don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Wednesday, December 29, 2010

siti vs phantom

When i was in UK last 2 weeks..someone bought me a ticket to see Phantom of The Opera @ Her Majesty's Theatre57 Haymarket. And i was excited because everybody knows Phantom is one of the excellent story in these industry.
Kisahnya, panggung Her Majesty yang saya kunjungi ini tempat duduknya muat-muat saja dan tidak bebas bergerak. Kebetulannya di hadapan saya ada satu famili 'besar' seramai lima orang membuatkan saya tidak senang duduk untuk mendapatkan view terbaik ketika menonton.
Antara babak ketika Christie dibawa menaiki gondola oleh Phantom.
Phantom / Christie
Before that, my colleague, Faizal Hamid, told me that he was impress abt the set decoration of The Phantom. Then im more excited to see that. Yes it is, walaupun Her Majesty adalah sebuah panggung teater lama, berderet orang memenuhi tangga untuk masuk ke dalam mendapatkan tempat duduk berdasarkan tiket yang sudah dibeli.
Was taken a moment after came out from Her Majesty Theatre @ Piccadily St..thanks Dodi belanja tengok Phantom.
Tempat duduknya juga memang sangat sempit dan bertingkat seperti mana Istana Budaya di Kuala Lumpur. Dengan pencahayaan lampu yang malap, saya sedikit mengantuk untuk menikmati Phantom yang penuh dengan aksi menarik sebenarnya yang dibawakan oleh watak-watak utama, Phantom dan buah hatinya bernama Christie.
Banyak aspek yang saya tumpu sepanjang menikmati teater yang tiketnya berharga RM250 (40 pound) itu, tetapi paling menarik perharik perhatian adalah set teater itu sendiri yang mengambil latar ruang seakan penjara kerana ada jeriji selain bilik yang memisahkan Chisti dan ruang lain. Tidak dinafikan kelebihan teater muzikal Inggeris, barangkali banyak dihiasi dengan ballet yang cantik dan Phantom turut mempunyai elemen berkenaan. Sayangnya saya tidak boleh mengambil gambar kerana ia adalah peraturan panggung.

Nyanyian, tarian, dialog yang nyata dan suara soprano menguatkan legasi Phantom serta gerak geri yang kemas setiap watak menjadikan Phantom lebih diingati dari semasa ke semasa. Pada satu ketika, audiens seakan-akan berada di dalam cerita dan teknik berkenaan, seakan saya belum ada dilihat di sini (maaf kalau saya terlepas pandang) kerana saya bukan 100% mengikuti perkembangan teater tanah air kita. Begitupun, teknik berkenaan wajar diaplikasi di sini sekiranya ingin menyuntik kelainan.
Dan dua hari lepas, someone (again..someone) gave a ticket to see Siti Di Alam Fantasi @ Istana Budaya. Wow!! SDAF begitu memukau dan Aminah Rafor memang wajar diberikan penghargaan kerana membawa Siti ke lantai IB dengan penuh bergaya, warna warni dan menggembirakan ramai si kecil yang teruja menikmati kerenah Siti yang mengada-ngada itu.
Setnya hebat pada pandangan saya, paling saya gemari adalah babak duyung di dalam laut yang berenang-renang dengan gembira di dalam air. Kemunculan bubble juga sangat membantu menghidupkan suasana dasar lautan selain sesiapa saja gembira menyentuh bubble yang berterbangan di dalam panggung.
Watak ulat bulu yang terlebih gedik (congrate to Chekem!) juga mengujakan. Memang kali ini di dalam SDAF beliau muncul dengan versi berbeza. Jika sebelum ini Chekem banyak memainkan watak penting dan serius tatpi kali ini beliau muncuk gedik dan getik..nah apa lagi yang boleh digambarkan kepada ulu bulu berkenaan.
Banyak yang boleh ditulis tetapi 'barang' yang baik tidak perlu kata-kata bombastik kan. Anda lihat, anda tahu...
Dan saya teringat Phantom dua minggu lepas, bagaimana gayanya jika Siti dibawa beraksi ke lantai Her Majesty, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendahkah kita? Apa-apa pun, kita boleh...(Entri ini adalah pandangan peribadi dan tiada sangkut paut dengan sesiapa pun, terima kasih!)

Wednesday, December 22, 2010

Stranded2..frame of nature

The pic was taken on 18Dec @ Stansted airport in UK..snowy every inch of space..i was there bcoz of duty..dari lapangan menunggu di Stansted, apabila menjenguk keluar, warna putih melatari alam. Cantik dan mengujakan tetapi tidak sama sekali untuk berlama-lama di luar bangunan terminal, sejuknya lain macam. Syukur saya tidak mengalami allergic yg teruk walaupun kesihatan turut terjejas...

Saya dihantar bertugas ke London selama 10 hari dan tiga hari daripadanya berpeluang mengalami suasana salji di tengah bandaraya London yang khabarnya sudah 10 tahun tidak menerima hujan salji. Thot thas i was lucky becoz its falling down infront of me..i saw that...white and cold...pretty cold..memang menusuk ke tulang hitam tetapi apabila berdiam di bilik hotel, saya tidak boleh menerima heater sepenuhnya dan terpaksa juga membuka tingkap untuk smooth ventilation...udara panas sepenuhnya membuatkan saya sesak nafas...

Pemandangan di bawah ini diambil dari jendela bilik saya, sejurus sebelum berlepas ke airport. Ruang biliknya cukup sempit, disewa pada harga 60 pound satu malam (RM300) woww..lumayan sungguh kan..kalau di KL saya tidak akan sama sekali mendiami bilik berharga sebegitu..kecuali kalau ditaja...di tengah London ini, kerana tuntutan tugas, saya harungi juga. Pemandangannya sungguh melankolik, mengingatkan saya pada banyak perkara..pelbagai gambaran muncul di minda, saling bertunak menjengah minda yang tidak sebesar mana pun tetapi cukup untuk menampung apa yang bersarang pada ingatan sejak 39 tahun lalu. Paling saya ingat..someone @ Central Park Hotel...ok!

Ketika ini jam 8 pagi waktu tempatan. Lebatnya salji meliputi bumi. Saya akui kagum dan teruja kerana sebelum ini saya melihatnya di skrin tv saja tetapi kini ia tiba-tiba ada di depan mata, jatuh menimpa kepala dan seluruh jisim saya. Kalau saya ikut seseorang ke Scotland 30 tahun lalu, mungkin saya tidak seteruja kini..rezeki saya di KL tentunya, bukan di bumi orang...whatever thank God bcoz gave me a chance to experience all those beauty of nature..ur creation of coz! Almighty Allah!
Dari sebuah jendela kayu
jiwa kaku menahan sendu
berhimpun sekolam rindu
kata-kata pun bersatu
mengepung narwastu
menjadi salju!

Sussex Garden, 18th Dec, 2010.

Tuesday, December 21, 2010

Stranded @ Stansted..


Sempat posing dengan Auntie Sayang (from right), Anis, Adri and Kak Oomi yang saya terserempak di Kensington Palace. Auntie Sayang bercuti di London sebab anak perempuannya nak bersalin. Anis is her sister..muka Anis saya perasan macam pelakon Katie Azian..cer tengok betul-betul, nak sama sangat kannn...

Ok, before this i often saw on tv about passenger yang stranded @ the airport bcoz of the bad weather or any problem yg ada kaitan dengan cuaca atau malapetaka lain. Bila tengok tv, saya berasa bersyukur kerana saya tidak pernah mengalaminya. Kalau setakat flight delay is a normal..kalau terlambat sejam atau dua jam tu pun masih boleh diterima akal..
Tetapinya, it was happen to me..kerja membawa saya jauh ke destinasi yang sangat sejuk dan kami bertujuh (Salina, Faizal, Wan Ruzaini, Hazwani, Jasmi and Rizman) terpaksa melepak di Stansted Airport kerana flight tak boleh mendarat dan beku...sungguh tak lojik sangat..bahkan x masuk akal...makanya kami pun bersesak2lah dengan penumpang lain yang ingin ke destinasi masing-masing.
Daripada sejam menjadi dua jam dan kami mula terfikir2 pasal Kuala Lumpur yang sudah 10 hari ditinggalkan. Masing2 mula berangan nak makan tomyam, nasi lemak kampung baru, tea tarik mamak etc. And finally what we did was waiting and waiting.. AA keep us waiting without further notice..sedar x sedar, kami stranded bersama pelbagai jenis manusia lain selama hampir 24 jam dan dalam tempoh itu jugalah kami x mandi..huhu..nasib baik salji kat luar, menyebabkan tiada sebarang bau yang boleh mengancam pencemaran alam di airport berkenaan. Daripada baju kemas semua dah jadi kusut masai dan tidur atas lantai pun dah kira selesa walaupun sejuk gila.

Was taken masa mula2 snow turun..kat tepi Cafe Bonda near Mara House, Spring Street..konon seronok le dapat background snow..sekali...minta ampun le banyak2..kaku rasa tulang, macam nak tercabut satu persatu..uhhh sungguh cempedak menjadi nangka...kalau kat KL saya pasang kipas and on aircorn setiap hari...kali ni rasa macam duduk dalam peti ais giant..dan mula la berangan saya mati beku! cehhh...

Ketika ini snow belum ada...boleh tahan lagi..whatever thanks to Dodi sebab belanja saya dan Kak Salina tengok Phantom of The Opera..amazing!

Apa yg saya peroleh selama 24 jam terkandas itu, banyak sangat new experience yang tak ada jual kat kedai...pro n cons...-ve and +ve, variety and what i miss most is rumah sendiri yang sentiasa menunggu saya balik, lepak, minum milo and makan maggi sambil tengok tv sampai tv tengok saya semula...hihi! Ok..saya akan update lagi, bergantung kepada kesesuaian kesihatan yang mula mengancam kegiatan harian saya..dah balik KL baru kena bad flu and caughing...

Wednesday, December 1, 2010

Zzz...relax...

Cool...realxing day too...tunggu orang datang melawat...
Hmm...lenanya tdoo...tu kalau jatuh pun tak peduli dah...cehhh!

Couple le tu...keh! keh! keh!
Saya sempat melawat spesies koala ini..boleh pegang dan sentuh...tak gebu pun bulunya...tapi comel memang tak boleh dinafikan..kalau kids tengok mesti fobia gila sebab makhluk ini comel dan manja...tentu kena buli memanjang...

free add..

What a relaxing day...pilih mana satu nak??? Free add pulak tu...cer tengok dari depan...ada berani? Hahaha...

He is...the world fashion icon.

Yes, the one and only, Prof Dt (Dr) Jimmy Choo OBE..i wrote abt him before...heard abt him and a lot..abt his kasut and all those awesome stuff abt him and now..he's next to me...wow!
Thanks to the occation...semua nak potray dgn datuk Jimmy...hehe...lucky bcoz he came back to KL, singgah sekejap for the purpose of these event...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...