SAYA teringat kepada bunga rampai yang sering digunakan dalam majlis tertentu. Kalau kat rumah bonda saya di kampung, bunga rampai sentiasa ada. Beliau rajin membuatnya sebab kata nya bunga rampai bau wangi semerbak, satu rumah boleh jadi harum kalau ada bunga rampai. Bagaimanapun, saya melihatnya sebagai satu ritual pemulihan semangat atau jiwa yang tidak menyalahi sebarang hukum sebenarnya dengan adanya bunga rampai di rumah. Barang baik, wangi pulak tu, mesti kita suka kan.
Jadi, mengimbas kenangan bonda saya, beliau gemar mencampurkan kelopak mawar, orkid, cempaka keling, kenanga, melur, bouganvilla dan cempaka putih dalam ramuan bunga rampainya itu selain pandan menjadi ramuan utama. Selalunya kalau saya ada, saya akan ambil sebunjut untuk diletakkan di dalam kereta atau di bilik tidur. Harumnya berpanjangan sehingga dua minggu dan bila kering pun masih disimpan kerana kombinasi warna hijau serta bunga kering sangat cantik pada pandangan saya.
Apa yang mengkagumkan saya ialah penat lelah bonda saya berbudi kepada tanah (beliau tidak saja menanam pokok bunga, pokok buahan dan herba juga jadi pilihan) sentiasa berbaloi kerana bunga itu tidak saja berbakti kepada kami, tapi kalau ada orang cari bunga untuk berubat, bunga di laman rumah bonda saya sentiasa ada berbunga...kebetulan agaknya.
Dan saya pun kononnya nak menjadikan halaman rumah saya di Sri Gombak seperti halaman rumah di kampung walaupun tak ada tanah. Dalam pasu pun jadilah...tetapi tak sangka pulak orkid yang saya campak-campak saja dalam pasu dan dikemaskan dengan arang dan kayu buruk jadi begitu subur dan rajin berbunga...mungkin juga sebab saya kerap bercakap dengan orkid ni. Sebelum pergi kerja, pesan supaya 'mereka' baik-baik saja jaga rumah saya dan bila balik kerja, tanya apa 'mereka' lalui sepanjang hari. Selang dua tiga minggu, keluarlah tunas bunga..gembiranya saya kerana nampaknya ia menghargai suara saya berbahasa dengan mereka.
Walaupun KA saya selalu tanya...
"..U cakap dengan siapa tu...?"
"Cakap sensorang..."
"Cakap dalam tpon ke?"
"X...cakap sorang..."
"Apsal ni, pressure kerja ke?"
"Tak, boy friend I ada kat luar.."
"Boy friend? Huh..."
Dia mencebik dan saya hahaha....apa-apa pun, saya puas hati...cakap dengan pokok, ada hasil..cakap dengan dia...lagi ada hasil....kwang! kwang! kwang!
Dia mencebik dan saya hahaha....apa-apa pun, saya puas hati...cakap dengan pokok, ada hasil..cakap dengan dia...lagi ada hasil....kwang! kwang! kwang!
4 comments:
kak sha, sooo cute! i beleive pokok bole faham kita ckp ngan dia.. sama macam saya ckp dengan kucing... :)
kak sha, interesting blog!! update selalu k!
linda
thanks darling for visit my sempoi blog..hihi.
kak shasha..teringat semua ni bile balik rumah saya di kluang...mak ada mini kebun bunga...suke2...
eii ya ke anil...best kan kalau ada taman damai-damai astakona ala-ala kebun bunga dengan pari-pari..hihi...daydreaming..ampun..
Post a Comment