don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Thursday, April 14, 2011

Fondant...

Fondant kek antara yang membuatkan saya cukup teruja untuk mengambil kursus jangka pendek membuat kek atau roti di Akademi Pastri Malaysa di PJ. Kesempatan membuat kunjungan ke akademi berkenaan memang mengetuk-ngetuk minda saya supaya mengumpul duit untuk membiayai diri sendiri supaya mengambil kursus membuat roti dan kek khususnya roti Perancis kerana rasanya mempunyai perbezaan dengan roti Malaysia. Mungkin perbezaan bahan membuatkan rasanya lain, namun keduanya saya gemari asalkan namanya roti. Kalau roti kampung, saya suka roti kukus (kalau bahasa persuratan disebut pau). Di kampung saya disebut roti kukus yang intinya ada diletakkan kelapa, kacang hijau atau kacang merah. Ada juga inti kaya. Dulu, ketika saya bersekolah rendah, ada seorang Bai bermata biru, suka makan sirih, sambil mengayuh basikal keliling kampung, datang jual roti, kaya, ais krim etc. Dan bagi saya, kaya warna pink yang dijual cukup enak...sampai kini saya masih terbayang mata biru Bai penjual roti itu...hihi..
Kek fondan berhias bunga lily (eh betul ke bunga lily, anyone pls correct me if im wrong...)yang dihasilkan oleh Chef Hong di Akademi Pastri Malaysia.
Cantik sangat kek ini..kombinasi biru dan silver amat menarik...
Nikmatinya...kalau saya dapat kek seperti ini, harus saya letak dalam balang kaca dan x akan potong sampai bila-bila..gilos! Hahaha...demi sukanya kepada kek iteww...
Barbie doll in fondant...so cute!
Owhh so delicious and yummy and cutie!
Sebijik macam real!!
Bee..i like this!
Hihi...bee..

Waterfall...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...