Saya kutip daripada kata-kata seorang rakan di FB, Ustaz Khusyri Amyza:
Apabila berukhuwwah, kita khilaf dalam berkata-kata, perli memerli menjadi rutin. Ketahuilah bahawa hati-hati kita diciptakan berbeza. Ada yang teguh dan ada yang rapuh. Usah ditanya apa yang dia lakukan kepada kita, tapi tanyalah apa yang kita lakukan kepadanya. Kejayaan kita dalam memaknakan "tafahum" adalah bergantung kepada keupayaan kita menjaga "lidah".
Apabila direnung-renung..sememangnya kata-kata ini mengusik minda dan hati saya...tidaklah saya mengamalkan sikap perli memerli, tapi andai kata saya ada bercakap atau berkata-kata dan didengari oleh anda yang berasakan saya memerli anda, pohon maaflah kerana ia diluar kesengajaan saya. Saya tidak gemar jika orang bercakap dalam nada sinis dan memerli terhadap saya justeru saya tidak akan melakukannya kepada orang lain.
Bukan saya ini bagus, dan bukan juga jahat, tetapi sebagai manusia kadang kala khilaf sentiasa berlaku dalam percaturan harian. Ampunlah saya pinta kepada manusia yang ada tersentap hatinya kala saya berbicara dengan anda...
Dan dulu saya sentiasa bertanya apa yang akan saya perolehi jika saya mengenali anda, sehinggalah saya berada dalam satu situasi yang cukup selesa di suatu hari yang sangat diberkati, saya mula terfikir dan sudah pun saya lakukan, apa yang saya boleh beri untuk orang lain. Adalah lebih baik jika saya boleh memberi banyak manfaat untuk orang lain berbanding saya bertanya akan manfaat yang akan saya dapat daripada orang lain...
Ada banyak jalan untuk kita mendapat keredhaan Ilahi dalam kehidupan..saya percaya anda mempunyai jalan tersendiri...dan hari Jumaat ini, syukur sangat sebab saya masih berpeluang memandu ke pejabat jam 6 pagi dan menikmati suasana pagi yang sangat aman dan menenangkan..betullah juga kata-kata arwah nenek saya, bangun pagi, rezeki murah dan hati tenang...segala kebaikan datang kepada kita..ok saya nak menghantar hadiah jap kepada arwah nenek saya, Hjh Halimah Awg Seman dan arwah bapa saya, Shafie Mohd Noor...off now! (7.38am 13 Rabiul'akhir 1432 H @ 18 Mac 2011)
No comments:
Post a Comment