Langkah diatur perlahan-lahan di dalam kedai emak. Sambil memegang penyapu, dia cuba melangkah sekemas mungkin walaupun emak kata dia berangan. Biarlah, kata-kata emak tak pernah menyesakkan hatinya tetapi selalu menambah ceria.
"Feryal, kalau nak melawa jangan buat kat dalam kedai ni...nanti orang kata anak Mak berangan," tegur emak ketika melihat dia membelek-belek kasut berwarna coklat yang masih baik itu.
"Tak pe la mak...sapa yang berani kata Feryal berangan? Mak bitau, Feryal nak basuh dia sikit. Suka hati kitalah nak berangan ke tidak, bukan kita pinjam hati dia pun.."
"Eh budak ni, orang cakap sungguh-sungguh dia main-main pulak. Cepat sapu lantai. Nanti kalau dah ada orang masuk, duduk dan nak minum air, tak elok menyapu kalau ada pelanggan tau.."
"Okie donkie mak..ni pun dah nak siap. Nak simpan kasut jap...haha!"
Selepas kembali menyarungkan selipar getah, dia menyambung tugas mengelap meja. Hari masih pagi benar dan gelap Subuh mula digantikan dengan sinar terang yang mula mencuri masuk ke dalam kedai emak.
"Assalamualaikum, dah buka kedai kan...saya nak susu panas satu!" Tiba-tiba ada suara menyapa dan memilih duduk di bahagian hadapan kaunter bayaran. Dia terkejut kerana tidak ?menyangka si beruang kutub itu akan muncul di awal pagi meneguk minuman di kedai emaknya.
"Makan tak mau ke?"
"Nak..apa ada pagi ni?"
"Semua ada...macam biasa. Nasi, kuih dan minuman,"
"Lagi...?"
"Saya ada, mak saya ada...!!"
"Isk...boleh dimakan ke awak dan mak awak?? Hahaha..."
Ceittt..mentang2 emak tak ada di kaunter kerana menyediakan susu panas yang dipesan, berani pula dia buat lawak sejuk pagi-pagi buta.
"Boleh kalau nak.." dia jegil mata dan buat muka sombong..
"Laa tak tahu pulak saya boleh makan tuan kedai dan anak tuan punya kedai sekali...apa rasanya ya??" Ngee...
"Ahh suka hatilah...nanti apa-apa deal dengan mak ya..."
Ampun, dia nampak mamat tu macam beruang kecik yang boleh dilanyak-lanyak saja..sungguh dia rasa nak lanyak saja lelaki itu...membara hati nak erase makhluk Allah yang satu ini...tapi apa kan daya, nak jentik pun dia tak berani kerana lelaki bergelar Zain itu sebenarnya tidak pernah berbuat salah dengan dirinya...apa-apa pun, tiba-tiba dia nampak Zain seperti anak beruang comel yang sangat mengujakan untuk dimiliki...ahh boleh blahhh!!Ehh??? Apa sudah jadi? Mana beruang comel? Laa...kenapa dia rasa pelik bila mendengar bunyi cicak mengetik ekor di dinding? Biasanya, jam 10 malam dia sudah mengerekot di atas katil tapi kini bulan sudah mula sembunyi dan embun jantan mula menitik, dia masih terkelip-kelip lagi. Arghh malam memang cemburu dengan dia...pergilahh..aku nak tidur..dah lah besok nak pergi KL...
10 comments:
patut ler bau busuk satu opis..!!!
bau kasut tuh..bluweks
alaaa cakap jer ko berkenan kasut tu kan.. kan..
dari kasut ke beruang comel...hehe
Kak Sha,
Cerkat ni kalau disambung-sambung-sambung boleh siar kat page sastera hari sabtu ! :D
aslinda..
heheh..lepas ni ada banyak lagi benda 'comel' akan berlaku..tunggu
Fizahanid..
ooppsss...cerkat i ni underground and suka suki jer..tak layak pun nak kuar paper..haha
kak,sindiket soljah panggil akak tulis untuk diorang :p,tajuk sengketa tu mmg da sesuai :)..nanti da kaya jual novel jgn lupa dgn org plak ha ha
fredd...hahaha..buat lawak bulan pose eh...awak buat dgn sindiket soljah dulu..pas tu akak ikut ek..
info tentang kasut tumit tinggi kat sini - Keburukan Kasut Tumit Tinggi
zain ni mmg saje je er...ada apa2 ni...selanjotnyaaa
Anil, ada...tunggu ya..zain sibuk kat dapur...dia tu ala-ala mengada-ngada sket...haha
Post a Comment