don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Tuesday, February 1, 2011

Anekdot...

2011 sudah memasuki hari kedua dalam kalendar Februari, pejam celik sana sini masa berjalan juga dan saya pun berlari juga untuk bersaing dengan masa...tinggal beberapa hari saja lagi untuk menyelesaikan beberapa perkara besar:

1) Perihal bunuh diri, insyaAllah saya sudah boleh mengatasi perasaan ingin 'bunuh diri@makan nasi' kecuali pada hari minggu, saya sengaja melayan selera kerana tahu adinda saya akan menyediakan pelbagai lauk pauk untuk kami makan. Dia memang akan memasak untuk menyediakan menu kepada dua anak kecilnya dan saya serta mak bonda kami. Katanya lauk yang dimasak sendiri lebih selamat (daripada aspek msg) berbanding yang dibeli di luar dan saya pelajari cara dia memasak, sentiasa ada sup yang ringkas tetapi menyelerakan. Apabila meletakkan diri saya di dalam kasut dia, saya berasa kerdil yang amat walaupun saya ini adalah kekandanya yang menjadi tempat dia bergantung...dia lah sebenarnya yang menjadi tempat saya bergantung. Saya sentiasa berharap dan malah berdoa untuk kesejahteraan dia dan dua anak kecilnya...

2) Alhamdulillah juga, urusan baca doa selamat teratak saya sudah selesai. Terima kasih kepada Abdul Aziz Ahmad, Mahmud Sobri Daud, Tn Haji Amir dan team surau Legenda Mas yang datang mengimarahkan teratak saya pada Sabtu malam (29 Jan @ 24 Safar 1432 Hijrah) yang lepas. Saya tidak pernah mengadakan bacaan doa selamat menduduki kediaman sebelum ini...memang saya kagum dengan apa yang dialami. Dimulakan dengan bacaan Yassin, diikuti dengan solat hajat dan Tn Hj Amir bertanya kepada saya di manakah bahagian tengah rumah, kerana beliau ingin melaungkan azan bagi memberi 'roh dan nyawa' kepada kediaman berkenaan. Jam 10 malam, laungan azan berkumandang dalam rumah saya dan beliau berpesan supaya menduduki rumah berkenaan kerana ia adalah milik saya. Paling penting, saya berasa semakin sukar untuk meninggalkan rumah itu kerana ia adalah syurga sementara buat saya. Sejuk dan selesa, walaupun tidak sebesar mana, ia cukup untuk saya duduk dan berfikir, berbicara denganNYA, bekerja serta menumpahkan silaturrahim saya dengan saudara saya dan sahabat handai yang datang bertandang dengan niat luhur.

3) Walau apa pun yang berlaku, life goes on. Life is battles and i have to face it no matter how hard it is.Thanks to my 4 siblings which is giving me fully support @ all times. Kjazz, Ding, Leli and Mail..thanks a lot!

4) Saya nak buat landskap untuk taman orkid saya.
5) Saya nak minta Adi pasang pintu rumah saya.
6) Saya nak buat fountain untuk dua ekor koi nanti.
7) Akan sentiasa bertemu 'Yaya dan Zain' dalam masa terdekat untuk menyelesaikan beberapa perkara...nantikan kehadiran mereka...
8) Hmm...apa lagi...oh ya terima kasih kepadaNYA kerana memberi segala kebaikan untuk saya nikmati sementara hayat masih ada.

Thursday, January 27, 2011

..mahalnya belanja untuk tidak membunuh diri (2)

ANDA perlu membaca siri bunuh diri (1) untuk memahami siri bunuh diri (2)

..saya mengalaminya...bukan mudah untuk berhenti membunuh diri..kerana membeli makanan yang bukan nasi adalah lebih mahal berbanding membeli nasi...kalau sepinggan nasi+ lauk untuk lunch, saya biasanya membayar sekitar RM5++ untuk hidangan 'bunuh diri' tetapi sejak ada kesedaran untuk berhenti membunuh diri, saya terpaksa memperuntukkan RM10++ setiap kali makan. Kenapa? kerana saya terpaksa menggantikan gula dengan serat yang mana serat jauh lebih bernilai berbanding gula..

begitupun, saya sanggup...bukan kerana saya ada duit lebih, tetapi kerana saya ingin hidup seribu tahun lagi...

...berhenti membunuh diri..(1)

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya hampir setiap hari, setiap ketika dan setiap saat melakukan percubaan untuk membunuh diri...memang boleh dikatakan saya tidak pernah berhenti melakukan percubaan mencederakan diri dan secara tidak langsung it lead me to 'kill' myself walaupun saya tidak pernah merencakan atau terfikir untuk bunuh diri. Ya lah, kerana sejak dulu saya ingin hidup seribu tahun...seperti kata Chairil Anwar, penyair Indonesia yang saya suka kata-kata puitisnya itu.
Begitupun, saya masih lagi diberi peluang oleh Allah kerana tidak pernah mengambil 'nyawa' saya walaupun saya sudah bertahun melakukan percubaan bawah sedar membunuh diri dengan cara yang paling dan tidak menyakitkan langsung...terima kasih Allah...
Dan kini, setelah saya kehilangan 'sesuatu' dalam hidup...saya mula sedar, saya tidak mahu lagi membunuh diri tanpa usul periksa..malah saya tidak akan membunuh diri lagi. Saya sebaliknya mencari rahsia untuk hidup lebih lama..immortality, dengan cara saya sendiri...kerana saya ingin hidup seribu tahun lagi..

#btw bunuh diri yang saya maksudkan ini adalah 'makan nasi'..kalau saya tidak silap, sepinggan nasi sama dengan 27 sudu teh gula.. bayangkan saya mengambil gula 27 sudu (x 3) sehari. sudah jadi 81 sudu.. kalau setahun apa jadi dengan badan saya...kencing pun akan jadi lebih daripada manis, bahkan bersari gula...patutlah saya ada lihat beberapa ekor semut di dalam rest room saya...tak boleh jadi...pada usia yang akan bertambah ini, saya tidak akan lagi makan 81 sudu gula setiap hari..saya tidak mahu mengambil suntikan insulin setiap hari seperti mana bonda saya melaluinya ...rasanya saya masih lagi belum terlambat untuk ini...doakan saya...berjaya!!

Monday, January 24, 2011

@ Brisik

MORE abt food..as usual, i was invited by tauke resoran lagi and it was same like Dapoer Bandoeng..Sunda Food..cuma kali ini saya kira rencahnya lebih mencabar dan pedas tetapi saya suka sangat mencuba sambalnya yang ada disediakan lebih daripada lima jenis sambal. MasyaAllah memang pedas tetapi mengujakan...
Btw, the pic above bukan sambal ya...ini adalah sagu gula melaka dalam kolam santan...arghh...saya allergic yang amat dengan pemanis mulut yg ini. Buatlah versi apa sekalipun, kalau sudah rupanya sagu gula melaka, saya akan menghabiskannya dengan segera...!
Ini satu lagi..colourful...really attractive! Can't say no for that! Ngee...
Mi...bukan kesukaan saya namun aromanya menyucuk-nyucuk...finally saya try juga...wow!!! Tak mau cerita, anda boleh cuba sendiri di Brisik Kafe, PJ One.
Yeahhh ini dia sambalnya...nampak tak tauhu yg digoreng keemasan tu..bukan calang-calang juga nak mencuba menu ini...simple and yet worth...burppp!
Ayam goreng...
Huhu...kerabu mangga...
Gulai hijau...
Haa tu dia...dok ada tiga sudu sambal..semuanya powerful...mesti cuba naaa!
Nasi ambeng, nasi ini kaya lauk, murah rezeki siapa yang menikmatinya...memang hidangan berkenaan membuatkan saya kenyang dua hari...hmm akan tetapinya....memang bye bye pada diet!

@ Dapoer Bandoeng...

I am lucky..always lucky regarding rezeki. I was invited by the owner of a restaurant, Dapoer Bandoeng which is located at Kelana Jaya Parkview, SS6/2 last month. Mrs Intan Juliana, sweet names ensemble her apperance too..yes she is beautiful like a typical malay lady. Perak born, she travels a lot due to her husband duty and Bandoeng, Indonesia is really intact with her...she told me, as food lover, she likes to cook, eat and all those things related to makan-makan...so Dapoer Bandoeng, i guess is her ethusiast towards food. And me too...food review is my duty...ngee!!!
Yes..mi sanggul ini nampak macam biasa sangat..tetapi apabila saya mencubanya, memang ia adalah antara mi yang akan saya sarankan untuk dicuba. Resepi mi specially made by their chef from Bandoeng..wak apa ntah namanya...ampun ya, kalau dah makan, saya lupa banyak perkara..
Ini jeruk kelapa namanya. Kenapa jeruk? Mix orange + air kelapa...mula-mula saya fikir mesti weird rasanya tapi bila slurp sekali..ahhh cool! Agaknya orang Indon bahasakan air yg masam khususnya kalau buah, mesti nama jeruk..err jeruk maman tau dak?
Dan yang ini kopi kelapa..kopi yang juga dibawa khusus dari Bandung, a taste is nice + isi kelapa..memang kesukaan saya..
Gado-gado...tertarik sungguh saya dengan aksesorinya...
Ayam penyet...sambalnya macam nak mengaum bila dilihat pada warna tapi kesannya tidak sampai mengeluarkan air mata kepedasan...
Tentu anda kata..elehhh apa kelas ini bakso...ya memang bakso ini upper class...haha..good for someone yang kalau nak diet...plain and oil less..
Rib and sambal...ribnya empuk dan senang cubit. Lupa lak nak tanya apa rahsia sampai rib ni langsung x degil bila saya tarik dengan sudu dan garfu..terus meluncur laju ke dalam kerongkong.
Satu lagi ayam penyet dengan aksesori lada hijau atau disebut ijo..
Kata Intan, semua menu di restoran ini adalah base on Sunda food...saya tidak begitu mengetahui mengenai susur galur Sunda, tetapi arif juga pasal makanan Sunda. Ia ditengah-tengah antara Jawa dan Indon...macam mana tu? Menunya seakan makanan Kelantan, ada sedikit manis dan pedas, tidak segarang Jawa dan tidak juga sekental menu Indon yang lain..atau mungkin juga resipinya sudah dimoderate...
Bagaiamanapun, jika mengunjungi Dapoer Bandoeng, anda tidak akan berasa rugi kerana makanannya hampir serupa dengan tekak Malaysia...haha...kenapa saya kata tekak? Sebab yummyliciousnya similiar to local food. U should try then...

Sunday, January 23, 2011

UNcle...

Teka whose this guy? Pakcik, pakwe, abang? Hmm...he's my uncle..uncle saya yg dah berzaman x jumpa..last time i met him was 5 yrs back rasanya...masa tu saya jumpa dia di KL Sentral, makan nasi ayam n kerabu mangga...dia singgah KL kejap, transit sementara nak pergi ke next destination...memang dia sibuk memanjang...hmm a day when i know that he will stop in KL (he lives in Genv)), saya dah berangan nak paksa dia makan nasi, makan itu dan ini...dan finally dia makan nasi beriani and kambing...sungguh saya dengki..dia makan banyak tapi badannya tetap macam gitu-gitu juga...dengkisss! Tengoklah jarinya yang runcing, tak membayangkan dia makan banyak...itu belum tengok lagi wajahnya..tak dimakan usia, walaupun dia sendiri banyak makan kambing...hahaha...(Marts....jangan jelesss ehhh, uncle..makan bodek tak??) Tak aci, saya makan sikit tapi jadi bertambah2 saiz badan...
banana cheese...huhu...hebat gila rasanya! saya kontrol sebab x maw pakcik saya kata saya kaki makan (walhal memang ya...)anyway..cheese banana cake ni memang enak rasanya..lebih enak kalau dinikmati bersama teh panas pada hari hujan...sambil layan berangan...hmm nyaman lagi!
And turkey ham sandwich...mix vith vege...ok juga..a lot of green vege and i like it!
Saya tahu, makanan yang sedikit...jika dimakan dengan berhemah, sambil menikmati suasana tenang, bercakap perkara yang menyenangkan atau tidak, mengambil kira keadaan sekeliling, persekitaran dan faktor alam, semuanya menjadi baik dan sempurna.
Walaupun ada perkara berat yang saya bincangkan dengan pakcik saya, perkara berkenaan menjadi mudah dan saya berasa mampu untuk melaluinya...saya berasa teguh untuk menempuhnya dan paling penting, saya akan terus melangkah...thanks uncle!

Sanctuary

WHAT a heaven, after 14 yrs worked, i finally bought my own property called house..a house that i can decorate like what i want..any colours, any positions etc...huhu..saya dah lama mencari sebuah rumah untuk didiami...sebuah rumah yang lebih kepada sebuah kediaman selesa selepas balik kerja, selepas merempuh kesesakan jalan dan selepas penat bergelut dengan kerenah manusia...dan akhirnya Allah mengurniakan saya sedikit rezeki, meminjamkan saya sedikit keuntungan untuk saya memiliki sebuah ruang untuk beristirehat...beristirehat selama-lamanya...dengan keluarga saya, dengan sesiapa saja yang sudi untuk mengunjungi kediaman saya degan hati tulus..(awas anda dilarang masuk kalau berhati busuk...pengamal ilmu hitam etc nanti penggera rumah saya akan berbunyi dengan sendiri..hehe)
Main hall...saya puas fikir what colour is suit for this main space. Rasanya semua nak letak warna hijau..tapi macam taman pula..nak cat warna kuning, saya allergic dgn kuning..sakit kepala..hitam?? Yes tapi nanti nampak scary, lain le kawan saya, Pn Lily Haslina, dia pernah cat perabot and dinding rumah dia kaler hitam dengarnya (ampun ya Lily kalau aku silap..ekekeke)
2nd space...selepas saya timbang kati and timbang kilo, saya mengambil keputusan untuk mencampurkan warna putih and coklat..berasa seperti mengirup milo ais, takpun menikmati kapucino mahal di starbuck...cehhhh..berangan lagi! anyway...i like this colour..
same space from another angle..
Ini sudut kesukaan niece saya, Nini, 1 1/2 tahun. Kalau datang mesti nak berkemas di sini walaupun saya tak suruh..apatah lagi minta berkemas...dia memang rajin..:-)
Tadaaa....ini ruang yg paling saya suka..makan, minum, chat, fb, menjahit, membaca...semua kat sini..centre of the earth...saya boleh pandang kiri, kanan dan depan untuk observe ruang...
Sorry...pinggan x sempat nak simpan dalam kabinet...
Satu lagi ruang fav saya, dapur...can't wait to bake a cake when the time is come...saya nak buat beskut raya..yay! (sebetulnya nak bake a cake x payah tunggu raya..alasan....ceittt, shasha, come on beb..wake up...this is not dreaming session...huwaaaaa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...