don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Monday, September 14, 2009

langat yang hangat

Sabtu lalu, saya ada shooting di jeram Lubuk Manggis, Ulu Langat...dari jam 1 pm hingga 6pm saya ada di sana...letih jangan cerita, mungkin sebab puasa..tambah pulak duduk tepi jeram...rasa nak menyelam jer dalam air tu...sabar!! Mekap artis, Pn Afiedah Khamis dari Orked Bridal begitu sabar melukis di muka model, Fauziah Abu Bakar..
Lady photographer yang turut bersemangat mencari angle terbaik untuk shoot...tq sue! hehe..yang dua orang tu (Gg and Linda) model kesayangan kita orang...
Linda and GG sedang posing....Puasa tetap puasa tapi maintain...salute le u...hik!
Sowwy pic blur...saya snap jer sebab tak kuasa tengok ada tiga budak pompuan yang sedang melantak nasi kat tepi batu di kawasan berdekatan....kuang ajar tol derang tu...

2 days to go...saya x buat apa-apa preparation pun for raya, just a simple day..pagi saya mesti nak g sembahyang raya, ziarah kubur and lepakkkk....or else...Zzzzzzz

p/s: Zain and Amin...sabar ya...jeng!!

...nostalgia

5 days to go...dah tiba penghujung pun Ramadhan ini...tidak tersedar pula hanya lima hari saja lagi ia akan pergi meninggalkan saya, meninggalkan kita semua. Rendang Tok pemberian Azmi dan Afiedah (Owner Orked Bridals) ini sangat enak baunya..saya tak sabar nak buka puasa rasanya...tq to both of u..
Entah Ramadhan tahun depan saya berpeluang atau tidak untuk bertemunya..kenapa tiba-tiba saya terkenang rakan lama, blogger dan juga forumer arwah Damit yang sentiasa mampu membuatkan semua orang berasa gembira apabila berbalas reply dengan arwah..

Saya tidak ingat pemergiannya bulan berapa, dan apa yang pasti, beliau kembali ke pangkuan Ilahi bukan di bulan Ramadhan tetapi entah apa sebab saya begitu teringatkan arwah...mungkin kerana masa-masa 'sedih' saya, arwah pernah muncul memberikan kata-kata sejuk kepada hati saya.

Memang tidak pernah bersua muka tetapi arwah Damit seperti saudara saya sendiri...satu daripada sisi menarik mengenai Damit ialah arwah sentiasa ceria...walaupun beliau seorang majistret, tetapi saya tidak begitu mengetahui sisi serius beliau, yang saya tahu Damit adalah individu yang sangat disukai ramai orang sama ada di forum atau net yang lain.

Sukar untu mengikis dan membuang jauh kewibawaan beliau sebagai rakan, adik, sahabat akrab dan teman yang sentiasa ada bila saya dan mereka yang lain memerlukan tempat meluahkan sesuatu.

Damit yang satu...al-Fatihah!

Wednesday, September 9, 2009

Sengketa II...

Kasut lama emak dibelek-belek dan dicuba sarung di kakinya...hah..muat pulak. Nanti boleh pakai nak pergi temuduga kerja kat KL nanti...senang cerita tak payah beli lagi dah. Dia pun bukan suka sangat pakai kasut tumit tinggi, kalau jatuh tergolek macam nangka busuk, buat malu saja.
Langkah diatur perlahan-lahan di dalam kedai emak. Sambil memegang penyapu, dia cuba melangkah sekemas mungkin walaupun emak kata dia berangan. Biarlah, kata-kata emak tak pernah menyesakkan hatinya tetapi selalu menambah ceria.
"Feryal, kalau nak melawa jangan buat kat dalam kedai ni...nanti orang kata anak Mak berangan," tegur emak ketika melihat dia membelek-belek kasut berwarna coklat yang masih baik itu.
"Tak pe la mak...sapa yang berani kata Feryal berangan? Mak bitau, Feryal nak basuh dia sikit. Suka hati kitalah nak berangan ke tidak, bukan kita pinjam hati dia pun.."
"Eh budak ni, orang cakap sungguh-sungguh dia main-main pulak. Cepat sapu lantai. Nanti kalau dah ada orang masuk, duduk dan nak minum air, tak elok menyapu kalau ada pelanggan tau.."
"Okie donkie mak..ni pun dah nak siap. Nak simpan kasut jap...haha!"
Selepas kembali menyarungkan selipar getah, dia menyambung tugas mengelap meja. Hari masih pagi benar dan gelap Subuh mula digantikan dengan sinar terang yang mula mencuri masuk ke dalam kedai emak.

"Assalamualaikum, dah buka kedai kan...saya nak susu panas satu!" Tiba-tiba ada suara menyapa dan memilih duduk di bahagian hadapan kaunter bayaran. Dia terkejut kerana tidak ?menyangka si beruang kutub itu akan muncul di awal pagi meneguk minuman di kedai emaknya.

"Makan tak mau ke?"

"Nak..apa ada pagi ni?"

"Semua ada...macam biasa. Nasi, kuih dan minuman,"

"Lagi...?"

"Saya ada, mak saya ada...!!"

"Isk...boleh dimakan ke awak dan mak awak?? Hahaha..."

Ceittt..mentang2 emak tak ada di kaunter kerana menyediakan susu panas yang dipesan, berani pula dia buat lawak sejuk pagi-pagi buta.

"Boleh kalau nak.." dia jegil mata dan buat muka sombong..

"Laa tak tahu pulak saya boleh makan tuan kedai dan anak tuan punya kedai sekali...apa rasanya ya??" Ngee...

"Ahh suka hatilah...nanti apa-apa deal dengan mak ya..."

Ampun, dia nampak mamat tu macam beruang kecik yang boleh dilanyak-lanyak saja..sungguh dia rasa nak lanyak saja lelaki itu...membara hati nak erase makhluk Allah yang satu ini...tapi apa kan daya, nak jentik pun dia tak berani kerana lelaki bergelar Zain itu sebenarnya tidak pernah berbuat salah dengan dirinya...apa-apa pun, tiba-tiba dia nampak Zain seperti anak beruang comel yang sangat mengujakan untuk dimiliki...ahh boleh blahhh!!Ehh??? Apa sudah jadi? Mana beruang comel? Laa...kenapa dia rasa pelik bila mendengar bunyi cicak mengetik ekor di dinding? Biasanya, jam 10 malam dia sudah mengerekot di atas katil tapi kini bulan sudah mula sembunyi dan embun jantan mula menitik, dia masih terkelip-kelip lagi. Arghh malam memang cemburu dengan dia...pergilahh..aku nak tidur..dah lah besok nak pergi KL...

jemputan kahwin...

Haa...siap ada heli keliling menara...
Kelabu jer...sebelum turun dan rasa nak terjun...ini le hasilnya...seteguh Maybank!

Cantik gak menara berkembar tu...
Wokeh...nak turun dah...
Semalam, saya menghadiri jemputan kahwin yang gilang gemilang kepada 9 pasangan yang meraikan cinta mereka di lokasi yang tinggi di awan biru...tapi saya x leh tunggu lama sebab gayat...rasa macam ada kuasa mendorong saya terjun ke bawah...ceittt!
Derang ni kahwin kat menara KL...gayat sungguh dibuatnya...siap ada heli pulak keliling menara...derang nak ambik tarikh 09.09.2009...tu dia....So orang kahwin tepi pantai saya dah p bulan April lalu kat Langkawi, orang kahwin atas udara pun saya baru je pi semala..orang kahwin dalam laut jer saya belum dapat undangan....

Tuesday, September 8, 2009

Sengketa...

Saujana mata memandang..hijau bertemu biru..di tengah-tengahnya pasak bumi menunjang kukuh akarnya di dalam tanah...aahh...hati gundah tak boleh senang walau hanya melihat lukisan alam ini...yang pastinya, dia mesti pergi ke situ..mencari sesuatu..mencari pelengkap rusuk kiri yang akan menyempurnakan kejadiannya sebagai hamba di bumi Tuhan...tapi bagaimana?
Ingin mengambil anak orang...takkan mahu dibawa lari..cehhh ini bukan zaman dulu..kupujuk-pujuk ku bawa lari!
Zaman kini adalah zaman teknologi moden, zaman hujung jari. Sekelip mata mesej sampai dan rahsia hati pun terzahir..uwaaa tak mudah juga untuk dia meluahkan apa yang berbuku...sejak dua tiga bulan lalu. Ya, yakin...sejak dua tiga bulan lalu...
"Zain..thanks for the info. Nanti saya beritahu mak...kena jagakan...customer is always right..macam raja...haha," dia mengucap sopan pada lelaki itu.
"Alah biasa je..sebab saya suka makan di sini, tu yang saya beritahu awak...," balasnya lagi.
"Eh tak pe..memang kita nak tahu komen pelanggan..."
"Ada satu komen lagi...nak tahu tak?"
"Apa dia?"
"Dua tiga hari ni..saya makan gulai masin...ada orang nak kahwin ke?"
Kwang! Kwang! Kwang!...
Adoilaa...kenapalah aku ada di hadapan dia sekarang..kalau ada gulai ikan masin tu nak saja aku tuang atas rambutnya yang bertocang macam ekor kuda tua...
"Err...dah memang gulai ikan masin...masin la jadinya..."
"..tapi ini masin lain...bukan masing gulai ikan masin rasanya...."
"Hmm...."
"Marah?"
"Tak...anyway...thank you so much! Sila datang lagi..."
"Ok! Ok! Im sorry..."
“Its ok..no harm.” Dia lihat wajah yang disukainya itu poyo saja.,tanpa reaksi. Marah atau suka? Berbaur-baur agaknya. Mungkin marah kerana gulai ikan masinnya dikatakan masin. Atau suka? Motif? Ahhhh....serabut.Dia bingkas bangun dan meninggalkan not RM10 di atas meja. Harapnya sebelum angkat punggung dia boleh lihat lagi wajah yang ada tahi lalat comel di hujung hidung. Tapi...hampa kot..

Segala-galanya bersipongan di dalam minda. Walhal emak yang terlebih bubuh garam...bukan dia yang menyediakan gulai itu. Tak pasal-pasal dia disindir mamat ekor kuda tu. Huh! Bosan macam ni...grr.

Nak bertekak pun tak guna. Mamat tu pula macam berlagak pandai masak saja. Ah..bosanlah kau. Lain kali kau datang aku buat kopi manis-manis...biar kena kencing manis..haha!!Eyal, tak baik nak pedajal orang. Mak Eyal ajar Eyal macam tu ke? Tak kan? Jangan nak malukan nasab keturunan kita.

Mak dah niaga makan sejak kau belum ada lagi. Jangan pula mak hilang pelanggan sebab kopi manis kau tu.Aahh peduli apa aku. Mamat tu sombong melangit. Tak tahan aku dengan orang begitu.

Gini..., apa kata kau buat taktik ambush ala-ala manja gitu...attack dalam lembut...dalam lembut tu juga ko attack dia...amacam? Setuju? Oitt give me five. Excellent juga kepada otak aku ni...Tiba-tiba deru air kolam memecah khayalnya...dia sengeh sempoi bila perasan tak ada siapa pun mengetahui dia merencana sesuatu di tepi kolam berair hijau Cik Maryam itu.

Rumah kecil tiang seribu, rumah-rumah kecil, tiang berpuluh ribu...alahai. Angin Laut China Selatan yang bertiup nyaman berjaya melembutkan hatinya seketika daripada meruap terhadap mamat bertocang. Lega...phew...bebas seketika otaknya dari memikirkan jembalang tanah yang sudah lama membuatkan tidurnya terganggu.

Ada saja benda yang nak dikritik..gulai masin, kopi manis (hehe..misinya sudah berjaya dilunaskan pada satu hari minggu sebenarnya. emak tak tahu. Itu yang bagus!!) Terkini, acar timunnya lemau..heh..kau siapa nak cakap macam tu...kalau dah nak makan tu, makan jer laa brader oii...tak suka! Noktah...dia akan mengisytiharkan perang dunia ke-empat selepas ini...siap kau yang bernama Zain! Jangan datang makan kat kedai mak aku lagi!

Thursday, September 3, 2009

Short entry..

Many things to do...but not much time...
1) Appointment further check up dengan doc di HUKM.
2) Finish all the pending articles.
3) Shopping baju raya.
4) Zzzz.....
5) Kemas rumah.
6) Explore the cave in Pahang.
7) Gardening...

Last 2 days, i received a call from colleagues, asking me to follow her to somewhere..
“...eh, hari Sabtu ni gi mmano?”
“Bakpo...?”
“Nok gi dok masuk gua..?”
“Mache haghi tu ko..?”.
“Lebeh kughe laa...tapi kali ni ado banyok pacat!!”
“Ghama ko ggii?”
“Ado laa duo tigo oghe...sapo lagi nok ikut?”
“K E je...”

Bila sebut pacat, i hv to think twice...kalau benda lain boleh...pacat ni...mak aihhh...alergic sungguh walaupun ia kecil...amat menggelikan...I supposed not to worry abt the leech sebab ia pun makhluk Allah juga..

Anyhow...sedar x sedar, dah 14 hari kita menjalani ibadah puasa. Saya terlupa mengira Ramadan kerana mengejar ‘deadline’. Deadline yang wajib dan deadline yang diberi kepada saya oleh seseorang untuk melaksanakan tugasan wajib...meskipun payah, saya terima deadline berkenaan kerana ia membawa kebaikan untuk saya...i’ll take the challenge...and will prove it in 3 months...wish me luck...

BTW...i choose no 6 for tomorrow (Saturday/6 Sept) Don’t be jealous...puasa tetap puasa but when it comes to nature..i’ll proceed....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...