Semalam, sekitar jam 5 petang, saya menerima panggilan daripada anak saudara, Intah Khadijah, berusia 8 tahun dalam nada mengejut:
"Mi, cuba teka adik dapat nombor berapa periksa bulanan?" Suaranya cukup teruja. Si Intan ni ada dua lagi adik dan pada pandangan saya, anak kedua sangat pelik dan istimewa. Dia tidak mahu berganjak daripada panggilan adik walaupun dah ada dua adik, Aishah dan Ashraf. O ya, mereka memanggil saya Mi (boleh jadi Umi atau Mummy, ikut angin dia orang saja).
"Manalah Mi tahu adik dapat nombor berapa," balas saya pula.
"Ok, Mi cuba teka nombor 1 sampai 5," dia bersuara sambil gelak ketawa manja.
"Mi rasa adik dapat nombor 5!" saya sengaja menyakat.
"Miiii!! Mi bukan nombor tu. Adik dapat nombor 1!" Jeritnya riang di corong telefon.
"Hah...adik kelentong Cikgu ke...ni nak tuntut hadiah la ni..." saya sengaja mengacah dan dia melepaskan gagang kepada mamanya, kakak saya.
"Ya ke Intan nombor 1?"
"Yalah agaknya. Katanya cikgu dah umum dalam kelas. Alah, dia antara yang terpandai dalam yang tak berapa pandai. Kira baguslah tu sebab dia memang tak baca buku."
Itu ulasan mamanya. Bagaimanapun, saya berasa bangga kerana Intan ini adalah anak buah saya yang termasuk dalam kategori liat membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah tetapi saya tahu di mengutip ilmu dengan tekun di dalam kelas semasa proses belajar berlangsung. Tahniah untuk Intan...tabiatnya yang paling saya suka tengok ialah jam 3 pagi, dia akan bangun perlahan-lahan membancuh milo yang akan diisi ke dalam botol susu 'keramat'nya dan sambung tidur dengan botol masih di mulut sampai pagi esok walaupun sudah darjah 2.
Hmm...Intan yang unpredictable but then I knew she is a good girl, good sibling among 4 and the most kind person terutamanya kalau Siti (her nenek) suruh picit badan atau sapu ubat di kaki. Dia sanggup buat dan tutup tv walaupun cerita Bawang Putih Bawang Merah berlangsung.
Ok Intan, keep up ur good result. Mi akan sediakan tiga hadiah untuk Intan! Muahh untuk Ida, Aishah dan Asraff juga.
No comments:
Post a Comment