don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Thursday, January 27, 2011

...berhenti membunuh diri..(1)

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya hampir setiap hari, setiap ketika dan setiap saat melakukan percubaan untuk membunuh diri...memang boleh dikatakan saya tidak pernah berhenti melakukan percubaan mencederakan diri dan secara tidak langsung it lead me to 'kill' myself walaupun saya tidak pernah merencakan atau terfikir untuk bunuh diri. Ya lah, kerana sejak dulu saya ingin hidup seribu tahun...seperti kata Chairil Anwar, penyair Indonesia yang saya suka kata-kata puitisnya itu.
Begitupun, saya masih lagi diberi peluang oleh Allah kerana tidak pernah mengambil 'nyawa' saya walaupun saya sudah bertahun melakukan percubaan bawah sedar membunuh diri dengan cara yang paling dan tidak menyakitkan langsung...terima kasih Allah...
Dan kini, setelah saya kehilangan 'sesuatu' dalam hidup...saya mula sedar, saya tidak mahu lagi membunuh diri tanpa usul periksa..malah saya tidak akan membunuh diri lagi. Saya sebaliknya mencari rahsia untuk hidup lebih lama..immortality, dengan cara saya sendiri...kerana saya ingin hidup seribu tahun lagi..

#btw bunuh diri yang saya maksudkan ini adalah 'makan nasi'..kalau saya tidak silap, sepinggan nasi sama dengan 27 sudu teh gula.. bayangkan saya mengambil gula 27 sudu (x 3) sehari. sudah jadi 81 sudu.. kalau setahun apa jadi dengan badan saya...kencing pun akan jadi lebih daripada manis, bahkan bersari gula...patutlah saya ada lihat beberapa ekor semut di dalam rest room saya...tak boleh jadi...pada usia yang akan bertambah ini, saya tidak akan lagi makan 81 sudu gula setiap hari..saya tidak mahu mengambil suntikan insulin setiap hari seperti mana bonda saya melaluinya ...rasanya saya masih lagi belum terlambat untuk ini...doakan saya...berjaya!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...