Siapa perekanya, saya tidak tahu, tetapi beliau mesti seorang yang bijak kerana menyediakan landskap indah dan beberapa bangku untuk bersantai...masjid di dalam taman..taman di dalam masjid..bagai inderaloka dunia...berangan lagi ler nampaknya...haish!
don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...
Showing posts with label berehat jap... Show all posts
Showing posts with label berehat jap... Show all posts
Tuesday, February 2, 2010
Kristal..
Wahh..teringat pula saya pada lagu Jernih Cinta Kristal nyanyian Rahim Maarof..mana dia pergi sekarang ini ya..lama tak muncul...yang paling saya ingat, tahi lalat pada wajahnya...err sorry...nak cerita pasal kristal taww..bukan Rahim..
Saya pertama kali sampai ke masjid yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri Terengganu ini, Masjid Kristal yang terletak di tepi laluan utama di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu. Memang wajar ia menjadi mercu tanda negeri penyu itu kerana keindahan seni binanya yang memukau. Kata Nadia, kalau dilihat pada waktu malam, masjid ini kelihatan seperti binaan kristal yang sangat indah dan memukau. Mungkin lain kali, kalau panjang umur, saya akan kembali lagi ke sini...menikmati keindahannya pada waktu malam pula...
Ambillah dari sudut mana sekalipun, keindahannya tetap menyerlah. Saya berasa seperti ingin merakam setiap inci binaan masjid ini...memukau..dengan hamaparan biru langit, ia semakin gah!
Macam cerita 1,001 malam saja apabila berdiri menghadap masjid kristal ini. Saya teringat Shahrazad yang asyik bercerita kepada raja...hmm...berangan memang indah..ahahaha

Ehh..siapa pula bercanda di hadapan masjid ini..??? Habis rosak pemandangan masjid yang saya nak rakam ini...hmm tak apalah..mereka pun pelawat macam saya juga rasanya..o ya..di hadapan masjid itu ada laut...dengan bayu petang yang nyaman...
Subscribe to:
Posts (Atom)