Entah Ramadhan tahun depan saya berpeluang atau tidak untuk bertemunya..kenapa tiba-tiba saya terkenang rakan lama, blogger dan juga forumer arwah Damit yang sentiasa mampu membuatkan semua orang berasa gembira apabila berbalas reply dengan arwah..
Saya tidak ingat pemergiannya bulan berapa, dan apa yang pasti, beliau kembali ke pangkuan Ilahi bukan di bulan Ramadhan tetapi entah apa sebab saya begitu teringatkan arwah...mungkin kerana masa-masa 'sedih' saya, arwah pernah muncul memberikan kata-kata sejuk kepada hati saya.
Memang tidak pernah bersua muka tetapi arwah Damit seperti saudara saya sendiri...satu daripada sisi menarik mengenai Damit ialah arwah sentiasa ceria...walaupun beliau seorang majistret, tetapi saya tidak begitu mengetahui sisi serius beliau, yang saya tahu Damit adalah individu yang sangat disukai ramai orang sama ada di forum atau net yang lain.
Sukar untu mengikis dan membuang jauh kewibawaan beliau sebagai rakan, adik, sahabat akrab dan teman yang sentiasa ada bila saya dan mereka yang lain memerlukan tempat meluahkan sesuatu.
Damit yang satu...al-Fatihah!
3 comments:
alfatihah jua..siapa dia kak...bg lah link..
Damit pergi menghadap Illahi pada 18 January 2007..kita semua mendapat berita itu pada 8 Mac 2007..
sms terakhir dari dia saya terima seminggu sebelum 18 Januari tuh..
saya dapat bercakap dengan adik si Damit untuk mengesahkan kematian tragik Damit..sedih sungguh masa tuh..
eh terpanjang plak aku tulis..tetiba aku ter'serius...huhu
anil...
damit is our beloved blogger/forumer yg sangat commited dengan segala apa yang dipertanggungjawabkan kepada dia..dia majistret kat sabah tapi orang pahang...link dia ada tapi x yah le sebab dia dah tak de...
halym..
tak pe le tapi tatau nape dua tiga hari ni aku tingat dia...nanga medamit kan, sama kambing, sama skull masa kita berpantun gila-gila tu..huhu
Post a Comment