Hari Jumaat...sering mengingatkan saya kepada kematian...rasanya semua yang beragama islam menyedari keadaan ini kerana hari kiamat kita dikatakan jatuh pada Jumaat, penghulu segala hari, tapi kita tidak tahu bila...mudah-mudahan kita sentiasa dalam peliharaan Allah walau di mana saja berada...
Hari ini saya terpaksa meninggalkan teratak saya selama satu malam kerana memenuhi tuntutan kerja..terpaksa! Kalau tidak kerana terpaksa, ada offer ratus-ratus pun saya tidak akan meninggalkan kediaman saya yang sunyi itu...kerana saya sayang dan sayang kepada rumah itu..kediaman yang mendamaikan bagi saya walaupun ia mungkin menakutkan bagi orang lain kerana suasana perumahan di situ sangat sunyi..sunyi yang kelinglongan...
Ok, saya sentiasa teringat kepada quotation ini, yang pernah saya baca di FB Ustaz Khusyri Amiza tidak berapa lama dulu..(kalau saya tersilap, mohon maaf)..
Begini antara yang saya masih ingat:
"...sesuatu yang diminta atau didoakan itu berlaku bukan sebab doa kita dimakbulkan, tetapi ia berlaku sebab Allah mahu ia berlaku dalam kehidupan kita..."
Makanya apabila sesuatu yang tidak elok itu berlaku kepada seseorang yang tidak sehaluan dengan kita atau apa saja yang bertentangan dengan kita, janganlah menganggap itu adalah balasan daripada perbuatan tidak baik mereka sebaliknya ia berlaku dengan kehendak Allah...
Begitu juga kalau berlaku sesuatu pada saya..saya yakin ia adalah jalanan hidup yang sudah ditulis oleh Allah di loh mahfuz dalam kehidupan saya...
Justeru, sewajarnya kita berprasangka baik sesama insan. Jika ada secebis rasa dengki atau iri di dalam hati mereka, itu adalah urusan mereka dan Pencipta..
Off to PD.
don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...
Thursday, March 31, 2011
Monday, March 28, 2011
Saturday, March 26, 2011
art expression..
Katanya jangan jemu dengan apa yang dilukis. Kalau bijak bermain dengan berus, boleh dapat stroke yang bagus dan kalau rajin juga akan membolehkan saya mendapatkan hasil yang baik.
Imelda, apabila melihat dia, saya teringat kepada artwork Bayu Utomo...mengenai wanita India yang menggayakan tarian penuh gemalai. Imelda memang beul mengingatkan saya kepada figura January Low yang begitu lincah menggayakan tarian klasik India...saya paling suka melihat mata dia. Imelda gemar menghasilkan potret dan dia memang ada bakat.
Nur Azlina, she's an artist..already had her solo exhibition @ NST Gallery beberapa tahun lalu tapi masa tu saya x sempat nak buat write up pasal exhibition dia ketika itu. Saya tengok dia cenderung menghasilkan gadis balerina...walaupun hanya menggunakan sebatang charcoal, dia memberikan sentuhan hebat. I envy! Saya sendiri masih lagi dengan 'keras tangan'..huhu
Marisa, saya tidak boleh nafikan dia begitu bersemangat menghasilkan berdasarkan model hidup di hadapan kami. Dia tekun dan rajin. Saya sendiri tidak mempunyai kesabaran seperti Marisa. Setiap Sabtu, dia mengambil dua kelas, selepas habis kelas dengan En Suzlee, dia menyertai kelas di bawah bimbingan Raja Azhar pula...dia bercita-cita ingin membuka sekolah seni di Terengganu. Kenapa Terengganu? Kerana dia menyukai negeri cantik dengan pantai itu...wish her luck!
Thursday, March 24, 2011
Pavlova...
Sunday, March 20, 2011
strawberry layer cake
Layernya tebal sebab saya dah sleepy..nak cepat siap.....
olio oglio
Huhu..saya bangun masak jam 5 pagi dan bila tiba di office, masih ada wapnya...apa-apa pun, saya makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan...:-)
haw far flake yg hangit!
Subscribe to:
Posts (Atom)