
don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...
Monday, June 14, 2010
Delicious...

Sunday, June 6, 2010
bola..
Nama saya Adam..




Wednesday, June 2, 2010
Melaka...




angkasa..one
Saya selalu berangan apa ada di bulan...nenek saya kata ada nenek kebayan..mak saya pun kata begitu ketika saya zaman kanak-kanak dulu...kononnya nenek kebayan akan kidnap budak-budak nakal dan jahat yang tak mahu dengar cakap mak bapak (sayalah tu...).
Bila saya renung ke bulan, saya nampak seperti nenek kebayan sedang mengukur kelapa..ntah macam mana rupabentuk itu termuncul dalam kepala otak saya..kakak saya pulak kata dia tak nampak apa-apa..cuma nampak benda bulat berwarna putih and ada cahaya...gitu jer..lagi saya hairan..bila masuk sekolah saya sudah mula faham apa itu bulan, di mana bulan dan kenapa manusia pergi ke bulan...tiba-tiba baru-baru ini saya mendapat peluang mendengar cerita mengenai bulan daripada seorang individu yang pernah terbang ke bulan..dan dia ada di bawah ni..
Hello! hello...kenal tak siapa dalam pic ini..cuba tengok betul2! tengok lagi..oleh sebab dia adalah angkasawan, maka saya tepek pic dia di sini...tu sambil bersalam dengan tuan-tuan polis...kenal tak..?
Hokeh..Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor semasa lawatan ke Sekolah Henry Gurney...saya pun ada di situ..ingat nak bergambar dengan dia si angkasawan tapi saya tengok muka dia dah penat...sian plak..tak yah le..len kali jer..
Bila saya renung ke bulan, saya nampak seperti nenek kebayan sedang mengukur kelapa..ntah macam mana rupabentuk itu termuncul dalam kepala otak saya..kakak saya pulak kata dia tak nampak apa-apa..cuma nampak benda bulat berwarna putih and ada cahaya...gitu jer..lagi saya hairan..bila masuk sekolah saya sudah mula faham apa itu bulan, di mana bulan dan kenapa manusia pergi ke bulan...tiba-tiba baru-baru ini saya mendapat peluang mendengar cerita mengenai bulan daripada seorang individu yang pernah terbang ke bulan..dan dia ada di bawah ni..


Hokeh..Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor semasa lawatan ke Sekolah Henry Gurney...saya pun ada di situ..ingat nak bergambar dengan dia si angkasawan tapi saya tengok muka dia dah penat...sian plak..tak yah le..len kali jer..
sunyi...





mandi...
Hei..sapa takut air, tak mau mandi..boleh jadi sedara atau sepupu sepapat cik kam...kambing...tengok ni..si kecik ni main air macam dia punya air terjun ni...
Saya tengok dia renung air yang berderu-deru dengan seronok...rasanya dia pakai seluar sekolah tu..
Dia sliding dari atas..ngeri saya kalau-kalau dia tersagat batu...
Nampaknya tiada sebarang masalah pada dia...zaman kecil kan..tiada sebarang masalah yang nak dipikir dalam kapala otak..biar mak bapak je yg ambik tahu pasal bende2 tu semua..
Selalunya saya lihat air terjun ini dari tepi hiway saja, tapi pasa suatu hari tu...ada orang ajak saya pergi meronda kat situ..memang sejuk berlegar-legar dan saya pun mulalah nak mereka-reka cerita..mesti ada pari-pari pada waktu malam turun mandi manda di air terjun ini..heh!




rama-rama dia...

Okeh..hari tu saya sempat singgah di Kuala Woh Hot Spring ketika dalam rangka bekerja. Walapun x berendam dalam air panas tu, saya merasa juga hangat air sungai tu masa berdiri tercegat sekejap sambil benam kaki dalam pasir..hoho...memang ada current kat kaki...kalau letak telur musti jadi telur masak separuh...
Dalam dok tercegat, saya nampak ada seorang budak lelaki sibuk dok tangkap rama-rama dengan galah panjang. Dia kalau tak silap saya adalah budak lelaki orang asli yang tinggal berdekatan.
"Dah berapa ekor dapat?"
"Dua..."
"Nak jual pada sapa?"
"Tokei.."
"Berapa harga sekor?"
"20 sen...kalau sayap koyak atau patah, tokei tak mahu..."
"Ya ke..selalu satu hari dapat berapa ekor?"
"Tak tentu.."
Walaupun dia bersembang dengan saya, tangannya sibuk mengeluarkan seekor rama-rama spesies white rajah dan sayapnya sedikit koyak. Saya nampak wajahnya ada secalit muram dan terus melepaskan rama-rama yang patah sayap itu...
...tiba-tiba saya teringat kalau di KL, nak masuk tandas kena bayar 30 sen atau 50 sen...saya tidak tahu sama ada nilai berkenaan murah bagi kita dan sangat berharga kepada budak lelaki itu..inilah hidup yang kita terpaksa alaminya dalam dunia penuh peraturan buatan sendiri ini...gitu ke?
Subscribe to:
Posts (Atom)