don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...
Sunday, April 24, 2011
Fullhouse
Madeleines
Choco Ball
Kalau ada birthday party for kids, mesti kanak-kanak suka choco ball ini...anyway thanks Azli...resipi ini mudah dibuat. :-)
Green Tea Layer Cake
Kebetulan, saya baru terjumpa kedai yang menjual keperluan untuk membuat kek di kawasan kediaman saya dan kedai berkenaan ada menjual serbuk green tea, so saya berasa seperti nak borong satu kedai serbuk green tea itu. Kerana teruja dengan serbuk berkenaan, terus jadi member kedai yang bernama BIS..ntah apa maksud, hanya tuan punya kedai saja yang tahu. And i complete my day with 3 recipes...lagi dua is madeleine and rum ball...next entry.
Wednesday, April 20, 2011
Cuppycake
Selamat bertunang kepada Hafizah dan Imran, rasanya cup cake ini akan dibawa balik ke Kuala Terengganu..ok lah sebab saya dah letak dalam bekas kecil dan memudahkan Nazura membawanya.
Thursday, April 14, 2011
Master Chef...
Saya suka berangan..mimpi di siang hari kata orang. Saya kira anda juga pernah berangan atau anda memang suka berangan seperti saya? Kuat berangan dan suka berangan ada beza kan?
Suka berangan maybe berlaku apabila anda mengidamkan sesuatu yang tak mungkin tercapai seperti nak terbang seperti pari-pari (nonsence!!) dan kuat berangan pula saya kira angan-angan untuk mencapai sesuatu yang sudah lama diidamkan..well we never know..you work hard and you deserve...so do it girls..the choice is in your hands..
Kenal tak lambang apa ini? Cuba teka?
Hihi..its a Master Chef icon...i went to MC press conference last week in Bangsar...and of course i like to dream about want to be a Master Chef which is mengarut selama-lamanya kerana saya tiada pengalaman memasak peringkat antarabangsa, saya cuma memasak di dapur sendiri, memasak untuk KA, memasak untuk keluarga kecil saya, memasak untuk emak saya dan memasak untuk diri sendiri...
Akan tetapinya saya ada pengalaman menemubual chef besar seperti Chef Wan, (Datuk Wan), Chef In Black @ Chef Emanuel Estroban dan chef pastri serta chef eksekutif di hotel besar kerana lapangan kerja saya memberi saya akses mudah untuk bertemu mereka...
And that day, i met Chef Johari Idrus or so called Papa Joe and Chef Zubir yang kedua-duanya berpengalaman luas dalam bidang masakan.
Ok dear, jom jamu mata dengan cup cake comel yang saya tak makan pun sebab masa saya menghadiri pc MC ini, saya baru saja balik dari Akademi Pastri Malaysia...burp! Hihi...
Suka berangan maybe berlaku apabila anda mengidamkan sesuatu yang tak mungkin tercapai seperti nak terbang seperti pari-pari (nonsence!!) dan kuat berangan pula saya kira angan-angan untuk mencapai sesuatu yang sudah lama diidamkan..well we never know..you work hard and you deserve...so do it girls..the choice is in your hands..
Chef Hong @ Cake Boss
*********************************************************************************
OK, for those who interested to bake, pls alert!!!
There will be two intakes for the Art of Cake Making and Designing Certificate Program – 30th April 2011 and 2nd July, 2011. Course fee is RM 3,800.
Other programs offered at the Academy include:
* Basic Certificate Program in Pastry and Bakery (3months, full time) (RM 10,600 onwards)
* Weekend Professional Course (12 weeks) (Sat & Sun) (RM5,000)
* Weekly short classes (RM 250 onwards)
For more information, please visit: www.pastry.com.my or call: 7960 3846/ 7960 3848.
Fondant...
Fondant kek antara yang membuatkan saya cukup teruja untuk mengambil kursus jangka pendek membuat kek atau roti di Akademi Pastri Malaysa di PJ. Kesempatan membuat kunjungan ke akademi berkenaan memang mengetuk-ngetuk minda saya supaya mengumpul duit untuk membiayai diri sendiri supaya mengambil kursus membuat roti dan kek khususnya roti Perancis kerana rasanya mempunyai perbezaan dengan roti Malaysia. Mungkin perbezaan bahan membuatkan rasanya lain, namun keduanya saya gemari asalkan namanya roti. Kalau roti kampung, saya suka roti kukus (kalau bahasa persuratan disebut pau). Di kampung saya disebut roti kukus yang intinya ada diletakkan kelapa, kacang hijau atau kacang merah. Ada juga inti kaya. Dulu, ketika saya bersekolah rendah, ada seorang Bai bermata biru, suka makan sirih, sambil mengayuh basikal keliling kampung, datang jual roti, kaya, ais krim etc. Dan bagi saya, kaya warna pink yang dijual cukup enak...sampai kini saya masih terbayang mata biru Bai penjual roti itu...hihi..
Kek fondan berhias bunga lily (eh betul ke bunga lily, anyone pls correct me if im wrong...)yang dihasilkan oleh Chef Hong di Akademi Pastri Malaysia.
Cantik sangat kek ini..kombinasi biru dan silver amat menarik...
Nikmatinya...kalau saya dapat kek seperti ini, harus saya letak dalam balang kaca dan x akan potong sampai bila-bila..gilos! Hahaha...demi sukanya kepada kek iteww...
Barbie doll in fondant...so cute!
Owhh so delicious and yummy and cutie!
Sebijik macam real!!
Bee..i like this!
Hihi...bee..

Waterfall...
Sugar craft
Dulu, ketika kecil, saya cukup kagum melihat sepupu meletakkan dua tiga kuntum bunga ais krim di atas kek royal aising. Saya dan kakak memang takjub melihat bunga berkenaan, lagaknya macam bunga berkenaan sangat aneh dan pelik walhal oleh sebab ia cantik saja makanya kami tidak berkelip melihatnya. Tapi kini macam-macam teknik ada untuk buat bunga gula.
Antaranya yang di atas ini, gula boleh dibentuk menjadi bunga, malah pelbagai lagi. Janji ada alatan canggih, semua benda boleh dibentuk daripada gula.
Pastikan gula sentiasa diletakkan di bawah heater supaya lembut dan senang dibentuk.
Student Akademi Seni Pastri Malaysia sedang membuat kelopak bunga daripada gula. Sekali lagi saya dilanda kekaguman...
Dan seperti biasa, saya pun mulalah berangan untuk ambil short course di sini..
Kelopak bunga yang sudah siap daripada gula, tunggu untuk digubah saja...
Lunch surprise @ Malaysia Pastry Acad...
First time i heard about Malaysia Pastry Academy was last year when my Editor asked me to write about the MPA. Without delay, i checked the email that she forwarded to me and saw the pic too. And it was great because i like baking...so that i make a wish to have a chance to visit the MPA. And last week, (like a dreams come true, editor saya hantar suruh buat coverage) during lunch time, i took a taxi to PJ, purposely to attend a sesi pengenalan of Cake Boss @ Chef Hong at MPA.
It was a bit early when i arrived there. 2 sweets lady, Jade and Hanne guide me to visit MPA area. Thought im really lucky because they brought me to a room whose someone did a gula tarik..masa tu one of a full time student sedang buat gula reben and i never hesitate to try that when Hanne offered me to try...o my...bestnya rasa. Itu jam juga saya berangan nak ambil part time course after i finish my fine art course..btw, tengah hari itu saya rambang mata melihat pelbagai pastri menyelerakan di atas meja untuk dinikmati...next entri nanti saya akan beritahu apa kos yang ditawarkan dan bagaimana caranya..jamu mata ya...ini semua saya cuba dan rasanya...burp!
Macaroon purple..inti strawberry rasanya. Lazimnya saya hanya suka menikmati macaroon dengan mata saja kerana ngeri akan kemanisannya, tapi macaroon comel di MPA ini tidak boleh dinafikan kejelitaannya menyebabkan saya memakannya sebanyak dua ketul...sangat enak.
Yang ini saya tak pasti spesies apa...like a crab but pretty sure the taste is yummy...
croissant ini pun sangat menggoda. Tak ada sosej pun, tapi rasanya membuatkan saya makan sebanyak dua..hihi jangan marah...

Cream puff yang sangat lazat. Gebu dan menggiurkan, rasanya pun comel sangat! Alangkah bagusnya kalau saya tahu macam mana nak buat cream puff comel ini.
Mini pizza, cute!
Ada pelbagai finger bread, ada poppy seed, ada chilli, ada cheese etc. Pastri yang ada sosej tu saya makan banyak, kenapa banyak, sebab ia enak...heaven sungguh lunch saya di MPA.
It was a bit early when i arrived there. 2 sweets lady, Jade and Hanne guide me to visit MPA area. Thought im really lucky because they brought me to a room whose someone did a gula tarik..masa tu one of a full time student sedang buat gula reben and i never hesitate to try that when Hanne offered me to try...o my...bestnya rasa. Itu jam juga saya berangan nak ambil part time course after i finish my fine art course..btw, tengah hari itu saya rambang mata melihat pelbagai pastri menyelerakan di atas meja untuk dinikmati...next entri nanti saya akan beritahu apa kos yang ditawarkan dan bagaimana caranya..jamu mata ya...ini semua saya cuba dan rasanya...burp!
Subscribe to:
Posts (Atom)