When i was in UK last 2 weeks..someone bought me a ticket to see Phantom of The Opera @ Her Majesty's Theatre57 Haymarket. And i was excited because everybody knows Phantom is one of the excellent story in these industry.
Kisahnya, panggung Her Majesty yang saya kunjungi ini tempat duduknya muat-muat saja dan tidak bebas bergerak. Kebetulannya di hadapan saya ada satu famili 'besar' seramai lima orang membuatkan saya tidak senang duduk untuk mendapatkan view terbaik ketika menonton.
Antara babak ketika Christie dibawa menaiki gondola oleh Phantom.Phantom / Christie
Before that, my colleague, Faizal Hamid, told me that he was impress abt the set decoration of The Phantom. Then im more excited to see that. Yes it is, walaupun Her Majesty adalah sebuah panggung teater lama, berderet orang memenuhi tangga untuk masuk ke dalam mendapatkan tempat duduk berdasarkan tiket yang sudah dibeli.
Was taken a moment after came out from Her Majesty Theatre @ Piccadily St..thanks Dodi belanja tengok Phantom.Tempat duduknya juga memang sangat sempit dan bertingkat seperti mana Istana Budaya di Kuala Lumpur. Dengan pencahayaan lampu yang malap, saya sedikit mengantuk untuk menikmati Phantom yang penuh dengan aksi menarik sebenarnya yang dibawakan oleh watak-watak utama, Phantom dan buah hatinya bernama Christie.
Banyak aspek yang saya tumpu sepanjang menikmati teater yang tiketnya berharga RM250 (40 pound) itu, tetapi paling menarik perharik perhatian adalah set teater itu sendiri yang mengambil latar ruang seakan penjara kerana ada jeriji selain bilik yang memisahkan Chisti dan ruang lain. Tidak dinafikan kelebihan teater muzikal Inggeris, barangkali banyak dihiasi dengan ballet yang cantik dan Phantom turut mempunyai elemen berkenaan. Sayangnya saya tidak boleh mengambil gambar kerana ia adalah peraturan panggung.
Nyanyian, tarian, dialog yang nyata dan suara soprano menguatkan legasi Phantom serta gerak geri yang kemas setiap watak menjadikan Phantom lebih diingati dari semasa ke semasa. Pada satu ketika, audiens seakan-akan berada di dalam cerita dan teknik berkenaan, seakan saya belum ada dilihat di sini (maaf kalau saya terlepas pandang) kerana saya bukan 100% mengikuti perkembangan teater tanah air kita. Begitupun, teknik berkenaan wajar diaplikasi di sini sekiranya ingin menyuntik kelainan.
Dan dua hari lepas, someone (again..someone) gave a ticket to see Siti Di Alam Fantasi @ Istana Budaya. Wow!! SDAF begitu memukau dan Aminah Rafor memang wajar diberikan penghargaan kerana membawa Siti ke lantai IB dengan penuh bergaya, warna warni dan menggembirakan ramai si kecil yang teruja menikmati kerenah Siti yang mengada-ngada itu.Setnya hebat pada pandangan saya, paling saya gemari adalah babak duyung di dalam laut yang berenang-renang dengan gembira di dalam air. Kemunculan bubble juga sangat membantu menghidupkan suasana dasar lautan selain sesiapa saja gembira menyentuh bubble yang berterbangan di dalam panggung.
Watak ulat bulu yang terlebih gedik (congrate to Chekem!) juga mengujakan. Memang kali ini di dalam SDAF beliau muncul dengan versi berbeza. Jika sebelum ini Chekem banyak memainkan watak penting dan serius tatpi kali ini beliau muncuk gedik dan getik..nah apa lagi yang boleh digambarkan kepada ulu bulu berkenaan.
Banyak yang boleh ditulis tetapi 'barang' yang baik tidak perlu kata-kata bombastik kan. Anda lihat, anda tahu...
Dan saya teringat Phantom dua minggu lepas, bagaimana gayanya jika Siti dibawa beraksi ke lantai Her Majesty, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendahkah kita? Apa-apa pun, kita boleh...(Entri ini adalah pandangan peribadi dan tiada sangkut paut dengan sesiapa pun, terima kasih!)
4 comments:
salam kak shasha
moga ceria selalu; amboi seronoknya acara itu, majlis ini:-), macamana dengan buku-buku Pak Tenas? dah dapatkannya ke? oh, ada catatan tentang akak di blog saya:-)
Salam Dr, buku-bukunya ya..hmm ada cerita..cerita itu dan ini. Akak call nanti..tq
gambar no 2 tu macam nak 'termuntah' jer bende tu...
hahahahaha
oit muntah apa?? ko neh itu jer nampak??kuang asemmm..
Post a Comment