don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Tuesday, June 24, 2008

Book Review: Menanti Kasih

Pengarang: Norzailina Nordin dan novel Menanti Kasih

Salam, saya baru saja usai membawa novel Menanti Kasih (MK) karya Norzailina Nordin. My instant opinion about MK is, u should read it..very romantic and really make our life beautifull, specially to those who like romance fiction. But...in the other hands...there's my sincere thought about MK..
So many coincidently in MK...saya bukanlah pakar dalam mengkritik novel tetapi terasa hendak juga menyuarakan pandangan saya yang boleh saja dianggap dangkal atau bernas oleh sesiapa yang menjenguk ke sini.
MK sebuah karya popular yang menarik perhatian sebenarnya tetapi saya mengatakan terlalu banyak coincidently kerana ada unsur 'deus ex machina' di dalamnya. Deus ex machina membawa pengertian kebetulan yang sangat kebetulan dan diluar jangkaan. Maaf kalau saya tersilap. Pengkaji sastera pasti tahu apa yang saya maksudkan.
Farhana bersahabat baik dengan Kamel tetapi perhubungan mereka tiada berkesudahan kerana masing-masing tidak pernah menyuarakan rasa hati dengan tepat dan jitu. Saya melihat pengarang berjaya meleretkan cerita tetapi pada masa sama mampu menarik khalayak supaya lebih memberi daya tumpu terhadap kisah cinta muda mudi yang tidak mustahil berlaku dalam dunia moden hari ini. Pastinya seimbas lalu khalayak akan membuat tanggapan Farhana akan bersatu dengan Kamel tetapi sebaliknya.
Saya tidak menolak wujud jalan cerita seperti yang dialami Farhana dan Signor Gio. Bercakap mengenai Gio, saya membayangkan lelaki Itali ini seperti Edward Norton/Andy Garcia/David Copperfield (waa banyaknya pilihan..haha) yang berambut hitam dan berhidung mancung w/pun pengarang tidak memperincikan wajah Gio dengan terperinci manakala Farhana pula saya berikan kepada Rita Rudaini. Wanita timur dan lelaki Eropah...hmm...amat menyeronokkan.
Kebetulan yang saya maksudkan itu ialah pertemuan Farhana dengan Gio/ Gio yang mencari cinta/ Gio yang kebetulan sentiasa be there kepada Farhana dan Gio yang sanggup berbuat apa saja untuk Farhana. Sekali fikir memang illogical tetapi seperti yang saya katakan terdahulu, deus ex machina menjadikan sesuatu itu logik dan it can happen in every where and every circumstances. So, sebagai khalayak, saya menerima situasi itu walaupun kadangkala deus ex machina boleh menjejaskan jalan cerita.
Dari segi latar, saya yakin pengarang mengetahui banyak mengenai Itali. Sama ada pengarang pernah menjejakkan kaki ke kota cinta penuh romantis itu atau mendapat maklumat melalui gerbang internet, ia bukan persoalan kerana semuanya yang dinyatakan itu adalah wujud.
Kalau pengarang mendapat info melalui internet, saya salute usaha beliau!
Dan apa yang paling mengagumkan saya ialah idea pengarang mengadun cinta dan elemen mafia dalam satu kisah romantis. Membaca MK membuatkan saya terfikir adakah penamatnya di luar dugaan atau sebalik tetapi saya yakin pengarang pasti menggunakan happy ending...
Selebihnya ada banyak elemen menggetarkan dalam MK dan saya cadangkan anda membacanya sendiri....

Wednesday, June 18, 2008

one for u and one for me...

Hmmm...sehari suntuk saya menyiapkan 100 biji kek cawan untuk birthday Adam Irfan Harraz pada Sabtu minggu lepas. Rasa kering idea saya bagaimana nak buat decoration atas kek kecil tu..birthday boy memang x kisah apa yang saya letak sama ada ultraman ke, batman ke atau hello kitty sekalipun...dan nasib baiknya mummy kepada birthday boy suka dengan hiasan yang saya letak pada kek ini...
Hijau, pink, biru and kuning...next nanti saya nak try purple and chocholate plak...nampak tak ejaan NIZAR tu. Itu untuk member yang x percaya saya boleh buat kek ini...hehe
Ada lagi ni...hiasan apa yang anda nak...
Pilih saja...
Saya pilih yang ada blue daisie tu...
Ok..minggu ini saya perlu menyiapkan sebanyak 100 kek lagi...

Tuesday, June 10, 2008

Mayada and Nadia...

Salam..saya agak kalut dua tiga hari kebelakangan ini akibat menyesuaikan masa dengan rutin tugas baru tetapi amat selesa dan menyeronokkan. Apabila balik ke rumah, masa juga terhad kerana beberapa sebab: penat, tidur, berkemas dan beberapa lagi yang membuatkan buku-buku di dalam bilik kerja saya dilapisi habuk nipis akibat tidak berusik.
Itu tidak termasuk masa yang saya akan gunakan untuk menyediakan tempahan kek dari rakan. Hujung minggu ini saya perlu menyiapkan 100 biji cup cake untuk birthday Adam Irfan Harraz (my officemate punya son) yang genap dua tahun.
Kalau berkesempatan, saya akan baca kerana penat lelah berasak di Pesta Buku 2008 masih terasa. Saya hampir pengsan kerana asakan manusia tetapi nafsu membeli buku yang begitu kuat dalam diri membuatkan saya turut berasak sama. Jadi, alang-alang susah mendapatkan buku-buku itu, saya wajar menghabiskan bacaan.
Dua buku ini sudah lama saya tamat membacanya. Buku dari penulis luar agak berbeza dengan buku tempatan. Cara mereka mengarang juga berbeza. Paling saya suka, cara 'pantas' yang mereka terapkan dalam buku. Nak tahu macam mana pantas itu...bacalah.
Di bawah ini saya sediakan sinopsis Nadia dan Mayada:

NADIA'S Song karya Soheir Khashoggi mengemukakan konflik darjat, pengkhianatan keluarga dan kisah cinta tragis antara dua bangsa kerana perbezaan cara hidup, anutan serta tradisi keluarga yang mewajibkan anak perempuan menerima jodoh pilihan keluarga.
Kisah dalam novel ini mengambil Iskandariah di Mesir pada zaman Perang Dunia Kedua sebagai latar kisah dengan menampilkan Karima Ismail, pembantu rumah yang bekerja dengan hartawan dari Britain, yang juga pemilik ladang kapas terbesar di bandar berkenaan.
Karima yang bercita-cita menjadi penyanyi, berkawan baik dengan anak lelaki majikannya, Charles Austen dan keserasian antara mereka berdua menyebabkan masing-masing jatuh hati hingga akhirnya terlanjur, tetapi Austen tidak mengetahui wanita itu mengandungkan anaknya. Malang mula menyelubungi Karima apabila Charles meninggal dunia dalam satu kemalangan dahsyat manakala abang Karima pula, Omar yang mengetahui rahsia adiknya itu, cuba menghapuskan Karima bagi mengelakkan keluarganya daripada ditimpa malu. Nasib menyebelahi Karima apabila perkahwinan yang diatur dengan Munir Ahmad berkesudahan dengan pemuda itu menerima hakikat diri wanita malang itu dan menyayangi anak hasil hubungan Karima dengan Austen, Nadia, dengan penuh kasih sayang.
Kebahagiaan Karima dan Munir berterusan meskipun selepas mereka berpindah ke Kaherah, tetapi kegembiraan mereka tercabar ketika Nadia mencecah usia dua tahun apabila berlaku kebakaran besar di bangunan kediaman mereka, menyebabkan seluruh penghuni kelam-kabut menyelamatkan diri dan Nadia terpisah daripada keluarganya.
Memikirkan Nadia terkorban dalam kebakaran berkenaan, Karima sentiasa diselubungi kesedihan, tetapi akhirnya menghadapi situasi kehilangan anaknya secara terbuka dengan kembali memberi tumpuan kepada minat serta cita-citanya ketika remajanya, iaitu ingin menjadi terkenal. Karima menemui kejayaan dan kemasyhuran dalam kerjayanya apabila diterima baik masyarakat Arab manakala Nadia yang hilang diselamatkan pasangan Tariq dan Celine, mula mencari siapakah ibunya yang sebenar selepas kematian Celine akibat barah.
Nama Nadia ditukar kepada Gabrielle (Gaby) oleh Celine dan Tariq, dibesarkan beribu batu jauhnya daripada Karima yang disanjung masyarakat Arab, kembali ke Mesir kerana ingin bertemu ibunya, digelar Nightingale di kalangan penggemarnya dan disayangi ramai kerana keupayaannya dalam bidang seni.
Soheir bijak memanipulasi keadaan apabila beliau memulakan penceritaan dengan gambaran pengebumian tokoh seni, Karima Ismail yang dikatakan setaraf dengan penyanyi Arab tersohor, Umi Kalthum dan beribu-ribu orang memberi penghormatan terakhir di tanah perkuburan pada hari pengebumiannya.

MAYADA Daughter of Iraq ini membongkar rahsia pentadbiran Saddam yang tidak diketahui masya rakat luar terutamanya la yanan terhadap wanita. Karya Jean Sasson menghidangkan kisah wanita keturunan bangsawan di Iraq, Mayada al-Askari yang terpaksa melalui kehidupan penuh penderitaan apabila ditangkap polis rahsia di bawah pemerintahan Parti Baath pimpinan Saddam Hussein.
Kehidupan Mayada, ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Fay dan Ali, musnah apabila pihak berkuasa menyerbu kedai percetakannya di Baghdad dan dipenjarakan di Baladiyat atas dakwaan menyebarkan dakyah antikerajaan. Kesengsaraan Mayada bermula apabila ditempatkan di Sel 52 dan terpaksa berkongsi ruang sempit itu dengan 17 tahanan wanita lain yang senasib dengannya kerana masing-masing dikenakan hukuman tanpa bicara selain terputus hubungan dengan saudara mara.
Setiap malam, Mayada bersama-sama tahanan wanita di Sel 52 terpaksa mendengar laungan dan jerit pekik banduan yang diseksa menyebabkan mereka mula berkongsi cerita masing-masing serta kekaguman wanita itu, juga sebahagian besar rakyat Iraq terhadap Saddam Hussein. Sesungguhnya angka 52 membawa makna tersendiri dalam kehidupan Mayada yang menyaksikan datuknya meninggal dunia di bilik hospital bernombor 52 dan bapanya juga menemui maut pada usia 52 tahun sehingga mendorongnya berfikir akan menemui ajalnya di sel terbabit.
Tahanan wanita di sel terbabit tertarik dengan cerita Mayada mengenai kesempatannya bersama-sama ibu dan ahli keluarganya makan malam di istana Saddam Hussein kerana bapanya berpengaruh dalam politik.
Di dalam Sel 52, Mayada rapat dengan Samara yang sentiasa memberi keyakinan kepadanya bahawa beliau akan berpeluang melihat dunia di luar Baladiyat dan bersatu semula dengan dua anaknya yang terpaksa membesar tanpa belaian ibu mereka.
Di luar pengetahuan Mayada, ibunya, berusaha membebaskan anaknya itu daripada tahanan polis rahsia dan menggunakan setiap saluran bagi membebaskan Mayada dari Baladiyat termasuk membuat panggilan telefon ke pejabat Saddam yang akhirnya memberi sinar baru kepadanya.
Setelah dibebaskan, Mayada diberitahu sembilan lagi pengusaha kedai cetak turut ditangkap atas alasan yang sama dengannya. Selain itu, Mayada juga terpaksa membayar sejumlah wang bagi membebaskan anak perempuannya, Fay yang dijaga Mamoun ketika beliau menjalani tahanan dan tidak sabar untuk menziarah kubur bapa serta datuknya bersama-sama anaknya. Mayada turut berusaha membebaskan tahanan wanita lain di Sel 52 termasuk Samara di samping mencari kehidupan lebih menjanjikan dengan meninggalkan Iraq bagi membina hidup baru di Jordan walaupun diberi amaran untuk tidak meninggalkan Iraq.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...