don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...
Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Monday, September 14, 2009

...nostalgia

5 days to go...dah tiba penghujung pun Ramadhan ini...tidak tersedar pula hanya lima hari saja lagi ia akan pergi meninggalkan saya, meninggalkan kita semua. Rendang Tok pemberian Azmi dan Afiedah (Owner Orked Bridals) ini sangat enak baunya..saya tak sabar nak buka puasa rasanya...tq to both of u..
Entah Ramadhan tahun depan saya berpeluang atau tidak untuk bertemunya..kenapa tiba-tiba saya terkenang rakan lama, blogger dan juga forumer arwah Damit yang sentiasa mampu membuatkan semua orang berasa gembira apabila berbalas reply dengan arwah..

Saya tidak ingat pemergiannya bulan berapa, dan apa yang pasti, beliau kembali ke pangkuan Ilahi bukan di bulan Ramadhan tetapi entah apa sebab saya begitu teringatkan arwah...mungkin kerana masa-masa 'sedih' saya, arwah pernah muncul memberikan kata-kata sejuk kepada hati saya.

Memang tidak pernah bersua muka tetapi arwah Damit seperti saudara saya sendiri...satu daripada sisi menarik mengenai Damit ialah arwah sentiasa ceria...walaupun beliau seorang majistret, tetapi saya tidak begitu mengetahui sisi serius beliau, yang saya tahu Damit adalah individu yang sangat disukai ramai orang sama ada di forum atau net yang lain.

Sukar untu mengikis dan membuang jauh kewibawaan beliau sebagai rakan, adik, sahabat akrab dan teman yang sentiasa ada bila saya dan mereka yang lain memerlukan tempat meluahkan sesuatu.

Damit yang satu...al-Fatihah!

Tuesday, April 14, 2009

Soliloquy April...

Hari ini, 15 April 2009. Tiga tahun lalu, 15 April 2006, sekitar jam 2++ pagi, ayahnda saya telah kembali ke pangkuan Ilahi selepas mengalami situasi kurang sihat selama empat hari dan nazak selama dua jam di Hospital Sultanah Zainab, Kota Bharu...Al-Fatihah untuk Shafie Mohd Noor.

Saya sentiasa ingat tarikh ini kerana dia hilang 15 hari sebelum ‘kelahiran’ saya yang jatuh pada 30 April setiap tahun. April yang pahit dan manis....

...diam-diam
rindu pun menusuk
ke jantung hati
menggigit perdu ingatan
lalu
diam-diam
kubuka album kenangan
melihat ke dalam diri
perlahan-lahan
rindu pun menjauh
sepi pun terisi...

AK412/96/Media Studies Dept/UM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...