don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Tuesday, April 29, 2008

Selamat Hari Lahir...

Assalamualaikum, hari ini, 30 April 2008 bersamaan 23 Rabiulakhir 1429 H, usia saya bertambah lagi setahun...pada saya, usia dan angka saling berkait rapat tetap bagaimanakah pula untuk memaknakan kedua-duanya?
Pada saya, pengisiannya terpulanglah kepada diri sendiri. Kalau pada usia 40, (pssstt...saya belum 40 ya..) kita masih begitu, maka akan jadi begitulah sampai akhir hayat...memetik kata-kata rakan yang bersms dengan saya semalam...
"Saya tidak mahu jadi orang yang daif budi bahasa dalam persekitaran yang santun...," dalam maknanya bagi saya dan saya akan ingat ayat yang dihantar L kepada saya.
* Terima kasih kepada KA , teman sepanjang hayat saya kerana sempat ucap selamat hari jadi kepada saya sebelum beliau keluar untuk bekerja...hmmm malam nanti saya mesti pawww dia untuk beli barang...hehe
* Terima kasih kepada Dr Ros Fatihah yang 'menyara' makan tengah hari saya semalam sebagai pra hadiah hari lahir..
*Terima kasih kepada Kakak Najla Farish Amani dan Adik Shakir Basha Adli kerana wish Happy Birhthday pada Mummy...
*Terima kasih kepada Ajip and meowww yang juga mengucapkan selamat hari lahir untuk saya tepat jam 12 malam semalam..maceh Ajippp...ekekeke
*Terima kasih juga pada sahabat, Dr Mawar Shafie yang mengsms saya seawal subuh untuk ucapan hari lahir dan doa itu.
*Terima kasih kepada sahabat, Fadz, yang baru saja mengsms saya ketika saya sedang membuat entri ini...
*
TERIMA KASIH SAYA YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG...KERANA MASIH MEMBERI SAYA PELUANG MENGHIRUP UDARA DI MARCAPADA INI, UNTUK TERUS MEMAKNAKAN HIDUP SAYA DENGAN KEBESARANNYA DAN KURNIAANNYA...

Monday, April 21, 2008

Serenity...

Boat and sea...two things that I really like. This view was taken at Volandem, Netherlands during my visit last year...Volandem is a city with a sea view...serene and peaceful. I dont know whether I have a second chance to go there...thanks to my friend who sent me there..I knew you and you knew me...

Ikan kering...

Assalamualaikum..since small, I have so many ambition. Still remember when my teacher, we called her Teacher Nadira..asked our class about our ambition, many girls raised up their hands and suddenly said we want to be a teacher like you...kononnya perempuan semua nak jadi cikgu dan lelaki pulak nak jadi polis...bolehhh?
As I grown up, all the dreams change. I want to be a writer aka journalist...some other times, I think it's more better if I'm an artist...
Finally I know that I just have a pair of hand with little bit time only. So, If I have a free time, I'll took LRT to Central Market, walked along Jalan Hang Kasturi, paid RM50, get a canvas and seated at a hidden corner in Gajah-gajah Gallery...peacefull!
See, this is my first artwork...bolehlah! I like it! I like it! Who's want to buy my artwork. Call me now....kwang!

Friday, April 18, 2008

untitle...

No idea...just a simple word, Life is tough but love is always around..this phrase was given by someone to me...I met her once during KL International Book Fare 2008, got her novel (Lili Buat Najah), her signature and I choose gone within a crowded audiens before I got headache...now, trying to finish The Witch Of Portobello by Paulo Coelho a.s.a.p...

Tuesday, April 15, 2008

hari ini, dua tahun lepas...

Assalamualaikum, hari ini, 15 April...dua tahun lepas (2006)...adalah satu tarikh yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila selagi hayat dikandung badan. Hari ini, dua tahun lepas, Abah saya menghembuskan nafas terakhir di samping Ma dan jiran kami bernama Azhar di Hospital Kota Bharu.
Saya dan adik beradik lain semuanya tiada di sisi Abah ketika beliau nazak di saat akhir. Kata Ma, arwah pergi dengan senang, tiada sebarang rasa yang tidak kesampaian, hajatnya tertunai dan mata arwah rapat. Hanya dua jam di wad kecemasan dan setelah Dr memberitahu Ma saya bahawa badan arwah sudah tidak boleh menerima sebarang cecair lagi, Ma saya reda dan melapangkan dada mengajar arwah mengucap!
Abah mengalami sakit dada selama empat hari dan beliau hanya di pembaringan sambil menggagahkan diri bangun untuk membersihkan diri, solat, memotong kuku dan bercukur. Katanya dia rindu anak cucu dan kami hanya diberitahu oleh Ma bahawa Abah kurang sihat, jadi saya dan adik beradik lain tidak terfikir bahawa itu adalah kerinduan Abah yang terakhir kepada kami. Kalaulah kami tahu, kami akan balik selaju angin, sepantas kilat dan sederas ombak untuk menatap arwah tapi apa kan daya...kami hanyalah insan kerdil dan Abah memang sentiasa berat hati untuk menyusahkan kami.
Seperti kelaziman, walau sakit macam mana sekalipun, kami jarang dikhabarkan kerana pendiriannya ialah beliau tidak mahu menyusahkan anak-anak. Selalunya, kami akan tahu setelah dia sembuh.
Begitulah Abah...setiap April, mangga lemak manis berbuah lebat hingga bergayutan di laman rumah (Abah yang menjaga pokok itu)...dan Abah sanggup tidak memetik buah itu untuk menunggu kami balik dan memetik sendiri. Itulah Abah, setiap kali membeli sesuatu untuknya, beliau akan menerima dengan senang hati tanpa mengira mahal atau murah apa yang dibeli...ada sehelai baju yang kami beli dipakainya pada hari beliau meninggal dan ketika jenazahnya hendak dimandikan, baju itu terpaksa digunting bagi memudahkan urusan penyempurnaan jenazah. Sampai kini, kemeja T yang bergunting elok itu masih di simpan Ma saya di dalam almari baju Abah.
Saya tahu Abah pergi dengan hati lapang kerana kami semua sudah berdikari pada hari kematiannya...Al-Fatihah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...