don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Sunday, March 20, 2011

warna-warni lah sangat!

ATT: Kek ini disediakan menggunakan resipi yang diberi oleh Guru Besar saya di Sekolah Menengah Perempuan, kira-kira 20 tahun lalu tetapi corak kek ini saya pelajari dari blog masak-masak yang saya dah lupa namanya, mungkin blog mamasya, kak zai atau kak ida punya blog, so kalau tuan punya blog termasuk dan terbaca ini, let me know ya and thanks a lot! So kek cantik ini bukan idea sayalah, saya kutip dari blog lain cuma resipinya adalah milik asal Pn Azidah Harun. Terima kasih cikgu...
Suka saya meneliti kek ini sebab corak abstraknya yang unik...sebelum ini kalau buat kek pound biasa, tiadalah saya terfikir nak selang selikan dengan taburan serbuk koko, tapi bila bila terbaca teknik menyediakan corak begini di blog mereka yg pakar masak...arghh tak sabar2 saya nak cuba...

Hijau, merah dan kuning lembut...dan ada garis hitam sebagai pemisah setiap layer...rasa macam pahit2 sikit tapi sedap...bukan saya nak puji tapi resipi kek ini memang sedap...
Saja ja saya letak pic kek ini banyak2, saya tahu sapa yang tengok ni mesti telan ayo lior..hik!

Figure Drawing 1

BETTER late than never! Yup..maybe this is the right words to say about the things that im doing now. Saya dah lama nak belajar fine art, tetapi kebanyakan yang ada di ajar tidak menerima part time student manakala saya pula tidak boleh menjadi full time student...clash! Bagaimanapun, Chekem bitau saya Aswara ada buat kelas hujung minggu untuk mereka2 yang zero mengenai fine art tapi sangat suka nak belajar perkara berkenaan. Saya tidak bertangguh dan Sabtu lepas adalah sesi yang sangat mengujakan.
Baru saya tahu daripada sebatang berus itu ada pelbagai ekspresi dan boleh membentuk satu kedudukan imej yang sangat bagus kalau pandai memanipulasi berus yang sebatang itu! Wow...Kelihatan Suzlee Ibrahim memberi tunjuk ajar kepada student yang dah pro, Nur Azlina Zulkafli, yang pernah membuat solo exhibition di galeri NSTP, beberapa tahun lalu.
Yang baju hitam (kiri) Hussin, student PhD dari USM, menggunakan cuti hujung minggu untuk belajar melukis. Imelda Shalin, Marisa Ng, Aizat, Faizal, Uda, Anis Hasmiera, Shu Ruei, Siew Yieen dan Anith, mereka ini sudah menyertai dua kelas. Saya tertinggal dua kelas terdahulu, tetapi ok jer lah...so setiap Sabtu saya tutup dapur, tak ada masak-masak anymore!

Thursday, March 17, 2011

Tazkirah 13 Rabiul'akhir 1432 H

Saya kutip daripada kata-kata seorang rakan di FB, Ustaz Khusyri Amyza:

Apabila berukhuwwah, kita khilaf dalam berkata-kata, perli memerli menjadi rutin. Ketahuilah bahawa hati-hati kita diciptakan berbeza. Ada yang teguh dan ada yang rapuh. Usah ditanya apa yang dia lakukan kepada kita, tapi tanyalah apa yang kita lakukan kepadanya. Kejayaan kita dalam memaknakan "tafahum" adalah bergantung kepada keupayaan kita menjaga "lidah".

Apabila direnung-renung..sememangnya kata-kata ini mengusik minda dan hati saya...tidaklah saya mengamalkan sikap perli memerli, tapi andai kata saya ada bercakap atau berkata-kata dan didengari oleh anda yang berasakan saya memerli anda, pohon maaflah kerana ia diluar kesengajaan saya. Saya tidak gemar jika orang bercakap dalam nada sinis dan memerli terhadap saya justeru saya tidak akan melakukannya kepada orang lain.

Bukan saya ini bagus, dan bukan juga jahat, tetapi sebagai manusia kadang kala khilaf sentiasa berlaku dalam percaturan harian. Ampunlah saya pinta kepada manusia yang ada tersentap hatinya kala saya berbicara dengan anda...

Dan dulu saya sentiasa bertanya apa yang akan saya perolehi jika saya mengenali anda, sehinggalah saya berada dalam satu situasi yang cukup selesa di suatu hari yang sangat diberkati, saya mula terfikir dan sudah pun saya lakukan, apa yang saya boleh beri untuk orang lain. Adalah lebih baik jika saya boleh memberi banyak manfaat untuk orang lain berbanding saya bertanya akan manfaat yang akan saya dapat daripada orang lain...

Ada banyak jalan untuk kita mendapat keredhaan Ilahi dalam kehidupan..saya percaya anda mempunyai jalan tersendiri...dan hari Jumaat ini, syukur sangat sebab saya masih berpeluang memandu ke pejabat jam 6 pagi dan menikmati suasana pagi yang sangat aman dan menenangkan..betullah juga kata-kata arwah nenek saya, bangun pagi, rezeki murah dan hati tenang...segala kebaikan datang kepada kita..ok saya nak menghantar hadiah jap kepada arwah nenek saya, Hjh Halimah Awg Seman dan arwah bapa saya, Shafie Mohd Noor...off now! (7.38am 13 Rabiul'akhir 1432 H @ 18 Mac 2011)

Sunday, March 13, 2011

Kek lobak merah

CUBA teka apakah bendanya ini??? Hmm saya dalam percubaan membuat kek lobak merah...jap ya..magic berlaku...:-)


YAYY!!!! Kek lobak merah saya yang pertama....kalau Maher Zain kata 'for the rest of my life,' saya pula kata for the 1st of my life..hihi...memang ini kek lobak merah pertama yang saya buat sejak hidup selama 40 tahun...dan ia menjadi! MasyaAllah dan marvelous. Saya tak peduli anda nak kata apa, yang penting saya buat, jadi dan selamat dijadikan kek harijadi Abang Ee yang masuk usia 4 tahun pada 13 Mac lalu. Happy Birthday Azzfar Isyraff! Mummy love you! Kalau kakak ida, kakak intan, kakak aisyah, kakak lala, syaker dan abang ashraf ada mesti seronok kan..anyway tak pe Nini ada...Ok, saya belum mahir membuat aising...nampak serabai tapi kira ok lah...

Decoration pun poyo jer...korang ada??? Haha...
Ini part paling saya suka. Apabila warna bertukar keemasan dan baunya naik memenuhi dapur saya...yesss saya tahu kek itu menjadi dan bakal dikorbankan sekelip mata.


Sebelum masuk oven, saya tawakal saja masa lihat adunan ini.
Dah masuk oven, bakar selama 1 jam ++...

Recycle bread...

KENAPA saya beri tajuknya recycle bread? Sebab the 1st thing came accross in my mind is what can i do with the bread reminant selepas saya kumpulnya selama dua minggu. Ia jadi banyak sebab sepanjang dua minggu ini, saya banyak menggunakan roti kerana membuat tart tuna.
Selepas dua minggu simpan perca roti, saya dapat sebekas puding roti. Nampak macam hangit sebab saya dah bakar dalam oven sebelum, konon nak buat bread crumb..hmm bread crumb lah sangat...!

Ini bendanya selepas dibancuh dengan telur, butter dan susu. Nak kata saya suka buat puding roti, tak juga sebab saya terpaksa cut banyak food yg berasa manis2 ini. Jadinya, semalam adalah hari saya test skil, masak itu dan ini, tetapi saya tidak makan pun kerana sudah 'menikmatinya' ketika menyediakan sebelum ia masak lagi. Baunya sudah cukup mengenyangkan saya, terima kasih kepada Zarin kerana sanggup meng'sms' saya panjang berjela mengajar saya membuat puding roti ini. Thanks to Hasya too because gave A* to my pudding..hihi!
Yay!! Dah masak, dah tinggal separuh pun..saya dah pack dan dah ada orang datang ambil pun..nak?

Wednesday, March 9, 2011

Happy Birthday Aqeem..

FIRST of all, happy birthday to Aqeem..dia dah lima tahun..semalam daddynya datang ambil cupcake di rumah saya jam 12 malam selepas balik kerja. Katanya nak hantar ke kindergarten Aqeem seawal pagi bersama hadiah lain...
Selepas masak, kena tunggu sejuk. Kebetulan saya terpaksa berkejaran dengan masa kerana menyediakan lapan container kek biskut merry yang saya buat entrynya sebelum ini. Jadi dengan tempoh waktu balik kerja dan tiba di rumah jam 6 pm, saya menyediakan 40 cup cake dan 3 adunan kek biskut merry dan saya kena off to bed @12 midnite or else im gonna be sleepy for the whole day esoknya. Memang saya kena tidur before 12, kalau tak bp turn hight!
Icing untuk disapu pada cupcake..thot wanna put pink colours, tapi baru teringat yg nak sambut birthdaynya adalah birthday boy..bukan birthday girl...hihi
Saya tak prepare pun nak buat canggih2 punya motif atas cupcake sebab daddy Aqeem pun cakap last minute...dan saya ini pelupa amat kerana tak tahu di mana saya simpan acuan untuk buat hiasan di atas cupcake..ended up with the simple motif..yang stripe tu adalah layer cake...saja kreatifkan tangan sebab saya dah buntu nak buat motif apa..lupa lah pulak nak beli otromen atau ben10 nak letak atas cupcake. Lagipun saya tak tahu Aqeem minat karakter apa...

Ok..off to bed..yawnnn......

Tuesday, March 8, 2011

donut lemonade...

I still remember a doughnut recipes from Pn Rohani Jelani @ Bayan Indah Culinary Retreat Resort..donutnya gebu dan enak, mudah disediakan dan kebetulan saya berpeluang menyediakannya..tat day i did choco d'nut but now is lemonade d'nut..rasa oren...
Selepas keluar dari Fagor. Donut kontemporary..no need to fry..just bake within 25 minutes and its ready to serve..
Sepatutnya bancuh cara manual..tapi saya nak cepat...
Saya masukkan dua-dua sekali ke dalam oven, nak jimat masa..
Yang gelap sengaja dihangitkan dan bau oren semerbak kerana garing..hmm...nyaman dan mengingatkan saya zaman sekolah rendah..donut adalah bekal setia saya ke sekolah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...