2011 sudah memasuki hari kedua dalam kalendar Februari, pejam celik sana sini masa berjalan juga dan saya pun berlari juga untuk bersaing dengan masa...tinggal beberapa hari saja lagi untuk menyelesaikan beberapa perkara besar:
1) Perihal bunuh diri, insyaAllah saya sudah boleh mengatasi perasaan ingin 'bunuh diri@makan nasi' kecuali pada hari minggu, saya sengaja melayan selera kerana tahu adinda saya akan menyediakan pelbagai lauk pauk untuk kami makan. Dia memang akan memasak untuk menyediakan menu kepada dua anak kecilnya dan saya serta mak bonda kami. Katanya lauk yang dimasak sendiri lebih selamat (daripada aspek msg) berbanding yang dibeli di luar dan saya pelajari cara dia memasak, sentiasa ada sup yang ringkas tetapi menyelerakan. Apabila meletakkan diri saya di dalam kasut dia, saya berasa kerdil yang amat walaupun saya ini adalah kekandanya yang menjadi tempat dia bergantung...dia lah sebenarnya yang menjadi tempat saya bergantung. Saya sentiasa berharap dan malah berdoa untuk kesejahteraan dia dan dua anak kecilnya...
2) Alhamdulillah juga, urusan baca doa selamat teratak saya sudah selesai. Terima kasih kepada Abdul Aziz Ahmad, Mahmud Sobri Daud, Tn Haji Amir dan team surau Legenda Mas yang datang mengimarahkan teratak saya pada Sabtu malam (29 Jan @ 24 Safar 1432 Hijrah) yang lepas. Saya tidak pernah mengadakan bacaan doa selamat menduduki kediaman sebelum ini...memang saya kagum dengan apa yang dialami. Dimulakan dengan bacaan Yassin, diikuti dengan solat hajat dan Tn Hj Amir bertanya kepada saya di manakah bahagian tengah rumah, kerana beliau ingin melaungkan azan bagi memberi 'roh dan nyawa' kepada kediaman berkenaan. Jam 10 malam, laungan azan berkumandang dalam rumah saya dan beliau berpesan supaya menduduki rumah berkenaan kerana ia adalah milik saya. Paling penting, saya berasa semakin sukar untuk meninggalkan rumah itu kerana ia adalah syurga sementara buat saya. Sejuk dan selesa, walaupun tidak sebesar mana, ia cukup untuk saya duduk dan berfikir, berbicara denganNYA, bekerja serta menumpahkan silaturrahim saya dengan saudara saya dan sahabat handai yang datang bertandang dengan niat luhur.
3) Walau apa pun yang berlaku, life goes on. Life is battles and i have to face it no matter how hard it is.Thanks to my 4 siblings which is giving me fully support @ all times. Kjazz, Ding, Leli and Mail..thanks a lot!
4) Saya nak buat landskap untuk taman orkid saya.
5) Saya nak minta Adi pasang pintu rumah saya.
6) Saya nak buat fountain untuk dua ekor koi nanti.
7) Akan sentiasa bertemu 'Yaya dan Zain' dalam masa terdekat untuk menyelesaikan beberapa perkara...nantikan kehadiran mereka...
8) Hmm...apa lagi...oh ya terima kasih kepadaNYA kerana memberi segala kebaikan untuk saya nikmati sementara hayat masih ada.
No comments:
Post a Comment