Ingin mengambil anak orang...takkan mahu dibawa lari..cehhh ini bukan zaman dulu..kupujuk-pujuk ku bawa lari!
Zaman kini adalah zaman teknologi moden, zaman hujung jari. Sekelip mata mesej sampai dan rahsia hati pun terzahir..uwaaa tak mudah juga untuk dia meluahkan apa yang berbuku...sejak dua tiga bulan lalu. Ya, yakin...sejak dua tiga bulan lalu...
"Zain..thanks for the info. Nanti saya beritahu mak...kena jagakan...customer is always right..macam raja...haha," dia mengucap sopan pada lelaki itu.
"Alah biasa je..sebab saya suka makan di sini, tu yang saya beritahu awak...," balasnya lagi.
"Eh tak pe..memang kita nak tahu komen pelanggan..."
"Ada satu komen lagi...nak tahu tak?"
"Apa dia?"
"Dua tiga hari ni..saya makan gulai masin...ada orang nak kahwin ke?"
Kwang! Kwang! Kwang!...
Adoilaa...kenapalah aku ada di hadapan dia sekarang..kalau ada gulai ikan masin tu nak saja aku tuang atas rambutnya yang bertocang macam ekor kuda tua...
"Err...dah memang gulai ikan masin...masin la jadinya..."
"..tapi ini masin lain...bukan masing gulai ikan masin rasanya...."
"Hmm...."
"Marah?"
"Tak...anyway...thank you so much! Sila datang lagi..."
"Ok! Ok! Im sorry..."
“Its ok..no harm.” Dia lihat wajah yang disukainya itu poyo saja.,tanpa reaksi. Marah atau suka? Berbaur-baur agaknya. Mungkin marah kerana gulai ikan masinnya dikatakan masin. Atau suka? Motif? Ahhhh....serabut.Dia bingkas bangun dan meninggalkan not RM10 di atas meja. Harapnya sebelum angkat punggung dia boleh lihat lagi wajah yang ada tahi lalat comel di hujung hidung. Tapi...hampa kot..
Segala-galanya bersipongan di dalam minda. Walhal emak yang terlebih bubuh garam...bukan dia yang menyediakan gulai itu. Tak pasal-pasal dia disindir mamat ekor kuda tu. Huh! Bosan macam ni...grr.
Nak bertekak pun tak guna. Mamat tu pula macam berlagak pandai masak saja. Ah..bosanlah kau. Lain kali kau datang aku buat kopi manis-manis...biar kena kencing manis..haha!!Eyal, tak baik nak pedajal orang. Mak Eyal ajar Eyal macam tu ke? Tak kan? Jangan nak malukan nasab keturunan kita.
Mak dah niaga makan sejak kau belum ada lagi. Jangan pula mak hilang pelanggan sebab kopi manis kau tu.Aahh peduli apa aku. Mamat tu sombong melangit. Tak tahan aku dengan orang begitu.
Gini..., apa kata kau buat taktik ambush ala-ala manja gitu...attack dalam lembut...dalam lembut tu juga ko attack dia...amacam? Setuju? Oitt give me five. Excellent juga kepada otak aku ni...Tiba-tiba deru air kolam memecah khayalnya...dia sengeh sempoi bila perasan tak ada siapa pun mengetahui dia merencana sesuatu di tepi kolam berair hijau Cik Maryam itu.
Ada saja benda yang nak dikritik..gulai masin, kopi manis (hehe..misinya sudah berjaya dilunaskan pada satu hari minggu sebenarnya. emak tak tahu. Itu yang bagus!!) Terkini, acar timunnya lemau..heh..kau siapa nak cakap macam tu...kalau dah nak makan tu, makan jer laa brader oii...tak suka! Noktah...dia akan mengisytiharkan perang dunia ke-empat selepas ini...siap kau yang bernama Zain! Jangan datang makan kat kedai mak aku lagi!
7 comments:
Terjemahkan dalam bentuk cerpen pulak.. (sebab entry ni cerkat - cerita singkat) hehehe
ok...memang akan jadi cerpen pun...
kak....uniknye..mmg mcm baca cerpen...
tp mana dtg ia..cube akak leraikan kekusutan kite ni..
anil...memang cerpen la tapi zain tu memang wujud...hehe
aku dah laa ade darah tinggi, lagi ahkak wat citer caca marba cemni, pusing kepala btol ah...mencikk
ala..ko neh..kasik la peluang akak nak be creative sket...ko jangan nak pening plak..nanti darah naik...akak x taww...
cerpen cintan gitu.. ni masuk intro nih... banyak lagi ke siri cerpen ni?
Post a Comment