don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Wednesday, April 14, 2010

Hari ini, empat tahun lalu...

Alhamdulillah..saya sudah lama tidak membuat catatan di sini. Hari ini, 15 April..saya kembali seketika ke suasana empat tahun lalu..pada hari bulan yang sama..15 April 2006, jam 3pm..saya baru saja discharge dari wad di HUKM selepas operation..ngilu pisau masih menggigit di kawasan torehan. Saya hanya berbaring di rumah sementara menanti pulih sepenuhnya dari pedih pembedahan. Dan sembilan jam selepas itu, ayahnda saya kembali ke rahmatullah selepas terlantar selama empat hari di pembaringan beliau yang cukup empuk katanya, tilam kekabu kemek berwarna hijau lumut dan bantal nipis yang juga daripada kekabu yang emak saya hasilkan.

Jam 5 pagi saya bergegas ke KLIA mencuba nasib kalau2 ada tiket MAS ke KB yg tidak diisi pelanggan. Ada lima waiting list dan saya yang ke 4 & 5 bersama KA. Alhamdulillah, Allah mendengar bisikan hati saya untuk menatap wajah arwah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan PM selepas Zuhur. Saya tiba di rumah jam 3pm (24 jam selepas discharge) dan saya tidak berasa sakit langsung akibat pembedahan sebaliknya berasa ‘sakit yang amat’ kerana tidak sempat berada di sisi beliau ketika beliau di pembaringan.

Tiba saja di rumah, saya duduk di sisi pembaringan beliau yang abadi. Duduk dan menangis sepuas hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi...beliau sudah tidur dengan lena. Kalau saya meratap sekalipun beliau tidak akan bangun mengusap rambut saya..kalau saya meronta sekalipun beliau tidak akan bangun menenangkan saya. Bahkan kalau sedu sedan saya nyata sekalipun, beliau tidak akan bangun untuk berkata-kata kepada saya supaya bersabar menempuh halangan dalam hidup.

Imbas lagi kepada dua hari sebelum nyawanya diambil Ilahi, beliau bangun menggagahkan diri untuk mandi, membersihkan diri, memotong kuku kaki dan tangan, membersihkan janggut dan misai yang mula meliar. Semuanya dirapikan sendiri tanpa pertolongan emak saya. Kata emak saya, beliau hanya meminta pertolongan ketika ingin melangkah menaiki tiga batang anak tangga menuju ke pembaringan beliau saja.

Dan beberapa jam sebelum menghembuskan nafas yang ke terakhir, beliau memberitahu emak saya bahawa masa beliau sudah tiba untuk kembali ke rumah asal, yang sudah disediakan untuknya.Satu jam sebelum hembusan akhir, emak saya sudah bersedia ketika Doktor memberitahu darah tidak mahu lagi mengalir memasuki pembuluh darah beliau, jarum seolah tumpul untuk menusuk kulit tua itu, pembuluh juga seakan berselirat justeru tiada sebarang titisan air atau darah dari kantung plastik ke dalam jasad beliau.

Emak saya kata, dia tahu, sebab itulah dia sudah bersedia dengan surah Yassin di dalam genggamannya. Emak saya tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana beliau sendiri sudah sangat bersedia untuk kembali ke sana. Dengan ketiadaan kami berlima di sisi, emak saya menjadi begitu gagah menghadapinya kerana dia melihat arwah seperti bersiap sedia untuk tidur lama dan tak akan meminta atau berpesan lagi supaya dikejutkan sebelum Subuh. Tiada tangisan apatah lagi titisan...

Selepas jam 5 petang, kami empat saudara perempuan tidak menapak ke kawasan perkuburan kerana tidak sanggup melihat beliau ‘berpisah’ dengan kami walaupun kami akan sentiasa mengunjungi beliau di waktu pagi ketika embun masih belum kering di hujung daun dan ranting. Beliau ‘tidur’ di bawah sepohon pokok ara yang besar dan rendang, bayangnya pohon cukup untuk meredupkan kawasan istirehat beliau. Di sebelah kanan beliau adalah moyang saya dan di sebelah kiri beliau pula arwah nenek saya.

Seminggu selepas tarikh kehilangan arwah, emak saya berkemas semua pakaian arwah untuk disedekahkan kepada sesiapa yang berhak. Emak saya terjumpa baju terakhir yang arwah pakai, sehelai t-shirt berwarna kuning air tetapi sudah carik kerana ia digunting oleh pengendali jenazah sejurus sebelum arwah dimandikan.
T-shirt berkenaan tidak diloloskan dari jasad beliau sebaliknya digunting dengan elok dan ditarik perlahan-lahan (saya kira begitulah pakaian itu dilucutkan dari jasadnya) untuk memandikan arwah.

Saya dan empat saudara mencium puas pakaian berkenaan, bau badan arwah masih melekat di situ, masih kuat baunya dan kami berasa dekat dengan beliau walaupun beliau tiada bersama kami sampai bila-bila. Alfatihah kepada ayahnda saya, Shafie Mohd Nor..

7 comments:

anil lutaze said...

sedihnya kak..bergenang air mata kita T_T

Shasha said...

Anil..thanks..

ila-ali said...

syekdah, mcm boleh bygkan suasana empat tahun lalu..sedih!

Shasha said...

Ila..sekarangpun dia masih ada di mana-mana di dalam rumah tu..terutamanya di sofa buruk tepi dapur depan telaga, itu kira macam stesen dia lah, potong kuku, baca sokkaba, minum milo, balik keje...itu port kegemaran dia

Zia Ul Haq said...

bisikan hati yg begitu meruntun jiwa.. kala mata menatap bait-bait kata titipan ini, saya insaf..

halym said...

kelu lidah aku...

Shasha said...

ZUH..thanks..

HALYM..thanks too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...