Saya nak jadi penagih...
TADI semasa memandu ke Bangsar, jam 6.40am, saya mendengar Sinar FM dan dj ada menyebut hari ini adalah 11.1.2011...cantik tarikhnya dan terfikir pula saya sudah 11 hari juga saya menjalani tahun 2011 yang dilalui..kata orang, yang lepas dijadikan tauladan dan yang akan dilalui dijadikan sempadan.
Apabila menoleh ke belakang, banyak yang saya tinggalkan dan 2010 adalah tahun yang ada memercikkan banyak warna terutama warna hitam, kelabu, coklat dan warna-warna gelap yang mana sama ada saya suka melihatnya atau tidak, saya terpaksa. Sikit sekali warna terang, kalau ada pun setitis dua merah jambu, dan selebihnya bercampur baur..biarlah..itulah yang dinamakan hidup agaknya!
Ya, 2010 adalah tahun luka dan saya banyak membuang masa terutama ke arah membinasakan diri? Kenapa? Kenapa saya membinasakan diri...kerana saya terlalu banyak memenuhi tuntutan kerja tanpa mengambil kira bicara keperluan diri. Makan, tidur, berjaga dan semuanya tidak mengikut fitrah menyebabkan kondisi kehidupan sedikit tergugat...uhhh...saya nak jadi penagih tahun ini...bukan penagih dadah tetapi penagih senaman...mahu atau tidak, senaman harus di diperbanyakkan dalam list harian...tolonglah semangat saya ini, supaya saya menjadi ketagih terhadap barang-barang begitu...dan saya nak kurangkan makan?? Err bolehkah saya? Mesti boleh..ingat banyak perkara Shasha..haha! Ok! Ok!
5 comments:
kak jom pergi Korean Style Steamboat,
pastu saya nak ajak akak makan kat Ayam Penyet..pastu kat Santai..tomyam dia sedap kakkk
eh ko mimpi ke haper? akak diet!!
diet????
tak caya!!
hahahahahahaha
future is possible :)
and good luck for 2011! :p
fred dear..thanks for the wishes..
Post a Comment