ANDA perlu membaca siri bunuh diri (1) untuk memahami siri bunuh diri (2)
..saya mengalaminya...bukan mudah untuk berhenti membunuh diri..kerana membeli makanan yang bukan nasi adalah lebih mahal berbanding membeli nasi...kalau sepinggan nasi+ lauk untuk lunch, saya biasanya membayar sekitar RM5++ untuk hidangan 'bunuh diri' tetapi sejak ada kesedaran untuk berhenti membunuh diri, saya terpaksa memperuntukkan RM10++ setiap kali makan. Kenapa? kerana saya terpaksa menggantikan gula dengan serat yang mana serat jauh lebih bernilai berbanding gula..
begitupun, saya sanggup...bukan kerana saya ada duit lebih, tetapi kerana saya ingin hidup seribu tahun lagi...
don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...
Thursday, January 27, 2011
...berhenti membunuh diri..(1)
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya hampir setiap hari, setiap ketika dan setiap saat melakukan percubaan untuk membunuh diri...memang boleh dikatakan saya tidak pernah berhenti melakukan percubaan mencederakan diri dan secara tidak langsung it lead me to 'kill' myself walaupun saya tidak pernah merencakan atau terfikir untuk bunuh diri. Ya lah, kerana sejak dulu saya ingin hidup seribu tahun...seperti kata Chairil Anwar, penyair Indonesia yang saya suka kata-kata puitisnya itu.
Begitupun, saya masih lagi diberi peluang oleh Allah kerana tidak pernah mengambil 'nyawa' saya walaupun saya sudah bertahun melakukan percubaan bawah sedar membunuh diri dengan cara yang paling dan tidak menyakitkan langsung...terima kasih Allah...
Dan kini, setelah saya kehilangan 'sesuatu' dalam hidup...saya mula sedar, saya tidak mahu lagi membunuh diri tanpa usul periksa..malah saya tidak akan membunuh diri lagi. Saya sebaliknya mencari rahsia untuk hidup lebih lama..immortality, dengan cara saya sendiri...kerana saya ingin hidup seribu tahun lagi..
#btw bunuh diri yang saya maksudkan ini adalah 'makan nasi'..kalau saya tidak silap, sepinggan nasi sama dengan 27 sudu teh gula.. bayangkan saya mengambil gula 27 sudu (x 3) sehari. sudah jadi 81 sudu.. kalau setahun apa jadi dengan badan saya...kencing pun akan jadi lebih daripada manis, bahkan bersari gula...patutlah saya ada lihat beberapa ekor semut di dalam rest room saya...tak boleh jadi...pada usia yang akan bertambah ini, saya tidak akan lagi makan 81 sudu gula setiap hari..saya tidak mahu mengambil suntikan insulin setiap hari seperti mana bonda saya melaluinya ...rasanya saya masih lagi belum terlambat untuk ini...doakan saya...berjaya!!

Monday, January 24, 2011
@ Brisik

Btw, the pic above bukan sambal ya...ini adalah sagu gula melaka dalam kolam santan...arghh...saya allergic yang amat dengan pemanis mulut yg ini. Buatlah versi apa sekalipun, kalau sudah rupanya sagu gula melaka, saya akan menghabiskannya dengan segera...!

@ Dapoer Bandoeng...

Kata Intan, semua menu di restoran ini adalah base on Sunda food...saya tidak begitu mengetahui mengenai susur galur Sunda, tetapi arif juga pasal makanan Sunda. Ia ditengah-tengah antara Jawa dan Indon...macam mana tu? Menunya seakan makanan Kelantan, ada sedikit manis dan pedas, tidak segarang Jawa dan tidak juga sekental menu Indon yang lain..atau mungkin juga resipinya sudah dimoderate...
Bagaiamanapun, jika mengunjungi Dapoer Bandoeng, anda tidak akan berasa rugi kerana makanannya hampir serupa dengan tekak Malaysia...haha...kenapa saya kata tekak? Sebab yummyliciousnya similiar to local food. U should try then...
Sunday, January 23, 2011
UNcle...

Saya tahu, makanan yang sedikit...jika dimakan dengan berhemah, sambil menikmati suasana tenang, bercakap perkara yang menyenangkan atau tidak, mengambil kira keadaan sekeliling, persekitaran dan faktor alam, semuanya menjadi baik dan sempurna.
Walaupun ada perkara berat yang saya bincangkan dengan pakcik saya, perkara berkenaan menjadi mudah dan saya berasa mampu untuk melaluinya...saya berasa teguh untuk menempuhnya dan paling penting, saya akan terus melangkah...thanks uncle!
Sanctuary

Monday, January 10, 2011
Anekdot: Penagih..
Saya nak jadi penagih...
TADI semasa memandu ke Bangsar, jam 6.40am, saya mendengar Sinar FM dan dj ada menyebut hari ini adalah 11.1.2011...cantik tarikhnya dan terfikir pula saya sudah 11 hari juga saya menjalani tahun 2011 yang dilalui..kata orang, yang lepas dijadikan tauladan dan yang akan dilalui dijadikan sempadan.
Apabila menoleh ke belakang, banyak yang saya tinggalkan dan 2010 adalah tahun yang ada memercikkan banyak warna terutama warna hitam, kelabu, coklat dan warna-warna gelap yang mana sama ada saya suka melihatnya atau tidak, saya terpaksa. Sikit sekali warna terang, kalau ada pun setitis dua merah jambu, dan selebihnya bercampur baur..biarlah..itulah yang dinamakan hidup agaknya!
Ya, 2010 adalah tahun luka dan saya banyak membuang masa terutama ke arah membinasakan diri? Kenapa? Kenapa saya membinasakan diri...kerana saya terlalu banyak memenuhi tuntutan kerja tanpa mengambil kira bicara keperluan diri. Makan, tidur, berjaga dan semuanya tidak mengikut fitrah menyebabkan kondisi kehidupan sedikit tergugat...uhhh...saya nak jadi penagih tahun ini...bukan penagih dadah tetapi penagih senaman...mahu atau tidak, senaman harus di diperbanyakkan dalam list harian...tolonglah semangat saya ini, supaya saya menjadi ketagih terhadap barang-barang begitu...dan saya nak kurangkan makan?? Err bolehkah saya? Mesti boleh..ingat banyak perkara Shasha..haha! Ok! Ok!

Subscribe to:
Posts (Atom)