don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Thursday, March 31, 2011

Tazkirah diri..

Hari Jumaat...sering mengingatkan saya kepada kematian...rasanya semua yang beragama islam menyedari keadaan ini kerana hari kiamat kita dikatakan jatuh pada Jumaat, penghulu segala hari, tapi kita tidak tahu bila...mudah-mudahan kita sentiasa dalam peliharaan Allah walau di mana saja berada...
Hari ini saya terpaksa meninggalkan teratak saya selama satu malam kerana memenuhi tuntutan kerja..terpaksa! Kalau tidak kerana terpaksa, ada offer ratus-ratus pun saya tidak akan meninggalkan kediaman saya yang sunyi itu...kerana saya sayang dan sayang kepada rumah itu..kediaman yang mendamaikan bagi saya walaupun ia mungkin menakutkan bagi orang lain kerana suasana perumahan di situ sangat sunyi..sunyi yang kelinglongan...
Ok, saya sentiasa teringat kepada quotation ini, yang pernah saya baca di FB Ustaz Khusyri Amiza tidak berapa lama dulu..(kalau saya tersilap, mohon maaf)..
Begini antara yang saya masih ingat:
"...sesuatu yang diminta atau didoakan itu berlaku bukan sebab doa kita dimakbulkan, tetapi ia berlaku sebab Allah mahu ia berlaku dalam kehidupan kita..."

Makanya apabila sesuatu yang tidak elok itu berlaku kepada seseorang yang tidak sehaluan dengan kita atau apa saja yang bertentangan dengan kita, janganlah menganggap itu adalah balasan daripada perbuatan tidak baik mereka sebaliknya ia berlaku dengan kehendak Allah...
Begitu juga kalau berlaku sesuatu pada saya..saya yakin ia adalah jalanan hidup yang sudah ditulis oleh Allah di loh mahfuz dalam kehidupan saya...
Justeru, sewajarnya kita berprasangka baik sesama insan. Jika ada secebis rasa dengki atau iri di dalam hati mereka, itu adalah urusan mereka dan Pencipta..

Off to PD.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...