don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Sunday, May 11, 2008

rezeki melimpah ruah...

PERKATAAN paling sesuai untuk saya ucapkan pagi hari ini ialah ALHAMDULILLAH...sebabnya...rezeki saya masih bergentayangan untuk dikutip di satu persekitaran yang agak panas! Nampaknya, saya kena buat pulut kuning untuk sama-sama berkongsi kesyukuran itu dengan sesiapa saja yang mahu menikmatinya bersama saya. Eh pulut kuning? Haha...kenalah pulak saya telefon bonda saya bagaimana untuk menyediakan pulut kuning ini. Kenapa pulut kuning? Bagi sesetengah masyarakat di Pantai Timur, pulut kuning adalah menu istimewa sebagai menandakan hajat tercapai atau sesuatu rezeki diberkati Allah. Sungguh, saya mahu mencari rezeki daripada keringat yang tumpah secara halal dan sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani...AMIN!
Saya ada menunggu satu lagi rezeki yang bakal muncul di hadapan pintu rumah saya. Harapnya rezeki itu akan masuk ke dalam rumah dan terus berpuput nyaman di dalam dan persekitaran rumah saya.. InsyaAllah..kalau terjelma rezeki yang saya harapkan itu, akan saya kongsi bersama anda yang rajin menjenguk ke sini...

3 comments:

Fizahanid said...

Alhamdullilah... :)

kakchik said...

:-) sukakan...hehe

Kamariah Kamarudin said...

syukurlah. rezeki kurniaan Ilahi buat hamba-Nya yang dikasihi. Bila nak datang Serdang? boleh kita sembang panjang2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...