don't worry about failure, worry about the chances. u will miss when you don't even try...no one can predict to what heights you can soar, even you will not know until you spread your wings...

Wednesday, May 21, 2008

comelkan...yummy tauuu...

Huhu...sorry saya hilang konsentrasi kerana terliur melihat kek cawan comel dan sedap ini, foto pun blur jadinya...
Haa...yang ini ok, ini adalah sebahagian daripada kek cawan yang banyak-banyak tu. Saya 'ngap' tiga kek cawan hari tu. Tak peduli apa orang kata, saya bantai jer sebab suka sangat dengan deko yang cantik atas kek tu...

Siapa tengok pasti tergoda...
SAYA pasti anda tahu apa itu cup cake? Sekarang ini spesies cup cake sedang meletup kerana ia muncul dalam banyak acara. Ada yang buat hantaran kahwin, menjamu rakan di pertemuan suka-suka atau parti hari jadi. Minggu lepas, saya menyertai kumpulan penulis Alaf 21: Lily Haslina Nasir, Eka Fahara, Lynn Dayana, Dhiya Zaffira, Lili Suriani dan birthday girl Norzailina Nordin..ada juga penulis Mersik, rakan chatter dan blogger Carrie Kirana + rakan serta beberapa blogger lain yang saya tidak begitu kenali.
Ada nasi ayam, buah-buahan, jelly (yummy...yummy) dan sudah tentu cup cake yang sangat comel yang disediakan oleh Kak Lina (Norzailina). Saya memang teruja dengan barang yang comel dan cute ini. Nah..menggiurkan bukan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...