don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...
Thursday, April 22, 2010
Menangis...
“Sebagai manusia, anda tidak perlu mengawal diri mempamerkan yang baik-baik saja. Lagi lama berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, lagi banyak anda mendera diri sendiri. Menangis sajalah, anda akan berasa benar-benar bermakna hidup ini...”
Saya melihat satu kisah di HBO beberapa malam lalu mengenai dua sahabat yang saling berlagak bagus walaupun sebenarnya masing-masing mempunyai masalah dalam hidup. Saya terpanggil mengingati quotation berkenaan kerana terkesan dengan maksud yang ingin disampaikan..kita sering menangis di belakang pintu, di dalam tandas, di dalam kereta ketika memandu atau di dalam gelap ketika kepala direbahkan ke bantal atau paling tidak pun, mengeluarkan air mata ketika mandi di bawah pancuran supaya tiada siapa pun yang dapat mengesan perilaku berkenaan yang mungkin dianggap memalukan empunya diri. Benarkah begitu?
Alangkah sulitnya hidup ini walaupun hanya untuk membuang keluh kesah yang menggunung di dada. Kenapa tingkah laku itu pun harus dilakukan bersunyi-sunyi supaya tiada siapa yang mengesan. Ia tidak menyalahi undang-undang pun, tetapi kita sentiasa ingin berahsia apabila menangis, seperti menangis itu satu kesalahan besar.Saya yakin anda semua pernah menangis, mengeluarkan air mata kerana kehilangan, kegembiraan, kemarahan bahkan kerinduan terhadap sesuatu.
Memang sulit untuk mentafsir misteri air yang keluar dari jurai mata...walaupun keluar setitik atau dua titik cuma, ia membawa impak besar dalam kehidupan. Sama ada makin melegakan atau makin menyesakkan. Saya tahu anda pernah menangis di luar sana. Usah kata wanita, lelaki juga tentunya pernah menangis. Menangis kepada rakan melalui surat, menangis kepada emak kerana kerinduan, menangis di hadapan pusara kerana kerinduan kepada saudara yang sudah tiada dan ada seribu sebab. Dan disedari atau tidak, menangis sentiasa akrab dengan kita, paling melegakan apabila menangis dan mengadu kepada Allah..saya tidak pasti dengan bangsa lain tetapi sebagai muslim, saya yakin anda pernah menangis kerana sesuatu sebab dan berasa diri anda dekat dengan Pencipta..
Makanya, tiada salah untuk mengeluarkan air mata...tiba-tiba saya teringat kepada nephew saya yang berusia dua tahun yang menangis tanpa bunyi, hanya air mata mengalir laju ketika ibunya membawa adik kecilnya masuk ke dalam rumah selepas bersalin di hospital.
Dia duduk di satu sudut dan menangis dengan senyap..sehinggalah seorang daripada kami menyedari dia menangis tanpa bunyi..ntah apa yang dia rasakan ketika itu..hanya bunyi sendu yang perlahan. Di usia itupun dia sudah memiliki rasa menangisi sesuatu yang walaupun dia sendiri mungkin tidak fasih untuk mentafsirnya...apatah lagi saya, anda dan siapa-siapa saja di luar sana....sulit bukan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment