya...Yaya..."
"Oh ok. Yaya..Lama awak tidur. Mak tak datang?"
"Tadi petang ada. Dia dah balik..."
"Awak dah makan?"
"Belum.." cehh...aku lapar, boleh tanya soalan macam tu.
"Saya tengok nasi tak bersentuh, dah sejuk pun."
"Saya tidur..penatlah.."
"Nak makan sekarang? Saya bantu?"
"Eh tak apa. Saya tak ada selera..."
"Nak makan apa?"
"Tak apa..tak ada nak makan apa pun.."
"Kena makan. Awak dah sehari suntuk tak makan. Nanti tambah sakit.."
"Encik...tak payah susah-susah...saya boleh minta pada nurse."
"Nurse? Oh ok...penat saya bawa makanan. Tak sudi..?"
"Err..Encik.."
"Zain cukup, tak payah nak encik-encik. Tapi kalau dalam kelas, memang boleh letak encik di depan nama saya..."
"Encik...Zain..Zain..bukan tak sudi.."
"Habis tu...?"
"Zain..Zain dah banyak bantu saya..."
"Alah..itu perkara biasa..kalau orang lain yang jatuh depan saya pun saya akan bantu. Inikan pula awak, student saya..nah makan..saya buat khas untuk awak Yaya."

Yaya nampak mamat tocang itu mengeluarkan satu bekas kedap udara dari dalam beg sandang berwarna hitam. Thermos besi turut dikeluarkan. Wah...manjanya rasa bila ada orang bawakan makanan..Hati berbunga tapi...
"Nah, Faris kata awak suka roti sapu planta. Ni saya buatkan. Tapi tak fresh sebab dah tiga jam saya buat. Tadi saya tiba awak tidur. Doktor datang dan saya sembang sekejap dengan doktor. Tanya keadaan awak..."
"Hmm...terima kasih Zain. Saya berhutang nyawa dengan Encik Zain.."
"Zain cukup, ingat!"
"Ok.ingat! Ingat!"
"Nah, makan. Saya bantu, mesti susah nak angkat tu..buka mulut.."

Roti serat bersapu planta betul-betul ada di hadapan mukanya kini. Mahu atau tidak, Yaya tiada kuasa menolak. Kalau Faris yang memaksa dia buat begitu, mau saja diacu penumbuk pada si muka bulat tu.
"Nak lagi? Nah...saya tahu Yaya suka milo kan? Minum sikit, nanti kalau tersedak susah saya nak jawab dengan Mak yaya..."
"Tak pa, saya boleh pegang cawan sendiri."
"Jangan segan, saya tolong. Straw ada, sedut saja..."
"..aaa Zain, tak perlu buat begini pada saya..."
"..cuba terima pertolongan saya dengan ikhlas Yaya. Saya tak akan bantu awak kalau hati saya tidak ikhlas...please..."
"Kalau begitu, bantu saya bangun. Saya perlu ke bilik air...susahnya begini."
"Tak baik mengeluh pada keadaan Yaya. Mari saya tolong Yaya bangun. Pegang tepi katil, lembutkan badan. Jatuhkan kaki dulu. Jangan laju-laju, nanti sakit.."
"Ok..ok.."
"Baik-baik Yaya, tersadung wayar kat tangan, sakit tau..."
"Terima kasih Zain.."
"Enough Yaya, dah banyak kali Yaya ucap terima kasih. Sekali dah cukup. Saya dan terima pun terima kasih Yaya..."ada senyum selepas kata-kata itu diucapkan.

Yaya menghilang ke dalam bilik air. Keadaan menjadi sulit kerana tangannya bengkak dan kepala pusing. Muka dibasuh perlahan. Sejurus membuka pintu bilik air, Zain menunggu untuk memimpinnya ke katil.
"Habiskan roti ni, sikit lagi. Yaya kena makan, kalau tidak tak ada tenaga. O ya, saya ada buatkan tuna sandwich juga. Nanti Yaya makanlah bila rasa nak."
"Maaflah, saya betul-betul tak ada selera."
"Tak apa, saya tinggalkan termos dan bekas roti ni kat sini. Yaya makan bila nak. Hari dah jauh malam, nanti saya kena halau dengan nurse."
"Saya menyusahkan Zain saja.."
"Tidaklah..."
"..tadi saya dengar Zain bercakap dengan doktor..apa masalah sebenarnya?"
"Beginilah, Yaya perlu rehat. Kita cerita lain kali, lepas Yaya betul-betul sihat."
"Please Zain...saya perlu tahu..."
"Yup, saya akan beritahu Yaya kemudian. Kalau betul nak balas budi saya..promise to me..?
"Promise what?"
"Take care of your self. I mean it. Jaga diri, jangan sampai jadi macam ni. Belajar belajar juga, tapi Yaya kena ambil berat pasal kesihatan diri..."
"Ok..promise..."
"Good..please ya. Lagi seminggu kita jumpa. Saya tak ada di kelas seminggu ni. Ada kerja luar..."
"Encik Zain ke mana?"
"No encik, ingat ya...!"
"Oppss..Zain ke mana"
"Saya terbang ke Korea, ada kursus seminggu di sana."
"Jauhnya..."
"Nak kirm apa-apa ke?"
"Err tak ada, jaga diri juga ya. Saya tunggu Zain balik dengan selamat..."
"Ok..InsyaAllah..Oh ya, Yaya, saya minta maaf..masa Yaya pengsan tengah hari tadi, saya pangku Yaya, so that saya terpaksa pegang Yaya...maaf ya, tak minta izin.."
Ngee...baiknya hati...sepatutnya aku yang minta maaf kerana menyusahkan engkau Zain, tapi keadaan jadi terbalik.
"Ok, saya maafkan."
"Tq so much Yaya..take care.Ok then.."
Zain hilang disebalik daun pintu. Jam sudah diangka 11 malam. Tiba-tiba Yaya terasa sayang untuk menghabiskan roti planta dan sandwich tuna di dalam bekas berwarna kelabu itu. Straw berwarna putih ditenung lama. Hati berbalam antara roti dan milo, adakah kedua-duanya sudah dijampi sihir kesumat berbaur dendam tak sudah yang akan terus memanah dalam ke lubuk sanubari...tajam dan berbisa, menyala dan membara...dan kadangkala hangat menyelinap di kala sunyi mendatang..oh hati...

Wednesday, October 28, 2009

Sengketa: ...Langit biru lazuardi


Pagi yang nyaman. Ada burung serindit berwarna hijau kelabu riuh berkicau di hujung dahan. Aahh..ada berita jauh yang dibawa tu...dia tercangak di bangku kayu menunggu Faris. Angin menebak-nebak pipinya sambil juntaian rambut menepis di dahi.

Kelas sudah dimasuki semalam. Ada sembilan mata pelajaran akan diikuti, tapi kata Faris, untuk pelajar Kursus 1, tak ada masuk kitchen lagi. Masuk tak masuk, Yaya tak kisah. Yang penting, dia belajar masak. Dia akan jadi tukang masak. Dia akan ganti emak bila habis kelak.

"Ya! Yaya...oitt! Ko mimpi ke?"
Ceh...suara Faris dekat saja dengan telinga. Amat mengejutkan, rasa macam semua semangat keperempuanan Yaya terbang, ikut burung serindit tadi. Angin pun lari dan tekak terasa kering.
"Kau ni, tak reti nak bagi salam? Kalau aku pengsan, nak ke kau tanggung?"
"Alah Yaya, ko pengsan aku tunggu sampai ko sedar...haha"

Ceittt..Faris ketawa memanjang. Wajah bulatnya makin lebar, tapi Faris nampak manis dengan tahi lalat di tepi bibir. Jarang lelaki manis begitu.
"Eh kita kena buat pemilihan kelas lagi ke?"
"Tak payah, kan ke kita dah confirm ambil 9 subjek."
"Ya ke, ko ni kenapa nampak macam lemau je?"
"Tak ada apa...baik kita cepat masuk kelas...kita belum tahu macam mana pengajar di sini. Aku takut kalau ada yang jenis harimau bunting..maut kita."
"Alah ko tu perempuan, aku dengar 80 peratus pengajar di sini lelaki. Ko kenyit mata saja lah..Yaya. Cair la dia orang."
"Okie donkie! Eh aku kenyit mata pada kau sajalah Faris, boleh? Haha...gilosss."
Hahahaha...ketawa berderai-derai. Dua sahabat yang tulus...

Kelas pertama dilalui amat membosankan. Mata kuyu, fikiran menerawang. Pengajar terlalu lembut walaupun lelaki, baik nau. Huh..
Yaya tidak sabar menunggu pembelajaran tamat. Tekaknya terasa haus, kalau di kedai emak, dia laju saja buka peti ais teguk sirap yang mak sudah sediakan tapi di sini, dia terpaksa menapak ke kedai hanya untuk membeli segelas sirap limau...
Dan ketika memusingkan leher ke kiri dan ke kanan untuk menghilangkan kantuk. dia ternampak kelibat seseorang dan dia amat pasti. Zain....

Tadi masa minum di kafe, jantungnya tidak perlahan berdegup. Rasa setiap detik darah memenuhi setiap ruang jantung dan pembuluh darah yang lain. Sungguh, Yaya tidak mampu mengalami situasi demikian setiap hari. Pastinya dia akan kejang kalau setiap hari mengalami keadaan itu.

Wajah itu ada di hadapannya. Muka tenang dan misai nipis berbaur warna putih...matanya redup saja dan tidak secerlang ketika dia meminta dan memesan kopi di kedai emak. Habislah Yaya...

"Ok, saya tiada apa yang hendak diperkatakan untuk kelas pertama kita. Cuma saya hendak tahu kenapa anda memilih jurusan ini. Saya bagi masa 45 minit ini untuk anda siapkan satu pengakuan jujur kenapa memilih kursus ini. Boleh tulis apa saja yang terlintas di fikiran anda. O ya, saya Zain Ubaidillah Abidin. Lepas ni saya nak kenal nama anda semua, kita exchange," katanya.

"Encik, sure ya saya boleh tulis apa saja?" Seorang pelajar lelaki bertanyakan soalan kepada lelaki di hadapan kelas itu. Yaya terasa dia makin semput.
"Yup, boleh. Kalau tidak mahu jujur dengan saya pun, jujurlah dengan diri sendiri. Dengan diri anda. Ok, anda boleh mula sekarang. Sila bertanya kalau anda rasa nak bertanya..."

Arghhh..hancus! Hancus!

"Encik, errr Encik Zain, ini dikira masuk dalam silibus ke?"
"Tidak, tapi saya sangat ingin tahun kenapa anda gemar bidang ini. Lagipun, ini kelas pertama kita. Kira macam pertemuan pertama kita. Minggu depan saya tiada, kita akan adakan kelas ganti. Mungkin kita boleh bincang kemudian."
"Encik Zain ke mana?"
"Saya out station. Seminggu saja."
"Siapa ganti Encik Zain masa Encik tiada?"
"Encik Mustakim ganti, tapi dia mungkin memberi bahan untuk anda teliti."

Pelbagai soalan lagi berkumandang di kelas yang dirasakan semakin berbahang oleh Yaya. Makin panas dan panas, nafas semakin sesak. Yaya rasa pandangannya makin berpinar dan dia tidak pasti apa yang ditulis di kertas di atas meja di hadapannya itu. Apa yang dia nampak ialah Zain menghampiri mejanya.

"Ya, ada apa-apa masalah? Kenapa saya nampak muka awak pucat?"
"Tak ada apa-apa. Excuse me, saya nak pergi rest room..."
"Ok...ehh....."

Yaya terasa tubuhnya ringan dan melayang bagai kapas di sapa bayu petang...ringan dan ringan...sejuk dan nyaman. Langit biru lazuardi dan awan putih tompok menompok memenuhi langt biru.

"Yaya...Ya!! Feryal...kenapa...!!!"
Yaya dengar sayup saja suara di kejauhan....

Tuesday, October 27, 2009

...peace everywhere...

piece from Najla Amani...
ouchh...piece from Yumee Moon, Prain, Seoul, Korea....terpotong plak piece si Yumee...

Piece from Mike Dhepprathan Hemmuang, Editorial Editor Wallpaper, Bangkok.
Piece from Eom Su-hyun, Hankuk University, Seoul...
Piece from Alice Sung, Team Leader Prain, Seoul, Korea.

Monday, October 19, 2009

Sengketa: Jauh..dan jauh


Hmm..tak suka begini...dia cukup tak suka. Biar berpeluh berpenat di dapur hotel, tak balik rumah pun tidak mengapa asalkan dia tidak dihantar ke luar daerah. Kalau ke luar daerah pun dia masih boleh bertahan kerana rasanya deria hidunya masih mampu menghirup angin nyaman pekan Kuah..ini kalau sudah diarahkan menghadiri persidangan kulinari di tempat yang jauh..apa dah jadi??

Dia akan teringat banyak benda...banyak sangat. Pertamanya orkid yang baru hendak mula mengembang di tepi beranda rumahnya. Keduanya bouganvilla perlbagai warna yang sangat menceriakan hidup. Ketiganya ialah bunga kesidang yang sentiasa kembang serta semerbak harum baunya dan paling dia akan teringat ialah tuan punya pokok bunga kesidang yang sering memandang kepadanya dengan wajah mencuka muncung bersaiz 14 dan mungkin boleh disangkut cawan Noritake di hujung muncung itu.

Biarpun mencuka, dia tetap suka melihat wajah itu. Wajah bujur sirih putih bersih dengan satu tahi lalat tergantung di hujung hidung mancung seolah-olah sebutir bintang yang bergayutan di langit biru.

Hmm...bagaimana mahu dipujuk hati ini. Hendak disapa orangnya mudah melenting. Lagipun jika diikut perkiraan usia, dia agak jauh bezanya dengan tuan punya badan. Meskipun tiada perjanjian akrab, dia tahu tuan punya badan juga ada berkata-kata di dalam hati.

"..customer is always right. Nanti saya beritahu mak.."

Kata-kata itu bersipongan dalam minda, mengganggu tidur dan kadang kala mengganggu urusan harian. Bersalahkan dia menegur gulai masin tempohari. Kalau tidak ditegur, pun rasa bersalah juga.

Ahhh...ditegur salah kalau tidak diberitahu lagi dia rasa berdosa..

"Makcik, saya suka gulai ikan tongkol yang ada timun tu. Kena betul dengan selera saya..makcik ni memang macam ibu saya saja, kalau memasak mesti saya tabik."

"Orang tua Zain, lagipun memasak sajalah yang makcik tahu. Dulu masa pakcik ada kami sama naik belajar memasak. La ni dia dah tak ada, segala ilmunya dah diturunkan pada makcik. Anak-anak semua tak mahu ikut..." ada bunyi sendu di hujung suara wanita yang sebaya dengan emaknya itu.

"Tu...anak perempuan makcik yang selalu ada tu..ke pekerja?"

"Huh...si Yaya tu, bukan tau masak. Dia tahu makan saja. Abangnya lagi makcik tak tahu nak cakap apa..."

"Anak ke?"

"A ah..Yaya dan Fawaz.."

"O Yaya...takkan dia tak boleh masak langsung?"

"Boleh, cuma dia suka main-main. Lain makcik kata, lain pula jawabnya.."

"Budak-budak memang gitu kot makcik.."

"Apa ke nama budaknya, dah besar panjang. Tapi makcik tahu dia ada minat nak memasak. Katanya nak pergi belajar memasak supaya orang tak boleh komplen dia masak.."

Aduss...bagai halilintar memanah bunyi rasanya bila makcik Maisarah berkata begitu.

Diakah yang mengata gulai tempoh hari? Harapnya tidak. Lagipun setiap hari ada ramai yang datang bertamu di situ untuk menjamu selera.

"Saya nak belajar masak dengan makcik boleh?"

"Eh boleh saja. Datanglah bila lapang. Makcik tak ada halangan..."

"Eh biar betul makcik...?"

"Betullah..tak ada petua langsung yang nak disembunyikan.. air tangan lain-lain Zain kalau makcik berikan adunannya.."

"Wah ini sudah bagus...berapa saya kena bayar makcik?"

"Tak ada bayaran, tolong basuh pinggan? Boleh?"
"Boleh! Saya nak..insyaAllah ya.."

Hwaaa..hati lapangnya tapi bila mengingatkan esok dia akan terbang ke Seoul, sebal menjengah tiba-tiba. Hati si emak sudah berjaya dicungkil cuma hati si anak saja yang begitu liat untuk diterokai...

Sabar Zain..tidak mudah memetik bintang di langit zaman. Tambahan pula bintang yang kau mahu petik itu bukan sebarang bintang. Dia bintang kartika emaknya, dia bintang hati abangnya dan dia juga menjadi bintang yang sentiasa menyala kepada dua lagi hati lain...

Phew....rindulah aku nanti! Bagaimana nak menghadapinya..seminggu di Seoul..lama tu...argghh...

Thursday, October 15, 2009

Damn good..

Damn good...my all time fav singer..Roberta Flack..before, now and then...i like her much...tapi tiket dia mahal sangat...RM138 - RM598, maybe x mahal bagi orang lain tapi mahal bagi saya..kalau ada orang nak belanja tak pe la...tu RM138 saya dah boleh sara makan sebulan...lagipun banyak benda lain nak buat dengan duit sebanyak itu..flyers ini pun saya kidnap dari sebuah lokasi rahsia...nampak jer saya terus ambik..nak p tengok konsert dia..ya ampun saya tak sanggup, so simpan poster kecik ni pun jadi le...

Killing Me Softly..
Strumming my pain with his fingers
Singing my life with his words
Killing me softly with his song
Killing me softly with his song
Telling my whole life with his words
Killing me softly, with his song
I heard he sang a good song,
I heard he had a style
And so I came to see him, and listen for a while
And there he was, this young boy, a stranger to my eyes(repeat chorus)
I felt all flushed with fever, embarrassed by the crowd
I felt he found my letters, and read each one out loud
I prayed that he would finish, but he just kept right on(rpt chorus)
He sang as if he knew me, and all my dark despair and then he looked right through me as if I wasn't there
And there he was this young boy, singing clear and strong(repeat chorus till fade)
Strumming my pain with his fingers
Singing my life with his words
Killing me softly with his song
Killing me softly with his song
Telling my whole life with his words
Killing me softly, with his song
I heard he sang a good song,
I heard he had a style
And so I came to see him,
and listen for a while
And there he was,
this young boy, a stranger to my eyes(repeat chorus)
I felt all flushed with fever, embarrassed by the crowd
I felt he found my letters, and read each one out loud
I prayed that he would finish, but he just kept right on(rpt chorus)
He sang as if he knew me,
and all my dark despair and then he looked right through me as if I wasn't there
And there he was this young boy, singing clear and strong(repeat chorus till fade)

Saya boleh dengar KMS berpuluh kali, malah beratus kali tanpa bosan...

Tuesday, October 13, 2009

Sengketa: Berangan...(Faris & Amin)

FAWAZ setuju, dia sudah buat perjanjian dengan abangnya. Tiga tahun saja. Selepas itu Fawaz boleh jadi apa saja yang diinginya. Dan dia akan cuba sekerap mungkin balik menjenguk emak di pulau kaya sejarah itu, pulau kesayangannya, pulau yang mencatat seribu warna dan paling penting pulau yang dihuni oleh ramai orang yang disayanginya dan ingin selalu dimiliki dalam hidup...eh benar ke Yaya begini? Bunyi macam melankolik benar...cehh! Tak boleh jadi. Yaya mesti kuat pendirian, Yaya mesti teguh jiwa dan Yaya mesti maju ke depan, bukan gostan ke belakang.
Petang semalam imbasan Faris dan Amin muncul di minda. Rakan baiknya itu juga entah ke mana. Selepas habis sekolah teknik, semua ghaib. Yaya putus hubungan dengan Faris dan Amin. Lama tak jumpa dua saudara kembar tu. Faris Amir Hamzah Al-Hadi dan Amin Maliki Yusof Al-Hadi. Dua kembar seiras tapi perangai berbeza amat begitu juga nama yang langsung seakan tiada kaitan darah daging...
Kali terakhir Yaya bergelandangan dengan Faris dan Amin ialah dua minggu lepas...(Laa...dua minggu jer...ko kekwat la Yaya..hehe..sendiri ingat la kutuk diri sendiri..) masa tu masing-masing dok merencana apa yang nak dibuat selepas habis sekolah.
"Yaya, ko jadi ke nak proceed jadi tukang masak?"
"Eh jadi, mak aku dah bagi lampu hijau. Aku mesti sambung warisan mak aku...dia mesti suka walaupun aku tau dia masih main tarik tali dengan aku..."
"Kenapa ko kata mak ko main tarik tali pulak?"
"Dia kata tak de orang nak jaga kedai kalau aku blah. Abang aku dia tak mau sebab Fawaz tu jenis ghaib..suka hilang kat galeri kat pekan..susah kalau takdak orang nak jaga kaunter.."
"Ooo gitu ke?"
"A ah la..ko nak buat apa Faris? Amin?"
"Kita sama-sama lah masuk sekolah tu," ajak Faris pula
"Nak? Aku setuju. Lagipun ingat tak kita punya mimpi basi nak buka kedai steak...hahahaha..."
"Oii ko nak buka kedai stik dengan apa? Ko ingat kapital nak buka kedai macam tu lima puloh hengget je ke?"
"Piirahhh...wakakakakaka"
Sebelum beredar balik, stik di pinggan licin bersih..ketiga-tiganya membuat waadat untuk sama-sama susah senang dalau dalam apa jua perkara.
Ketika hendak melintas jalan menuju ke setesen bas, Yaya terpandang satu wajah yang hampir0hampir membuatkan dia berasa darahnya menggelegak tetapi nyaman...cehh..macam mana tu??? Menggelegak tapi nyaman...mengarut!
Kau lagi..senang hidup nampak...kau ada je di mana saja aku ada...cehhhh!

Sunday, October 11, 2009

Sengketa 4: Hati..kalaulah

Ikut rasa binasa, ikut hati mati...semalam dia tidak sempat merenung puas-puas wajah mongel bertahi lalat sebiji itu. Mencuka sungguh wajah kepada tuan empunya diri. Sudahlah beberapa hari dia terpaksa meninggalkan pekan Kuah untuk ke tanah besar, ingatkan dapatlah merakam minda dengan senyum itu..senyum yang mahal sungguh untuk dipinta..tapi semuanya hampas...nasib baik kopi yang diteguk jejak ke dalam, kalau tersembur keluar kerana terlalu manis seperti hari itu..tentu akan berlaku perang besar. Mungkin dia sudah tidak berpeluang melihat belakangnya pun.
Meskipun pungguk sudah lama merajuk lantaran bulan tidak muncul, dia tetap tidak boleh melelapkan mata. Kerjanya sentiasa tidak habis. Sentiasa dalam uniform. Dengan topi putih tinggi dan baju seakan kapten berbutang hitam dan apron yang sentiasa perlu dipakai, mampukah dia mencuit hati yang sudah lama mengocak kedamaian perasaannya.
Dengan rutin yang selamanya di dapur, dia tidak tahu masa depan yang akan di hadapinya. Hujung minggu ini dia akan ke Kuala Lumpur untuk bertemu Mustakim, berbincang mengenai 'kuliah' yang bakal dia kendalikan.
"Zain, kau datang sini, kita bincang. Ada banyak perkara yang aku nak minta tolong kau buat. Kau mesti boleh buatnya," Mustakim senyum nipis.
"Susah nak dapat cutilah Mus. Kau tahulah, dapur aku tak jalan kalau aku tak ada.."
"Alahai, ramai lagi tukang masak boleh buat ais krim dengan toping blueberry tabur coklat rice tu...ke ada orang yang nak makan hasil tangan kau saja?"
"Eh tak la..tapi bos aku susah nak lepaskan aku...katanya air tangan aku dan orang lain x sama. Kalau nak masuk meeting pun satu hal, dia tau aku jenis yang prepare...laju je dia tolak aku masuk bilik meeting. Kalau aku tak de, dia yang tenat..."
"Oklah kalau gitu, kau cari masa sesuai..turun KL. Aku tunggu je. Ok Zain.." Klik!
Perbualannya dengan Mustakim terhenti di situ. Mustakim sudah banyak kali mengajak dia turun ke Kuala Lumpur. Ada projek besar katanya..tapi dia begitu sayang untuk meninggalkan pulau bersejarah ini. Pulau yang menyimpan seribu rahsia dan mencetus seribu kedamaiannya.
Paling mengujakan apabila melihat bouganvilla mula berbunga lebat mewarna hari. Ada putih, merah dan pelbagai. Walaupun sekadar bunga kertas, ada rasa tenang merenung warna alam itu.
Hati, tidak bolehkah kau melupakan dia walau sedetik...

Keputusan perlu diambil...dia tak boleh lagi buang masa. Minggu depan kena lapor diri...sama ada mak bagi atau tidak...dia kena bertegas.
"Abang, Yaya nak sambung belajar..."
"Eh baguslah..abang suka kalau Yaya belajar tinggi-tinggi..sampai ke awan biru.." kata abangnya yang leka memerhati buku seni.
"Abang, Yaya serius ni..."
"Abang pun..."
"Abanggg!!!"
"Yaaa...Yaya, kenapa ni? Nak cakap apa?"
"Abang jaga kedai. Tolong mak, Yaya belajar tak lama, kursus jangka pendek je. Lepas tu kalau abang nak jadi Fawaz Badak ke, Fawaz Kucing ke , jadilah..Yaya dah tak kacau abang lagi..hehe?"
"Eleh....sungguh ke ni?"
"Sungguhlah.. Yaya tau Pakcik Usop Gajah mesti suka kalau abang jadi pelukis kan..."
"Ek..?"
"Yup.."
"Deal..."
Ding dong...! Hati lapang bagai kupu-kupu comel menghisap madu...eh betulkan Fawaz tiba-tiba jadi setuju dengan permintaannya...musykil neh...

Saturday, October 10, 2009

Sengketa 3..bunga pun berputik...

Mak ni kan..lagi-lagi nak suruh Yaya kerja kat kedai mak. Bukan Yaya tak mahu, tapi Yaya nak kutip ilmu dulu. Yaya nak belajar tinggi-tinggi sampai tak ada orang boleh komplen masakan Yaya.
"Ya, belajar masak dengan Mak sajalah..." suara Emak syahdu saja di hening malam sunyi. Angin sepoi-sepoi bahasa dari pekan Kuah bertiup lembut. Kegelapan malam mula bermaharajalela. Tiada pelanggan lagi yang singgah minum di kedai emak. Mungkin kerana
mereka fikir emak sudah hampir tutup kedai.
“Bukan Yaya tak mahu Mak, Yaya memang suka buat apa yang mak buat sekarang. Yaya nak jadi macam mak. Perniagan makan minum ni memang dah jadi darah daging kita, dah jadi kerja keturunan kita, warisan keluarga kita. Pakcik Tajudin pun suka kalau Yaya kata Yaya nak jadi macam mak, Yaya nak ada kedai macam mak..tapi konsepnya lain sikit..” balasnya pada emak sambil mengelap meja.
"Habis tu Yaya nak tinggal mak jaga kedai ni sorang-sorang? Mana nak masak? Mana nak selia kedai?"
"Abang kan ada. Alah abang tu mengada-ngada saja nak kerja kat galeri di Kuah tu. Bukan banyak pun dia dapat, kecuali dia jadi pelukis macam Pakcik Usop. Yaya tau Pakcik Usop tu dah taraf dunia tau mak. Kalau mak tanya Usop Gajah, semua orang kenal," dia masih tidak menemui jalan penyudah untuk menyedapkan hati mak.
"Usop Gajah tak gajah, mak tak akan paksa abang kau jaga kedai. Kecuali kalau Yaya yang duduk di kaunter duit, mak percaya."
"Sama je mak, abang Fawaz tu pun anak mak juga kan. Yaya pun anak mak juga.. nanti Yaya bitau abang. Yaya slow talk sama abang, mak setuju ek..serah pada Yaya..mesti abang setuju."
Ketika dia hampir siap mengelap meja terakhir, sebuah kenderaan pacuan empat roda mencicit kuat di hadapan kedai. Dia dan emak tergamam melihat siapakah empunya diri yang berhenti mengejut di hadapan kedai sehingga hampir-hampir melanggar pasu bunga mawar kesayangan emak dan pangkal poko bunga kesidang kesayangannya sendiri.
"Huh..sapa tu mak. Orang dah nak tutup kedai baru terhegeh-hegeh nak datang..buang karan jer..malas Yaya nak layan."
Dia cepat-cepat masuk ke dalam untuk menyelesaikan basuhan pinggan yang masih bertimbun di dalam singki dan bekas memasak lain yang perlu dibersihkan. Pelanggan terakhir itu (kalau boleh dianggap terakhir) biar mak saja yang urus. Bosan dia nak menghadap pelanggan malam-malam, nak-nak lagi fikirannya mula berserabut mengingatkan Fawaz yang suka nak jadi pelukis.
Tiba-tiba emak masuk dan mula membuat secawan kopi. Nampak macam beria-ia mak mengacau kopi.
"Yaya, bawa kopi ni keluar. Hantar kat meja depan tu. Mak nak tengok nasi dah masak ke tak..."
"Mak, Yaya basuh pinggan ni. Sekejap ya.."tak sampai hati pula dia nak berkata tidak kepada emak yang nyataa keletihan.
Siap membersihkan tangan, dia mencapai piring untuk dilapik kopi gelas besar. Bau harum kopi semerbak meresap ke hidung, memang segar. Isyarat bau kopi serta merta membuatkan mata Yaya kembali tidak mengantuk. Cehh cepatnya kopi ni buat aku segar..heh sapalah nak minum kopi kaw malam-malam buta.
Arghhh...ampun sungguh...si mamat tocang tu lagi, tersandar lesu di kerusi kayu. Bosan dia melihat muka seposen itu, muka berlagak. Hatinya masih mendidih apabila mengingatkan teguran gulai masin tempohari. Celupar sungguh mulut manusia itu. Namun peristiwa kipi manis sedikit sebanyak membuatkan Yaya kembali normal. Dendam berbalas sudah tapi bagaimana pula dengan hatinya yang pernah menjadi mangsa kopi panis???
"..ni kopi ya.."
"Owh ok..terima kasih. Siapa yang buat kopi ni?"
"Mak yang buat.."
"Ok, kalau emak Yaya yang buat, saya minum."
"Kenapa lak cenggitu? Ingat kalau saya buat tu saya letak racun eh?"
"Eh bukan, kalau Yaya yang buat, saya nak minta Yaya minum dulu..supaya kita dapat kongsi kemanisannnya..."
Bluekkkk...benci! Rupa-rupanya dia masih ingat aku tumpahkan gula lima sudu besar dalam segelas kecil kopi dulu..memang aku salah tapi kalau kau tu, mulut tak ada insuran..siapa nak jawab.
"Hmm...saya tak buat, mak yang buat kopi ni. Kalau tak percaya, saya boleh minum..."
"Ehh tak pe, tak pe...saya percaya. Tapi kalau nak teman saya minum, my pleasure...!"
"No thanks...banyak kerja kat belakang..."
"Ok dear..."
Ampun kalau dapat pelanggan macam ni. Yaya menapak ke dapur dan berselisih dengan emak di ruang pintu. Grr.....
Makkkkkkkkkk!!!!!Kenapa suruh Yaya hantar kopi tu, Yaya tak suka tengok dia, dia dah jatuhkan maruah Yaya depan orang ramai pasal gulai tu..mak tak faham ke. Zain!! Aku tak akan lepaskan engkau begitu saja...tunggu, hari pembalasan akan tiba...lambat atau cepat saja.
Ketawa emak dan Zain menyusup halus ke pendengaran dan hatinya tambah sakit dan semakin kritikal pula kemarahannya itu...

Yang saya suka..

Cuti hari raya dah selesai tetapi saya masih lagi teringat-ingat kegiatan anak-anak buah saya di rumah tua kami di kampung, rumah yang didiami bonda saya yang semakin uzur dengan ditemani kakak dan dan anak-anak buah saya, Khaleeda, Khadijah, Aisyah dan Ashraff. Tidak ketinggalan cik kucing tak bernama yang sering jadi mangsa lanyakan Ashraff...kesian ko cik cing...selalu kena buli tapi maintain kejelitaan..:-)tengoklah post cantiknya tu...
Kawasan hadapan rumah kayu kami..itu yang nampak jendela itu adalah rumah jiran..taman klasik milik kakak dan bonda saya..nampak tak dua ekor bangau menjadi penjaga taman tapi silap gaya patah leher bangau kena tunggang Azffar Ishraff, Ahmad Ashraff dan Mohd Shakir Adli. Si baju biru tu Ishraff@Ee..kita tengok apa dia buat malam nanti dan esoknya.
(R) Najla Amani, NurAishah, Intan Khadijah dan Shakir Adli. Semuanya plastik bila saya halakan kamera..siap buat lambang piece lagi...lepas tu.."Mummy kita nak duit raya.." bila sorang cakap, semua akan cakap.."
Bila malam, seronok main mercun depan taman, esoknya kakak saya bising sebab ada pokok bunga dia kena bakar mercun budak-budak ni..cheewahhh maintain si Najla main mercun sampai berasap-asap...kalau arwah bapak saya (Sidi) ada tentu mereka tak merasa main sebab Sidi garang...nasib le korang...
Aishah dah siap mandi, ready nak p main bunga api..tengok pipinya, minah ni memang suka main bedak...mamanya kata, esok kalau nak kahwin kena cari anak tokei bedak..,mwahahah...nak tergelak saya dengar...err ada ke anak tokei bedak ni eh..ke tokei bedak sejuk..
Hahahaha..yang ni lagi best..siang hari dialah paling cergas main sana sini tapi bila tang main mercun, dia cepat-cepat melompat atas dukung babah dia..takut mercun rupanya Ee..puas suruh main tapi dia trauma bunyi mercun meletup..
Konon-kononnya dia soranglah yang berani main mercun memalam buta..dia tak tau sekeliling tu ada apa..itulah namanya budak-budak, tak pernah letih dan tak pernah ambil kira mara bahaya...main je la kakak oii...
Huhu..mandi time...semua macam sebulan tak jumpa air..waktu dia orang mandi ni baru jam 7 pagi, lepas bangun tido semua terus hala ke luar and pasang kolam plastik...kakak saya dah puas jerit cakap nanti tunggu pukul 10, haram semua buat tak tau...korang besar esok mummy nak jual gambar ni...heheHehe..saya Ahmad Ashraff, meh la mandi sama saya...
Wonderpet! Wonderpet! Kami datang..kami nak main air..kami nak main air..antara lagu yang saya dengar salah seorang daripada badak air kecik ni nyanyi...wonderpet! Hehe..

Sunday, October 4, 2009

sweet things...

This is something from Koko Bistro...coklat from Lembaga Koko Malaysia...delicious..
As usual..i like these sweet things...ada macam-macam jenis..separuhnya saya dah 'telan'...jangan jeles..hidup saya sentiasa manis and manis...makan coklat, tidur coklat, mimpi coklat..sakit hati pun coklat..apa lagi...boleh tak coklat dijadikan bom??? Hahahaha...bombastik laaa...!!!

Rendang campak-campak

Hi..im back..lama x apdet..sorry...saya sibuk date sama itu Zain and Amin..hehe..ok..saya sempat belajar masak sama itu mamat penyibuk dua orang tu...sebenarnya saya menemankan budak Yaya kekwat tu..so sambil teman dia, saya sempat salin resipi and try buat kat rumah..semua bahan saya main agak-agak jer...jadi tak jadi belakang kira, janji ada rasa rendang..
Kenapa saya namakan rendang campak-campak? sebabnya x ada resipi khusus, saya curi-curi pandang saja masa Zain masak...dalam kuali penuh minyak tu adalah daun kunyit, serai yang ditik dan daun limau purut. Saya taruk jer bebanyak sebab Zain kata, kalau nak bau sedap bubuh daun herb tu suka hati banyak mana...
Bawang besar pun dekat 1 kilo saya bantai..dimayam, jangan mayam jari pulak..bawang saja tau..

Daging yang saya dah potong kecik-kecik...tapi penuh dengan urat yang tak dikehendaki..buhsan tul la daging ni..
Cili kering yang diblend..kalau digiling lagi best..chef kita kata kalau digiling more aroma akan bangkit masa menumis...ya ke? I never try that...batu giling pun x dak...
Hah..dah campur semua ni...ouchh lupa nak ambik pic santan yang dituang ke dalam kuali ni..Ahh..kira jadilah ya...hehe..(G..ampun tetiba ko bertukar jadi Zain..)kwang3x..ala hidup dalam blues kan...eh purple laa...
Hmm...dah siap pun..rendang campak-campak ni kata Chef G plak, tahan lama..katanya tak berkulat walaupun di simpan pada suhu bilik..saya nak try..kalau berkulat saya cari Chef G untuk jadikan dia sendiri macam rendang..., janji ada rasa rendang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...