don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Sunday, April 25, 2010

fragmen2

"Ada banyak perkara yang perlu dilakukan dalam kehidupan. Bukan hanya ingin mendapat keredhaan di sisi Allah yang mencipta kita, tetapi redha di sisi manusia juga. Kena ingat itu..."
"Ingat..dan aku tahu. Kerana aku pun manusia, ada darah yang mengalir dalam badan, ada nyawa yang sentiasa mengetahui jasad itu adalah pelindungnya buat seketika."

Mungkin yang nyata, dia perlu beredar dari perkuburan sunyi yang tiada nisan penanda, apatah lagi noktah akhir yang boleh dia jadikan garis harga sebuah maruah.

"Mungkin kau masih berdiri berseorangan di sebuah tapak pembunuhan sepi yang mana angin pun tidak sudi untuk singgah dan menyapamu. Mungkin jika ini pengakhirannya, kau perlu berlalu, aku rasa. Peredaran itu mungkin lebih mendamaikan..."
"Aku berasa sedu sedan hati yang berkeluh kesah ini tidak sampai padanya. Memang derita menelan duri ingatan yang tidak surut-surut ini. Ingatanku ini bersifat naif, dari kepingan perasaan yang benar-benar tersepit, menjerit, membesit dan bingit dalam sunyi yang total..sunyi yang membunuh Inas," katanya pada Inas yang diam di hujung telefon. Dia dengar Inas melepaskan keluh perlahan.

Inas adalah manusia yang paling layak untuk merakam sebuah lukisan hidup yang mula dicatan di galeri sunyi di daerah misteri kepunyaannya. Dan dia juga akan merakam seorang Remy untuk Inas potretkan sebagai karya yang wajar dihargai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...