don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Tuesday, March 17, 2009

Fiesta Fesyen KL

DARI kiri; Nazreen, Hatta, Nik Erwan, Rizman dan Wan Ruzaini teruja dengan mutu fabrik Euro Moda yang ditunjukkan Jasleen.
JASLEEN meneliti lakaran pereka sebelum mencadangkan fabrik sesuai untuk dijadikan busana.
Fiesta Fesyen KL: Fabrik mewah tentukan keunggulan busana
Pelbagai jenis kain bermutu mampu serlah penampilan pemakai IDEA kreatif terhadap lakaran busana tidak bererti andai tiada fabrik sesuai yang akan digunakan untuk menghasilkan busana berkenaan kerana busana yang indah hanya dapat dijelmakan daripada fabrik yang indah juga. Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) yang dianjurkan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH) pada 12 April ini di Arena of Stars, Genting Highlands, beruntung apabila mendapat penajaan saudagar tekstil terkemuka, Euro Moda.
Menerusi penajaan itu, Euro Moda akan menyediakan fabrik indah yang bakal digabungkan dengan kain tenun dalam setiap rekaan 10 pereka FFKL. Baru-baru ini, lima daripada pereka fesyen berkenaan hadir di gedung Euro Moda Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bagi memilih fabrik yang bersesuaian dengan rekaan masing-masing. Malah, pereka berkenaan, Hatta Dolmat, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil (Rizman Ruzaini), Nik Erwan Roseli serta Nazreen Idris beruntung apabila mendapat pandangan Pengarah Eksekutif Euro Moda Sdn Bhd, Jasleen Kaur yang turut membantu mereka memilih fabrik bersesuaian. Masing-masing akan menyiapkan lima busana dan setiap satu dimasukkan elemen songket pada perincian tertentu bagi menguatkan tema FFKL, iaitu ‘Sentuhan Tenunan’ yang menjadi teras kepada acara itu.
Pelbagai jenis fabrik yang bakal digunakan antaranya renda Perancis, sifon, satin, sutera Thai dan deutches yang diyakini menyerlahkan penampilan pemakai selain aura fabrik tenun yang pastinya mengangkat nilai setiap busana. Jasleen berkata, pemilihan fabrik adalah penting untuk menampakkan ciri unggul terhadap busana yang ingin dihasilkan. Beliau berkata jika fabrik yang dipilih tidak bertepatan dengan songket yang akan digandingkan bersama, pasti hasil menjadi teruk atau tidak kena pada pandangan mata. “Selain keserasian warna, kita juga perlu mengambil kira corak pada fabrik yang digunakan. Jika fabrik yang dipilih berbunga sarat, dipadankan pula dengan fabrik tenun yang juga mempunyai motif bunga penuh, hasilnya tentu tidak elok dipandang,” katanya ketika ditemui di premis berkenaan.
Sehubungan itu, kebijaksanaan memilih fabrik adalah kunci utama untuk menjadikan busana rekaan nampak harmoni dan cantik. Selebihnya kreativiti yang dicurah bakal dinikmati pengunjung pada acara FFKL yang dijadualkan berlangsung dalam empat sesi pada 6 dan 7 April ini di pusat beli-belah One Utama, Bandar Utama, manakala gala di Hotel One World, Bandar Utama. Pada sesi berkenaan juga, selain bertujuan memilih fabrik yang akan digunakan dalam rekaan, mereka juga berpeluang melihat pelbagai jenis fabrik mewah yang ada di Euro Moda. Ada yang sudah tidak sabar mendapatkan fabrik bagi diukur dan dijahit untuk menjelmakan busana seperti yang tertera pada perincian lakaran. Ternyata hanya jauhari mengenal manikam kerana walaupun lakaran nampak sarat, ia sebenarnya menjadi mudah di tangan pereka fesyen yang tahu setiap selok belok persalinan yang mereka hasilkan itu. Sementara itu FFKL yang menjadi medan kreativiti kepada pereka untuk menjelmakan ilham wajar dianggap sebagai peluang yang amat berharga kerana acara itu menggabungkan ciri tradisional dengan sentuhan kontemporari. Selaras dengan peredaran masa, fabrik tradisional yang cukup berharga nilainya, iaitu kain tenun seperti songket sesungguhnya layak dinobat sebagai fabrik khazanah budaya Melayu yang wajar dipertahankan. Kita sebagai masyarakat yang berbudaya, perlu menghargai hasil kerja tangan penenun yang sangat halus dan berseni buatannya. Meskipun dunia fesyen dibanjiri fabrik moden, songket tetap berupaya menyaingi arus zaman dan FFKL yang dianjurkan dengan tujuan memperkasakan keunggulan dan martabat fabrik berkenaan menjadi makin hebat dengan adanya adunan daripada fabrik moden seperti sifon, satin dan juga sutera. Selain Euro Moda yang menaja fabrik, penaja lain bagi FFKL ialah Secret untuk solekan/dandanan artis dan peragawati serta R&R Craft dan Fruitale, penaja cenderamata.
************************************************************************************
Phew...siapa kata pereka fesyen kita tak bagus...nantikan!
Saya terbabit secara tidak langsung dengan Fiesta Fesyen Kuala Lumpur (organise by Berita Harian Sdn Bhd) yang akan berlangsung di One Utama, Bandar Utama pada 6 dan 7 April...and this is a new experience to me...deal dengan fashion designer yang semuanya muda belia tapi they all dah menang banyak anugerah dan most of them very famous among Malaysian artist specially in conjunction with Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Apa-apa pun saya memang tak mampu nak upah derang jahit baju kurung saya, takat jumpa and buat story pasal mereka, itu je lah yang saya boleh buat....anyway..im happy to meet them bcoz they r most talented and promising in fashion industrial..hope that they (Hatta Dolmat, Nazreen Idris, Shegar, Rizman Ruzaimi, Calvin Thoo, Amir Luqman, Aidawati Saidin, Hazwani Osman, Nik Erwan Roseli and Zery Zamri) have a chance to spread their wings over the world...one day!

3 comments:

anil lutaze said...

ahak...dan saya buat page utk gambar2 tersebut...wee...

kakchik said...

eiii ya ke...ok muahhhh!

redanna said...

cant waint!!! ahaks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...