Dulu, ketika kecil, saya cukup kagum melihat sepupu meletakkan dua tiga kuntum bunga ais krim di atas kek royal aising. Saya dan kakak memang takjub melihat bunga berkenaan, lagaknya macam bunga berkenaan sangat aneh dan pelik walhal oleh sebab ia cantik saja makanya kami tidak berkelip melihatnya. Tapi kini macam-macam teknik ada untuk buat bunga gula.
Antaranya yang di atas ini, gula boleh dibentuk menjadi bunga, malah pelbagai lagi. Janji ada alatan canggih, semua benda boleh dibentuk daripada gula.
Pastikan gula sentiasa diletakkan di bawah heater supaya lembut dan senang dibentuk.
Student Akademi Seni Pastri Malaysia sedang membuat kelopak bunga daripada gula. Sekali lagi saya dilanda kekaguman...
Dan seperti biasa, saya pun mulalah berangan untuk ambil short course di sini..
Kelopak bunga yang sudah siap daripada gula, tunggu untuk digubah saja...
2 comments:
ada assignment kat sini jugak ke? best kan!
Ada...best sangat...dan-dan tu rasa nak ambik kursus..
Post a Comment