don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Saturday, May 8, 2010

Rindu yang tertangguh...

KETIKA memijakkan kaki ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Zain terus mengaktifkan telefon bimbitnya. Berduyun-duyun mesej ringkas berdengung di telefon. Tidak tahu mana satu yang harus dibaca dulu. Apa-apa pun, dia mencari nama Mustakim kerana Mustakin adalah rakan paling akrab dan mengetahui setiap perjalanan hidupnya.
Ada beberapa mesej daripada Mustakim dan paling menggembirakan Zain ialah kelasnya yang diambil alih Mustakim selama seminggu berjalan lancar. Apakah yang diajar Mustakim sebenarnya. Bagaimana pula dengan kehadiran pelajarnya?

Dia sebenarnya tidak sabar untuk kembali ke dapur sendiri dan kelas yang sudah seminggu ditinggalkan. Paling menghantui diri adalah sekeping hati kecil yang ditinggalkan dalam kengiluan di katil hospital. Kalau boleh, Zain pun tidak mahu meninggalkan hati itu bersendirian. Tidak tahu kenapa, dia berasakan bagai ada kata yang tidak terlafaz jauh di lubuk hatinya sendiri...Yaya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...